30.5.13

Fakta | kencing | manis

Assalamualaikum w.b.t..............

Hai kawan-kawan, kebelakangan ni asik la jumpa masalah ni dalam kalangan ahli keluarga. terutama buat mak abah. so, selaku anak. aku rasa risau dan harus memantau akan pemakanan mereka seadanya. selalu suka duk usik & pantau emak. la ni...abah pun nampaknya nak kena dipantau. DAN marilah aku share kan ape hasil pencarian aku tentang kencing manis ni. 

APA ITU KENCING MANIS
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.   -wikipedia-

Pemakanan untuk pesakit kencing manis.
Tujuan:
  • Untuk mencapai dan mengekalkan paras gula dan lipid darah pada julat normal.
  • Untuk mengelak sebarang komplikasi penyakit.
  • Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
  • Untuk membekalkan keperluan pemakanan bagi memenuhi keperluan harian.Penjagaan makanan:
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes Mellitus:-

1) Makanan yang perlu dielakkan

Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.
Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, biskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.

2) Makanan yang bebas dimakan
Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi.
Contohnya: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dsb.
Semua cecair dan minuman tanpa gula.
Contohnya: Sup air, air kosong, the dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.
Perasa dan Perencah. Contohnya: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.
Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa)


3) Makanan yang perlu disukat.
  1. Susu dan hasil tenusu
  2. Bijirin dan hasil bijiran
  3. Kacang dan kekacang
  4. Buah-buahan
Pilihan makanan
Saiz hidangan
Saranan
1) Susu dan hasil tenusu

Susu segar / cair
Susu sejat
Susu penuh krim
Susu skim / rendah lemak



1 cawan (240ml)
½ cawan (120ml)
4 sudu makan penuh
4 sudu makan paras



2 kali sehari





2) Bijiran dan hasil bijirin

Roti putih / bijirin penuh
Nasi / mee / meehon / kuey teow
Capati/ roti canai/ tosai
Ubi



2 keping
1 cawan
1 keping
1 biji saiz telur




3-4 kali sehari



3) Kacang dan kekacang

Kacang hijau/ merah/ dhal/ kacang soya (mentah)



1/3 cawan



1-2 kali sehari


4) Buah-buahan

Epal/oren/limau/lai/ciku
Pisang (10cm)
Mangga
Jambu batu
Belimbing
Langsat/longan/anggur
Rambutan/laici
Betik/nenas/tembikai/tembikai susu
Durian/nangka/cempedak



1 biji sederhana
1 biji kecil
1 biji kecil
½ biji tanpa biji
1 biji sederhana
8-10 biji kecil
5 biji sederhana
1 potong nipis
3 ulas kecil



2 kali sehari











credit to : http://www.pusrawi.com.my. katanya walaupun rasa makanan dalam kumpulan ini masam, pedas, manis, tetapi semua akan ditukarkan kepada gula oleh badan kita.

28.5.13

Majlis | Bertunang | 25052013

Assalamualaikum w.b.t................


Alhamdulillah...da lepas satu menda. tatau nak panggil 1 ke 2. sebab orang dedulu kan ada sebut. merisik & bertunang. hah...ni kiranya sekali jalan la 2-2. tinggal lagi satu. eh...ni pun tatau nak panggil 1 ke 2. sebab kan ada menikah & hari langsung. ah..tak kira la. kira sekali jalan jugak la nanti. 

sebenarnya semuanya persiapan last minutes yang membawa bahgia & derita. mana taknya, semua orang kerja. aku sorang² kat rumah tu. bukan boleh harap. nak buat hantaran sendiri pon taktahu menda aku nak buat. Syukur dikurniakan adik-beradik yang ramai...MAK ABAH, ADIK BERADIK, IPAR DUAI, SAUDARA MARA, KAWAN²

Kalau takde mereka ni. aku rasa tapayah la aku nak buat ape-ape majlis. memang takkan jadi. oleh kerana aku saja nak buat hantaran ke ape menda suma last minutes. jadi, aku bercadang untuk guna fresh flower dengan harapan bila orang tanya da siap ke hantaran ngko? aku boleh jawab tanpa was-was, oh...takboleh buat awal-awal hantaran tu. kang layu di tasik madu bunga tu. cenggitu la kunonnya. tapi...tapi...aku tak kisah lagi suma tu. sampai la. da malamnya tu tapi menda cam tak berapa nak siap. aku cam...ala, bunga da ada tapi..tapi..macam mana nak buat ? da tatau plak nak buat macam mana. 

mula-mula plan 7 balas 9. tapi ada BFF yg baikhati, Maznorliza Sani bagi kita sebijik kek handmade. maka, jadi 10. mak cakap bagi ganjil. tambah lagi 1, dodol. jadi la 11 ngko. 
( sireh junjung , bunga rampai , kek 1 , kek 2 , coklat , cheese tart , dodol , buah-buahan , perfume, 
sejadah & songkok/kainbaju melayu )


DAN ini pulak dari pihak lelaki


ada buat doorgift sikit tanda appreciate family pihak lelaki yang datang & kawan².



1) nota ada zikir harian : kak sulong yang beli. tak tahu dekat mana dia beli.
sticker : design dek adik ipar serba boleh i...
2) coklat : order dari kawan. boleh PM/cari dia dekat sini.
sticker coklat : beli dekat booth kat Giant atau Tesco.
3) dodol buatan air tangan mak abah.
4) gula-gula Daim & Choclair.

gambar sekitar majlis & gambar si dia. ahaksss!

let me introduce, Norhafiszin aka Pijot. Gagah bukan?kihkih 

----------------------------------------------------------------------


22.5.13

Hadapi | Dengan | Senyuman

Assalamualaikum w.b.t.................



dulu...kawan-kawan selalu minta pendapat aku. masa tu aku baru terhegeh-hegeh kat hostel dengan status pelajar lebihan usia. walaupun aku rasa sedih. sorang-sorang kawan aku mesej nak share dugaan. wah...nampak tak boleh share-share dugaan. HAHAHA....

so, aku suka la dengar & nasihat mana yang patut walaupun kadang aku menipu je cerita perihal menda-menda aku reka sendiri bagi dorang rasa dorang tak la seteruk mana. tapi asalkan kawan aku boleh happy balik. ape ade hal menipu nih. kehkeh!

tapi paling aku rasa sedih. kawan baik aku yang anti-lelaki gtau aku dia nak kawen. nama kawan aku tu , Balkis. sampai kawan aku tanya kenapa dengan aku? kenapa? kenapa? huhu...weh...sedih gila tak tau pasal ape. aku rasa cam down gila dengan aku tak dapat balik.sebab ada aktiviti wajib universiti. tak lama lepas tu. kawan baik aku lagi sorang-sorang lagi berderet-deret nak kawen la bertunang la ape. 

DAN....sekarang aku da boleh rasa siket-siket akan setiap apa yang kawan aku lalui. memang pedih kadang. semua benda jadi serba tak kena. macam tu rupanya dugaan yang dorang tempuhi. kuat juga kawan-kawan aku ni rupanya. memang perit..lepas satu, datang lagi satu. tak habis lagi satu. datang lagi bertalu-talu. wah..memang terbaik la. 


psssssstttttt : semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Aamiin.

16.5.13

Selamat | Hari | Guru | 2013

Assalamualaikum w.b.t................


Tema Hari Guru 2013 :  1ASPIRASI, 1AGENDA


Hari ni nak flashback tempat aku menimba ilmu sepanjang kehidupan ni.
1) SRK Taman Selayang (1), Selangor
2) SMK Sungai Kertas, Selangor
3) SMK Darul Ehsan, Selangor
4) UiTM Seri Iskandar, Perak

Masa kekecik dulu sekolah rendah. setiap kali hari guru je aku risau nak pergi sekolah. pasal ape? pasal aku takde duit nak belikan cikgu hadiah. kalau aku bagi pun. 1-2 je. tu pun cikgu yang terpilih. bertuah la beliau kalau dapat hadiah dari aku. 

Bila masuk menengah. da boleh fikir macho & malas nak fikir susah pasal hadiah. akan ada 1-2 cikgu yang terpilih. tapi kali ni bukan sebab takde peruntukan sahaja. malah memang takde niat nak bagi. sebab rasa cikgu menengah mesti tak heran hadiah ni. 

Bila dah masuk universiti. aku rasa lagila takpayah nak fikir-fikir part hadiah sebab sibuk fikir esok nak pakai baju kurung bunga yang mana satu.. lagipun kat universiti mana ada guru. semuanya pensyarah. tapi....sebab pensyarah pun insan yang mencurahkan ilmu kat aku. aku segan-segan pergi jumpa dorang sebelum kelas bersurai. salam & wish kat lecturer, "Selamat Hari Guru puan/encik/madam dll"

asal hari guru je terkenang zaman belajar. dulu aku penah tipu cikgu...cakap aku dapat 6A, walhal aku dapat 4A je masa PMR. malangnya cikgu tu percaya aku bulat-bulat. siap pakej dia bagi aku hadiah dengan kad ucapan --> "Congratulation for your PMR 6A's." 

Dengan peluang yang ada ni, aku nak mintak maaf kat semua cikgu terutama cikgu yang aku tipu. lepas aku tipu. aku siap belagak kat kawan-kawan aku cikgu tu bagi aku hadiah. tapi aku cabut kad ucapan 6A cikgu tu siap-siap. Percayalah...waktu yang terindah adalah waktu belajar.  


15.5.13

sudut | luah | perasaan

Assalamualaikum w.b.t...................


korang ada kawan yang mana asal korang on chat FB. dia ada...
then, kau boleh & senang nak sembang segala apa yang kau pendam. 
kau bebel-bebel kat dia mengadu domba tanpa menghiraukan rasa & perasaan muak dia ketika itu. pastu kau pungpang-pungpang lagi.so, kau da penat kau stop. then, tidak pernah kenal ape erti putus asa mengadu domba. esok kau on lagi FB ke YM ke segala bagai. ko mengadu lagi pasal citer yang lebih kurang sama berlainan jalan cerita. pun kau tak menghiraukan lagi perasaan mual dia ketika itu. mungkin tak makan lagi ke ape. tapi kau teruskan. teruskan. sesekali berhenti sebab penat.  

tak cukup lagi tu. kau tak puashati terhadap orang lain. tapi ko mengeluarkan kata-kata kurang enak. dengan harapan kau boleh harap dia maafkan kau sebab kau bajet dia faham perasaan kau. tapi kau tak sedar. perasaan fed up dia mungkin meluap-luap ketika itu tapi dia takde pilihan. dia teruskan dengan kisah kau yang tak pernah habis. 

DAN.....walaupun respon dia baik je. tapi sebenarnya kau da tunjukkan sesuatu sudut yang kurang bagus untuk dia mengenal kau jenis yang macam mana. tapi...yang tak faham sampai sekarang. Kenapa kau masih teruskan gejala ini? ini namanya kekeliruan identiti atau kurang kasih sayang manusia ?

TAPI.....pada masa yang sama cuba kau baca tentang kisah tauladan Nabi & para sahabatnya. InsyaAllah kau akan rasa betapa jauhnya beza kesusahan yang kau adukan dengan kesusahan yang para sahabat nabi lalui. Betapa iman kita rapuh berbanding dengan keimanan teguh mereka. sobsob!


kan da cakap tadi... cerita sama. jalan cerita lain.


psssttttttttt :  tak kisah apa pun. maafkan aku SENAH. lepas ni kalau BF aku tak layan aku. aku cari BF lain. aku tak ngadu dekat kau da. hiksssss.... #dramasangat.

14.5.13

Menteri | Besar | Malaysia | 2013

Assalamualaikum w.b.t............


Pilihanraya pun da berlalu. Biasa la kalau ada lagi saki-baki manusia tak puashati. kalau duk layan meghoyan & carutan mereka. sampai bebila takkan habis. Maka, jalani je la kehidupan korang dengan lebih baik. Ubah mana-mana kekurangan. 

so, hari ni aku saja la nak nengok siapa Menteri Besar kat tempat kita memasing. so, cikidot....

1
JOHOR
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (BN)
2
KEDAH
Datuk Mukhriz Mahathir (BN)
3
KELANTAN
Datuk Ahmad Yakob (PAS)
4
MELAKA
Datuk Idris Haron (BN)
5
NEGERI SEMBILAN
Datuk Seri Mohamad Hasan (BN)
6
PAHANG
Datuk Seri Adnan Yaakob (BN)
7
PERAK
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (BN)
8
PERLIS
Azlan Man (BN)
9
PULAU PINANG
Lim Guan Eng (DAP)
10
SARAWAK
Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (BN)
11
SABAH
Datuk Seri Musa Aman (BN)
12
SELANGOR
Dato' Abd Khalid Ibrahim (PKR)
13
TERENGGANU
Datuk Seri Ahmad Said (BN )

Tahniah buat mereka semua. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Semoga MALAYSIA terus Maju, Aman, Damai. DAN............... kepada rakyat Malaysia, tapayahla bertegang urat bagai. bermaaf-maafanla. 


psssttttttttt : betapa hebatnya politik. sehingga mampu buat orang bertekak & sebut perkataan-perkataan yang kurang enak. dahsyat bukan ?!!

13.5.13

selamat | hari | IBU

Assalamualaikum w.b.t..............

semalam semangat waja tolong mak masak.
sebenarnya bukan semangat waja. TAPI memang takde pilihan.
nak taknak kena gak tolong masak. ok gak masak kari ni. takde ah susah mana.
takpenah aku amek tau sangat pasal masak kari. selalu tau makan je.

so, da siap bahan-bahan. aku da campurkan da ape serbuk-serbuk yang patut.
aku da blend siap-siap. kunyit + halia + bawang putih & segala macam bawang + kelapa goreng yg dah blend. last sekali masukkan serbuk kari. 3 sudu ngko...memang terbaik la nanti rasa dia. mak da tumis dalam periuk atas dapur rencah tumisan dia. berjalan lancar. dengan bangganya aku pun bagi kat mak semua menda aku da blend td utk disebatikan dalam tumisan mak tadi. mak pun kacau. dan suasana cemas mula terjadi.. 

MAK :  kau masukkan serbuk yang mana tadi ?
AKU : botol tu la mak. kenapa ? tadi mak cakap botol depan orang ni. #aku dengan begitu konfidennya tunjukkan botol yang depan aku nun. 
AKU : tadi mak cakap. botol depan orang ni. masukkan serbuk kari kan ?
MAK : Ya Allah, tak kenalke serbuk kari dengan serbuk kunyit?
AKU : HAH....? lah...mana la orang tahu. mak cakap botol depan orang ni. ni la botol dia. 
MAK : tapi kan lain serbuk kari dgn serbuk kunyit. bla bla bla... #bebelan mak start. stress barangkali.
AKU : lah..mana la orang tahu. mmg botol tu je ada kat depan ni hah. 
MAK : mak pun tak perasan. tu la..lainkali orang masak. tengok. ambil tahu. ni serbuk kunyit ngan kari pun tatau. blablablabla... #stress walaupun memang salah sendiri. 
AKU : .......................................... #diam tanda protes. 
MAK : abis da bahan-bahan tadi semua. kena buat balik dari awal. lagi nak cepat. da jadi lambat.
AKU : .......................................... #diam lagi tanda protes.
ADIK AKU : ala...takpe la mak. kita buat balik. ape bahan-bahan dia tadi. sambil bisik kat aku. rileks la...biasala tu.kau pun 1..serbuk kari ngan kunyit pun taktau. 

serbuk kunyit
serbuk kari

sedih sangat tau kari ni. kenapa mesti kari? KENAPA? KENAPA? KENAPA?
tapi berkat dari kesilapan tu. aku rasa aku da pandai masak kari siket. insyaAllah...aku igt kot setiap bahan-bahan yg digunakan. 

Maaf ya mak....di hari ibu ni jugak la anakmu ini gagal dalam ujian masterchef masakan kari. tapi "Gagal Sekali Tak Bermakna Gagal Untuk Selama-lamanya." #nampak tak rintihan insan berdosa?

pssssttttt : lepas ni Visi - belajar masak dgn tekun persis Dato' Fazley. ke arah Misi - nanti bulan puasa mak tapayah bangun awal nak masak sahur. biar anakmu ni je yang setelkan...huhu. InsyaAllah.

10.5.13

1 | Rejab | 1434

Assalamualaikum w.b.t.................



cepat kan masa berlalu. da masuk bulan Rejab da. so, di kesempatan ini. meh kita sembang tentang bulan Rejab...aku ada jumpa info Sharing is Caring. so, baca meh..!



REJAB bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. 


Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. 


Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

-----------------------------------------------------------------------------------

Amalan Bulan Rejab :

Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut: 

Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha". 

Oleh kerana itu dianjurkan:
  1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah) 
  2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis) 
  3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir) 
  4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya." 
  5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah. 

-----------------------------------------------------------------------------------

Fadilat Rejab :
  1. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga." 
  2. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)." 
  3. Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun." 
  4. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat." 
  5. Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya." 
  6. Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti." 
  7. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka." 
  8. Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus." 
  9. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim." 
  10. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat." 
  11. Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah." 
  12. Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun." 
  13. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga." 
  14. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam." 
  15. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)." 
  16. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun." 
  17. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

-----------------------------------------------------------------------------------
Peristiwa Penting :


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) 

2. Isra’ dan Mi’raj 
3. Perang Tabuk 
4. Pembebasan Baitul-Muqad 
5. Lahirnya Imam Syafie RH.


pssssssstttttt : Marilah kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan.Wallah hu’alam bissawab. berhenti perihal politik yg takde kesudahan. 

Selamat | Bertunang | Ain ♥ Zaki

Assalamualaikum w.b.t.............


selamat bertunang buat Qurratul Aini
Alhamdulillah setelah pelbagai onak dan ranjau dilalui. akhirnya jodoh dia mai da. 
Aku tumpang happy. dia ni ekceli kawan aku masa zaman kanak-kanak dolu. 
tapi masa tu aku hingusan lagi. tapi dia sudah jadi gadis top&hot di sekolah. HAHA...
kebetulan lepas da abes belajar masing2 da besor panjang. dia rapat dengan kawan lain aku yang mana aku rapat dengan kawan aku tu. eh eh...acane tu? lalu....ikatan kami pun kembali terjalin. wah gitu.

sehari sebelum mengundi kawan aku ni bertunang. 04052013. amek aura PRU13 sekali. semoga dipermudahkan dan hubungan diberkati hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke syurga. Aamiin....

simple tapi anggun kawan aku berjubah . cantik. 
Selamat Bertunang Ain Zaki

------------------------------------------------


SEMOGA PERHUBUNGAN KORANG DIBERKATI & JANGAN LUPA BATAS-BATAS DALAM PERHUBUNGAN SEBELUM BE
RKAHWIN. SELAMAT BERTUNANG BUAT SEMUA. SEHINGGA BERTEMU DI MAJLIS PERNIKAHAN NANTI. 

4.5.13

syukur | & | terima kasih

Assalamualaikum w.b.t.............


hari tu pergi makan. sebenarnya bukan pergi makan je tapi makan-makan.
memula uruskan beberapa urusan. TIBA-TIBA.... 
teringin makan meatball IKEA & kek cekelatnye. 
Then, makan lagi dengan family orang lain kat Seoul Garden, OU. 
kenyang. kenyang. dan kenyang. TAPI....



sebenarnya aku bukan nak cakap pasal makan mahupun kenyang.
cuma aku nak sampaikan rasa kesyukuran. SEBAB...
dipertemukan dengan kawan-kawan dan keluarga yang baikhati. 
semoga kebaikan akan terus berpihak kepada kita semua. 


Kepada AKU, 
jangan cepat melatah, marah dan belajarlah untuk menghormati perasaan orang lain. sebabnya...cepat sangat naik marah untuk benda yang aku rasa tak perlu.
Percaya yang dia sedang berusaha & cuba terima dia seadanya. 
Yakin yang dia cuba lakukan terbaik walau ada kekurangan & elakkan bersangka buruk.


3.5.13

Kempen | PRU13 | katakoooooo...

Assalamualaikum w.b.t..............


wah....lagi berapa hari da nak mengundi. 
makin berbagai-bagai peel deme ni aku nengok kat FB. laka-laka tapi takpe.
memang dalam bulan berkempen. so, ghasak korang ler. ahakssss!
orang yang sebelum ni korang nampak sopan je orangnya. 
bila da nak dekat PRU13 tetiber je otomatik pandai mengeluarkan kata-kata kesat. 
orang yang sebelum ni memang asik meghoyan je lagi la.. menjadi-jadi.

Hormati pilihan orang lain / kawan-kawan lain. 
tapayah nak sibuk-sibuk ngko marah deme nak ngundi ape. 
neway, Selamat Mengundi ya kawan-kawan. 

---------------------------------------------------------
Petikan ayat-ayat cinta PRU13 :


kerajaan monopoli media perdana.
pembangkang monopoli dunia cyber.
macammana pembangkang menyampah tengok berita (tapi tak tv),
begitu juga kerajaan meyampah tengok news feed (tapi tak internet).

undi sebagai satu pelunasan tanggungjawab.
bukan sebagai garis pemisah silaturrahim.
kan?

maka rilek.

wahai tuhan,
perlekaslah semua ini.
tak larat lagi aku perhati semua maki dan benci.

---------------------------------------------------------

kalau benda betul -- namanya buka aib.
kalau benda tak betul -- namanya fitnah.

jauhkanlah.

majoriti belajar sampai kolej, sampai universiti.
takkan benda macam ni pun nak kena cakap berkali2?

haih.

(Fynn Jamal)

1.5.13

It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO

Assalamualaikum w.b.t..........


** P/S : ini adalah stickypost hingga 01052013. Entri lain kat bawah nun..


Sonang ja lahai nak join contest ni. ikut 5 step macam kat bawah ni :-


  Follow Blog CREATIVE BY TWO
Gunakan tajuk entri anda :  It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO. Entri ini kita jadikan sebagai stickyposts dalam blog kome memasing yer hingga 01.05.2013.
 Kongsikan Kufi Art Promotion Poster yang cantik berwarna-warni ini.
 Tag 2 orang rakan blog yang lain untuk join GA ini :
  1. ChikebumBuzz
  2. Cikgu ♥
 DAN....tinggalkan link entri ini pada ruangan komen blog CREATIVE BY TWO 



Kepada yang nak tahu lebih lanjut & nak tengok sendiri hadiah yang disediakan...sila la berkunjung ke blog CREATIVE BY TWO ini sendiri. 
Selamat Mencuba kepada kawan-kawan & Selamat Maju Jaya buat CREATIVE BY TWO.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...