29.4.14

Alhamdulillah | Syukur | Nikmat

Assalamualaikum w.b.t.........

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 
aku dapat peluang pekerjaan yang lebih baik. 
dan sejajar dengan apa yang aku kerja sekarang & belajar dulu.
baru² ni, sedang aku sibuk dekat office. TIBA-TIBA......
dapat whatsapp dari kawan² tanya apsal family aku wish tahniah. 
aku pun wadefish..?! aku pun taktahu menahu pasal tu.
aku whatsapp derang, apehal derang tahniah² kat aku ?
derang boleh sepakat membawa berkat....taknak gtau.
derang cakap, tahniah pasal kau mengandung la...
aku lagi sekali, bila masa aku ngandung. dan kalau aku ngandung.
pehal derang yang tahu dulu...? wadefishhhhhhh...?!

balik tu baru ku tahu..aku dapat tawaran kerja yg lebih baik. 
tak sangka..kalau korang pernah terbaca blog aku SINI, tahulah.
syukur sangat² sebab sedang aku dalam dilema dgn kerja skrg. 
datang tak semena-mena rezeki yang tak disangka²...Alhamdulillah.

so, sepatutnya aku lapor diri awal bulan 5, TAPI....
sebab aku tahu menda ni pun da lambat. so, aku kena habiskan notis. 
buat penangguhan dan hari ni aku dapat surat kelulusan penangguhan. 
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
dan, aku pernah suarakan yang aku nak berhenti je. so, tolak je gaji aku. 
tapi bos aku kelihatan sedikit meghoyan mengenangkan siapa nak handle.
jadi, aku telah berdiskusi dengan suami, mak&abah aku...dan takpelah.
aku sambung lagi 2minggu kerja ni, setelkan apa² yang patut.
pesan ayah aku..............
kita mudahkan urusan orang lain, Allah Taala akan mudahkan urusan kita
oleh itu, tak memasal aku kena hadap naik tren hari ni masuk hari ke-2. 
sengsara weh naik tren kena hadap stesen Gombak - stesen Bukit Jalil. 
benda paling aku tak suka. sebab minggu ni aku kerja 3hari je..layankan je. 


psssssstttttttt : sebab bos aku happy aku tak blah begitu saja. dapat la aku sehelai telekung & buku agama bertajuk Ramadhan & Anak Solehah..... #sweet ke idok?

28.4.14

Kuatkan | Semangatmu

Assalamualaikum w.b.t.............

hari tu, aku ada site visit kat GM Klang. balik tu awal la jugak. 
so, aku pun amik kesempatan ni g visit sorang kakak ex-opismate aku dulu.
walaupun dulu kadang tak sependapat. tapi kejap je. lepas tu..ok balik.
tapi aku hormat dia. bagi aku dia macam mak aku...yang mana da patut berehat.
duduk rumah. siram pokok buat ape yang me'rileks'kan minda dan badan.

sayunya lahai hati aku tengok sesiapa yang dalam keadaan tak sihat.
semoga Allah Taala memberi ketabahan & kuatkan semangatmu
dalam menempuh ujian, dugaan serta redha dengan Qada' & Qadar.
teringat aku yang mana hospital tu pernah jadi rumah kedua aku masa mak sakit. 
dan baru² ni dia buat kenduri majlis kahwin anak tunggalnya..jadi, aku pun pergi.  
jumpa la kawan² opis lama....dan mereka memang still kawan² aku sampai bila².

tahniah buat Ajey & pasangannya...selamat pengantin baru. 
flawless tak kami? miahaha....wadefish?!
moga menjadi ibu yang toksah duk ajar bebudak selfie.
aku benci manusia anti-sosial. BENCI...!
kan aku da cakap aku BENCI..! BENCI..! orang anti-sosial
weekend ni aku penuhi undangan kenduri sambil rumah sendiri wat kenduri. 
dgn birthday anak buah, kenduri aqiqah anak buah. sungguh weekend yang busy. 
tak sempat dating dengan suami. sebab masing² busy. so, kita dating next week ya~
tapi terubat jumpa kawan² lama. kak siti, abg nizam dan yang lain-lain. 

kepada Nazir & pasangan, selamat menempuh alam rumahtangga dan berbahgia. 
kepada KakNor, selamat menerima menantu. saya doakan supaya kakNor kuat. 
tabah menjalani dugaan yang diberikan Allah Taala. dan moga baik² semuanya. 



pssssssttttttttt : nak g kenduri kawin kat Selayang, pukul berapa korang akan gerak dari rumah untuk sampai di kenduri pukol 12.30 tghri kalau rumah korang dekat Ampang sana? 
Jawapannya : yer betul....jawapan dia, pukol 12.45 tghri. pandai!



18.4.14

Hi | Port | Dickson | 2014

Assalamualaikum w.b.t.............

kalau sebelum ni. aku rasa.....setahun beberapa kali kot kami g PD.
tapi sebab tahun lepas dan tahun ni, banyak benar aktivitinya.
jadi, bebaru ni aku & family pergi PD. terasa macam lama benar tak pergi.
pergi dengan suami ada lah jugak. cuma dengan family Haji Abdul takde.
oleh itu, plan utk berkumpul & celebrate birthday orang "March". meriah baq ang.
sebab kami sambut ni dekat RISTEC. jadi, memang buat macam rumah sendiri.
siap bawa datang orang pasang candy buffet sponsor daripada kakak ipar.

CikNon - Ikhmal Faiz - Najihah - Izzudin - Rania

candy buffet dari @scrumptioussugar
muka abah yang gelihati tengok anaknya bongeh tak dapat hamper.
dalam pada bercuti pun masih teringat pada MH370. #PrayForMH370
nampak tak manusia dikelilingi dengan pelampung kanak-kanak ?

semua adik beradik ada masa ni. 9 orang adik beradik & pasangan masing²
mak & abah berserta 18 cucu..daripada yang 2 bulan sampai la 18 tahun.
Alhamdulillah dikurniakan ahli keluarga yang ramai dan bersatu.
3 hari 2 malam dekat PD. 1st day, kami stay dekat Glory Beach Resort.

2nd day kami stay dekat RISTEC...kat sini la paling meriah.
buat macam rumah sendiri. bilik sorang satu besar like a boss.
makanan ktrg sepanjang percutian ni. semuanya catering yang hantar.
ingat kenduri kendara je leh pakai cetering? holiday pun boleh ya..hihi.
malam tu plak ada buat sambutan hari jadi bagi yang lahir bulan March.
team buat candy buffet datang dari Putrajaya siap. bawa belon bagai.
lepas da makan semua. ada buat cabutan bertuah. maggi chef ada. maggi kari big.
coklat van houten. biskut ada. hamper ada. part ni aku rasa kelakar.
be dapat maggi. tapi husbenggg suka plak. menyirap je!
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami semua enjoyyyyyy!


psssstttttttt : siap ada chicken dance...kategori wanita bawah 30. ko hado..?!

8.4.14

drama | melayu | sangat

Assalamualaikum w.b.t.............

hari ni aku nak komplen sikit. sikit je....
kebelakangan ni, banyak drama melayu yang macam tak logik.
tapi sebab kadang², aku takde aktiviti dan takde pilihan rancangan TV.
jadi, sesekali aku layan ah....tapi pada aku masih-memang tak logik.
cuma baru² ni aku sedar, dalam ketaklogikan tu. besar pengaruhnya.
sikit² aku rasa ada terjadi ketaklogikan tu dalam realiti kehidupan hari ini.

tapi...biasalah dalam drama melayu kan. last², mesti happy ending.
pasai depa yang buat cerita tu..sukahati depa la nak wat ending cemana.
cuma...hari ni aku nak cakap pasal sikap. yang mana...
selalu dalam drama ni aku tengok negatif dan sangatlah negatif.
orang jahat, iri-hati, batu api...tak kurang pula yang lain perangainya.
amik hak orang, kawen tp bercinta dengan yang lain. taksuka suami/isteri sendiri.
takpun terlanjur, kawen terpaksa dan sebagainya la yang aku rasakan tak bagus.
ni semua aku rasa pengaruh² yang sangat negatif dalam television tu ah.

jarang pula ada cerita pasal tanggungjawab suami/isteri.
kalau ada pun macam menipu. sebab pun tak logik juga citer dia.
berlebih-lebihan sampai buat semua orang yang da kawen pertikaikan,
"apsal suami/isteri aku takde pun nak wat gini? kenapa? kenapa?" HAHA..
mana taknya, bini merajuk je belikan kedai bunga. bini marah je bagi kilang coklat.
tu belum bini ngadu penat, dan-dan tu belikan banglo pakej ada swimming pool.
tak ke sedih, bila aku cakap pening. suami aku tolong picitkan kepala je.
takde pun bagi rumah cam dalam drama television tu...sedih sangat...

apa-apa pun, aku cuma nak pesan satu je.
toksah la korang harapkan drama sama dengan realiti.
mungkin hidup korang lebih best dari drama TV. dan...mungkin ada yg lebih teruk.
tapi sungguh pun teruk keadaan korang masa ni disebabkan oleh orang lain.
macam drama TV...ending dia selalu beritahu kita yang buat jahat dibalas jahat.
bila lagi 10minit nak abes drama, kejahatan tu akan berbalik kepada penjahat.
dan masa tu tiba² akan ada happy ending. yang korang rasa patut dari tadi cenggitu.
tapi kenapa da nak abes citer baru keluar scene happy² gitu...betulke bohong ?

************************************
kalau pun dalam drama tu, yang bersifat negatif tu terlepas..doakan je la mereka.
semoga Allah S.W.T memberi petunjuk dan buka mata hati mereka.
walaupun seteruk mana kita diperlakukan, balasan Allah S.W.T adalah lebih hebat.
doakan yang baik-baik, dan hari ni aku rasa aku tak perlu jadi seperti mereka.
aku tak patut cakap yang bukan-bukan pasal orang lain tak semena-mena.
cuma cukup la itu untuk aku beritahu mereka..tolong jaga adab sesama manusia.
kalau nak manusia berlaku adab terhadap diri anda sendiri.
semoga Allah mengampuni dosa kita semua dan kita beroleh rahmatNya.



psssttttt : hormat tak semestinya orang muda hormat kepada orang tua. orang tua patut tunjuk contoh yang baik dengan menghormati juga yang muda. remember it~

3.4.14

pindah | punya | pasal

Assalamualaikum w.b.t.........

hari-hari aku sekarang ni tak menentu. memikirkan nasib aku.
sebab opis da nak pindah kat Technology Park Malaysia , Bukit Jalil. 
hari-hari fikir, macam mana nak pergi kerja. lagi berapa minggu je nak pindah.
kalau dari gombak. rasanya berkematu la aku nak hadap jem hari-hari. 
mungkin ada yang rasa Gombak - Bukit Jalil tu dekat je. 
tapi pada aku...jauhnya lahai. tak sanggup dibuatnya. 
sekarang ni ada beberapa option untuk aku buat keputusan :-
  1. sewa dengan kawan-kawan bujang walaupun da tak berapa nak bujang.
  2. sewa dengan kakak kat putrajaya.
  3. ulang-alik drive gombak - bukit jalil.
  4. berhenti kerja, cari kerja berhampiran je. abis citer. ATAU.......
  5. ulang-alik naik pengangkutan awam yang mampu buat aku kuruiihhh. 
  • rumah --> terminal putra
  • terminal putra --> masjid jamek
  • masjid jamek --> bukit jalil
  • bukit jalil --> TPM


pssssssstttttttt : menda kecik macam ni pun da tak tentu arah kepala memikirkan. apetah lagi derang yang memikirkan masalah MH370 dan masalah dunia yang lain. ishk3x............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...