26.11.13

mana | nak | dating ?

Assalamualaikum w.b.t..............

ehem..ehem..hari ni da doplohnam hari jadi isteri orang.
sebab menikah 1hb. maka, senang la nak kira kan. kot ye nak countdown² ni. #motif?
oleh sebab kami berjauhan gitu atas dasar komitmen terhadap kerja.
maka, masa yang berkualiti adalah hanya sabtu ahad. dan..dan..dan..
antara topik yang selalu dibincangkan. nanti balik kita dating eh. eh. eh.


beliau : nanti balik kita g dating ye, anja.
aku : baiklah ling. kita nak dating mana ye ?
beliau : kita pergi tempat yang kita takboleh pergi masa sebelum kawen dulu.
aku : hah...mana tuh ?
beliau : ala...kalau ajak mesti taknak & takboleh. makabah marah kan nanti.
aku : lohhhh...mana tu ?
beliau : Genting jom.
aku : errrr...tapi...tapi...Genting tutup. 3 tahun lagi baru buka.
beliau : ye ker? kenapa pulak tutup?
aku : alah...kan ada baca dlm paper ke ape ritu. tempat lain lah tapi taknak iCity.
beliau : Ulu Yam ok gak.
aku : ok..kita g jalan kaki jelah kalau camtu. bagpackers. #hampa


pssstttttttttt : bila dah ada lesen boleh dating ni. tetiber cam takleh nak fikir lak mana tempat best dan tak memenatkan untuk sabtu ahad. mihmihmih...idea plz.


Berkelanalah | Berusahalah


Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,

Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan. 

Aku melihat air yang tenang bertakung, 
mencemar kandungannya sendiri.
Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, 
sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.


psssstttttt : marilah kita mengembara. orang lain pon da sampai Langkawi.
kita ni hah..? tetttt...


15.11.13

merasa | terasa

Assalamualaikum w.b.t...........

ehem...entri kali ni aku da jadi isteri orang. jangan takcaya.
aku pun tak percaya. ehm...aku selalu baca time nikah orang nangis.
tapi menda ni tak terjadi pada aku. aku nangis part bila salam makabah.
"makabah....anak makabah sorang ni da jadi bini orang. takpe ke ?"
yela..lepas apa semua yang aku-mak-abah lalui. Alhamdulillah...syukur sangat.
akhirnya, kan aku da banyak kali cakap. cepat ke lambat. kalau da jodoh, tak kemana. siapa sangka kawan yang aku kenal hampir seploh tahun. da jadi suami.

apsal tajuk entri dengan cerita aku semacam takde kaitan langsung ?
sebenarnya kat sini, aku nak pahatkan sikit perasaan kebelakangan ni.
untuk majlis walimatulurus ni, merasa la aku susah senang pahit manisnya.
pedih memang pedih. perit memang perit. tapi sebab abah selalu pesan,
"kalau saat² macam ni ada rasa terguris or terkecik hati kat memana, simpan dulu."
betul cakap abah. memang kena simpan. sebab kalau kau lontarkan, boleh merana.
Alhamdulillah...semua rasa tu aku da merasa. setiap orang boleh melaluinya.

dan satu lagi rasa yang aku taknak rasa tapi aku sedang rasa ---> TERASA.
padanla muka kau kan. da kenapa kemaen lambat plak kau nak kawen. ahai...aku takde la mengharap sangat. tapi bila terkenang aku selalu berkobar² attend majlis orang.semacam rasa ralat. 

mungkin masing² da busy dengan life dorang. takpe la.
ada yang dah kawen. da tak layan da kenduri² kawen ni. tak cukop tu...yang tak kawen pun masih juga tak sampai. mungkin sebab majlis aku biasa-biasa. takde VVIP bagai. kat dewan pon tidak. kat ceruk nun pedalaman sana...susahnya la pun orang nak datang.

tapi sebenarnya TERASA ni tak baik. kita kena bersangka baik. mungkin dorang ada hal² lain. mungkin sebab tak datang majlis aku. hari dorang lebih baik, berjalan lancar atau masa dorang masa tu digunakan dengan banyak perkara manfaat. walaupun dorang tak datang majlis aku. aku yakin dorang masih mendoakan aku. TERASA... ? siket la. 

apa-apa pun, terima kasih buat semua family, saudara-mara,  kawan² dan semua yang bertungkus lumus dan sentiasa mendoakan. Terima Kasih & maaf andai ada terkurang kat mana².   
abang kasim selamat & combi....uhuk3x!

pssssssstttttttt : semakin jadi bini orang, semakin sensitif oit. terasa manjang...chait!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...