29.4.12

review | THE AVENGERS

Assalamualaikum w.b.t.............


jumaat lepas aku pergi tengok movie ni. semangat waja tu nak tgok citer ni. balik kerja tu terus g KLCC layan movie ni dgn JIJA [Hulk : sbb pemarah] & ABG NIZAM [Iron Man : tapi takde 1 karakter Ironman pn kt beliau. hiksss !]. tiket da booking sesiap 2D lagi tapik aku tatau ape beza yang biasa dgn 2D. bedal aje.. so, meh aku habaq mai siket citer ni. 

hakcipta gambar ni : Y2N. credit to abg nizam. 

Cerita Epik Pengembaraan yang terdiri daripada gabungan Superhero "Ironman",  "Incredible Hulk", "Hawk Eye" , "Thor" , "Black Widow" dan "Captain America".

Apabila musuh yang tidak dijangka muncul yang mengancam keselamatan dan keselamatan global,  Nick Fury dan agensi antarabangsa membawa bersama satu pasukan superhuman untuk membentuk Avengers bagi membantu menyelamatkan Bumi dari Loki & tentera-tenteranya.

"Marvel The Avengers" ekceli cerita dari  siri komik popular "Avengers".


pssssssttt : boleh tak review dia cenggini ? ye ah...mana leh citer bebanyak. nnti tak syok ah. so, baik korang tgok kat wayang sendiri. mmg best!  Rate : 5*


26.4.12

Skim | Rumah | Pertamaku

Assalamualaikum w.b.t..................


apsal sekarang ni perasaan nak beli rumah amat tinggi dalam diri ni ? HAHA...gaji ko macam la lapan ribu kan ? nak beli rumah bagai. dah la bukan kerja kerajaan pun. peluang nak beli rumah tu macam amat tipis ja. HEKHEK !

tapi kan ? aku ada la usha-punya-usha pasal yang  "Skim Rumah Pertamaku"  tu. macam ok ja. kalau dari aku baca...memang nampak ok. tapi bila nak merealisasikannya tu mesti agak payah kan? tapi...kat sini aku nak share kat korang pasal skim ni la. 

klik kat website dia ni ---> "Skim Rumah Pertamaku"


psssssssstttt : semangat waja kan nak beli rumah sampai rasa kalau ada peraduan menangi rumah ke ape. memang aku masuk da. senang-senang ja dapat rumah. HIKSS...

jangan | mainkan | perasaan

Assalamualaikum w.b.t................ 


erk...tadi timbang punya timbang. saja la kan....baru 2-3 hari diet. da bajet nak timbang. PUIIIIIIIIIIIHHHHHHHHHHHHH....tapik! tapik! 

kemaen tau gambar ni. lihat saja kuku kakinya. cett!

penimbang aku ni salah ke memainkan perasaan aku ke hape ntah. bleh je macam da hilang beberapa KG ni. acane ni ? konpius den dibuatnya. betul ka ? utk 2-3 hari layan diet Atkins ni. takkan la sampai 5 kg kot ? ah..tak percaya la aku ! esok nak try timbang guna timbang kati plak la yg biasa buat timbang daging-ayam-sayur kat pasar tu. kot la guna penimbang tu 15kg lak hilang jisim aku. HAHAHA... 

rasa cam sedih pulak tengok nasi briyani gam. spaghetti. mihun goreng pedas. roti canai, roti gandum dan segala macam makanan berkarbohidrat & bergula. tapik asalkan ayam penyet masih leh bedal. aku terima je seadanya syarat-syarat diet ni. AHAKSSS ! 



pssssssssssssttttttttt : korang rasa logik tak turun 5kg dlm masa 3 hari ? aku rasa cam tak logik je. tapik da 97 kali aku timbang ni. sama je bacaan dia. #argggggggghhh...tipo la !


24.4.12

usaha | itu | menunggu

Assalamualaikum w.b.t...............

apkebendanya USAHA tu ya adik² ? dan² je adik²..HIKHIKHIK !

USAHA itu bila sorang tu duduk berdiri tegak dengan harapan menunggu tanpa berbuat apa-apa. lepas tu mengharapkan menda datang dekat kita sambil lambai-lambai tangan. 
APEKAH BENAR ?

aku ingat zaman yang serba canggih & moden ni takde da lagi menda-menda macam ni. tapi ternyata aku salah ! MASIH ADA rupanya manusia tersebut. bebaru ni aku terjumpa 1. ini bukan aksi cuba mengaibkan tapi lebih kepada pengajaran. 

  1. orang lain telah carikan kerja utk sipolan
  2. lepas tu sipolan dah dapat kerja tu. 
  3. sipolan nak pergi kerja macam mana pulak ? kan ke melibatkan kos baru-baru nak hidup. 
  4. macam mana  sipolan nak tepon mak dia topup takde. kalau pape berlaku masa nak ke tempat kerja macam mana sipolan nak hubungi orang utk makluman ? 
  5. ishk3x...da kalau tu pun orang lain nk kena fikirkan. da tuh..bila masa pulak  sipolan tadi nak berfikir ? 



pssssstttttt : aku terkadang berfikir. indahnya hidup macam ni. tak perlu sibuk-sibuk berfikir. tunggu menda jatuh bergolek. pocong nak jatuh golek-golek depan ko pun nak kena ada usaha golekan/lompatan tau. #eh.ade.kaitan.ke ?

Program | Latihan | 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t..............

hai semua. apa khabar hari ni ? baik-baik saja ? atau sakit pening ke ?
entri ni aku nak citer la siket pasal satu PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA @ KURSUS JANGKA PENDEK. menda ni aku jumpa pasal aku ekceli duk tengah cari kursus belajar menjahit. memang aku serius gila nak belajar menjahit sampai boleh jahit. bukan saja jahit baju. malah boleh jahit mulut orang yang mana kepochi tu. HIKSSS.... #nawaitu da nak menyimpang.

aku google-punya-google sekali jumpa la satu link ni. nampak macam best. aku rasa nak try la tengok menda kursus pendek yang ditawarkan ? PERGGGGGGHHH...banyak rupanya. boleh je aku baru tahu semalam . RUGI BETULLAH ! 




korang tengok la sendiri menda kursus yang ditawarkan yang korang rasa berminat nak join. macam-macam ado weh..tapik satu aku tak paham. aku dah daftar ada satu kursus ni. tapik aku tak tahu aku diterima ke tidak ? kena bawa barang-barang sendiri ke @ disediakan ? kena buat bayaran  bila ? ada caj lain selain caj yg ditawarkan tu ? had umur nak amek kursus tu acane pulak ? 
** eceh kemaen byk soalan.. terpaksa la aku kena tepon Kolej Komuniti ni gamaknya. 


psssstttt : tu je la aku nak share kali ni. laenkali kita share laen plak ek. lepas ni jangan terkejot la kalau aku pandai buat baju kebaya moden tiada belahan. AHAKSSS !

22.4.12

Atkins | Diet ?

Assalamualaikum w.b.t............


Atkins Diet - sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:


1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu/lebih, mengikut keadaan.




peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.




SEMASA 2 MINGGU INDUCTION :-


1)    Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2)    Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.


3)    Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4)    Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).


5)    Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!


6)    Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.


7)    Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.


8)    Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.


9)    Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.





BOLEH MAKAN
TAK BOLEH MAKAN

1)    Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2)    Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3)    Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4)    Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5)    Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6)    Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7)    Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8)    Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9)    Pizza? Makan topping sahaja.

10)  Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

1)    Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.

2)    Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

3)    Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).

4)    Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

5)    Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

6)    Kek, biskut dan semua produk bergandum.

7)    Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

8)    Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.

9)    Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.

10)  Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.

11)  Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).

12)  Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.





2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)



SYARAT-SYARAT  INDUCTION

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.


2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.


3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.


Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.


Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.


Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.


Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan


Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!


Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.



Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.

2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.

2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.

3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.

2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.

2.) Jauhi gula2 / coklat.


Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.

2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!


Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.

2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.

2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.

3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.

4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.

5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.

6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).

2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.

3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. asalkan BUKAN nasi, roti.

Fast food 
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 

Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.

KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.


Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.



Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.



Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.



psssttttttt : Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet. korang terima je la diri itu seadanya. anak tu lebih memerlukan anda ya.

19.4.12

pengalaman | kerja

Assalamualaikum w.b.t.........

rasa macam da 6 tahun aku tak menulis blog. eceh...maap la sebab aku kesuntukan masa dan banyak masa aku digunakan untuk tidor sebab hari-hari merempit dalam hujan. PENAT !

hari ni nak share menda baru yang aku jumpa dekat company baru ni. 3 minggu+3 tempat jugak la aku pergi meeting + join presentation. so, agak banyak la menda dapat belajar + cuba + dengar + lihat


Minggu Pertama
presentation untuk sistem Kediaman. baru la aku tau kondominium mewah deme guna sistem bagai. 1st time rasa teruja tengok kondominium kat Kepong Baru. so, senior aku present utk orang Admin (Office Management). speaking ok! speaking!

Minggu ke-2
pergi meeting dgn senior + 2 bos Chinese dekat Mah Sing S/B. company Developer.

Minggu ke-3
pergi meeting jugak dgn senior + 2 bos Chinese tu. dan kali ni lagi la....tengok kondominium depan mata sebijik rege 4 juta rasa macam nak nangis sebab cantik gilerrrr. tak caya. cergoogles One Menerung. aku nengok anak mat salleh mandi kat pool dia siap ada instructor. hamek ko...aku da tua ni pun ha berenang tak gheti-gheti. 

meeting pun dengan mat salleh. ape kejadah dia cakap kemaen slang lg buat aku kena dengar bebetol menda dia speaking nun. so, nampaknya pasni aku kena pegi kelas tusyen Bahasa Inggeris la gamaknya. kalau tak, confident level aku sangat la low.

 ntah siapa la Vanessa Hudgens ni. credit to dia. HAHA!
TUGASAN KENA BUAT : 
  1. booklet utk sistem kediaman. 
  2. video slide utk sistem kediaman tu jugak. 
  3. study pasal sistem payroll.

TAHAP BLUR aku : HIGH

RAKAN SEKERJA : okeh je sebab semua sebaya aku ja pun. cuma aku baru. aku rasa banyak menda aku tak tahu kalau dorang bercerita perihal kerja. seriously lost gila...

BOS : ada 2 orang Chinese. sorang Datuk + sorang perempuan. aku sedang mengenali mereka dgn cara kerja dorang. aku harap dorang tak nampak ke'blur'an aku. HAHA..


sesat | barat

Assalamualaikum w.b.t..............


pepatah ada berkata. malu bertanya sesat jalan. tapik kata aku...terlepas exit bulatan pahang. boleh jadi sesat jalan ok. gila punya sesat. dah la hujan lebat. sesat pulak. da sesat. tak tahu ada kat mana. apa lah nasib!

aku nengok map pun masih tak paham jalan kat segambut. BENCI !

Tentatif Sesat 
  • cilok punya cilok kemaen. terlepas exit Bulatan Pahangaku up la konon nak lalu Jalan Kuching. tapi tetiber rasa takmo Jalan Kuching. masuk Jalan Ipoh kat laluan bas nak pergi Sogo zaman dedulu. ahai..

  • masuk Jalan Ipoh konfiden je amek kiri. eh..tetiber da sampai Segambut. Segambut? weh..aku paling tak pernah sampai kat Segambut ni la. hadoila. dah la hujan lebat. aku sesat kat tempat yang aku rasa tak pernah aku pergi. berteduh kejap bawa fly over & tanya ada sorang uncle cina depan aku.
AKU : mcm mana nak keluar pergi batu caves sana uncle ?
UNCLE : batu caves ? tempat india sana sembahyang ka? fuh..manyak jauh itu tempat woh. u masuk kiri. pastu kanan. pastu masuk sana. masuk sini nampak traffic light. sana nanti jumpa fly over. u tengok la sana highway keluar ma..
AKU : ohhhhhhhh...ok tenkiu.tenkiu. [satu pun aku tak paham]

  • aku redah punya redah. ada beberapa jalan aku tahu da. tapik aku terlepas lagi exit tu. last-last aku keluar dekat nak ke Sg Buloh sana. exit ke Manjalara sana. situ aku tahu da aku kat mana. syukur Alhamdulillah...sejam aku atas motor kesesatan sampai gak rumah dgn selamat. naek cramp kaki dibuatnya. katakan TIDAK pada Segambut. 


psssssssstttt : takpe la. mungkin sesat aku tu menjadi penghalang kepada sesuatu yang buruk berlaku kalau aku guna jalan yang biasa aku ikut tu..kan ? #positive thinking#

12.4.12

09 | 04 | 2012

Assalamualaikum w.b.t....................

wah...cepatnya masa berlalu. dah pun April 2012. dan biasa ah APRIL kan bulan aku. so, biasa ah. kena la ada entri mengenang-terkenang-kenangkenangan. PUIIIIII....

baru aku perasan sejak aku berblog start 2010. ada 2-3 entri hari jadi DAN aku kembar kan. harusla kena wish kat kembar aku. tapi apsal kembar aku tiap-tiap tahun birthday dia best ? bersalin la. baru abes pantang la. tiap-tiap tahun upgrade.aku gak yang cenggini je. tapi nak wat acane. terima la qada' dan qadar Allah S.W.T. 


so, cuba korang tengok menda aku lalui dari dulu sampai la ni. SAMA kan ? SAMA kan ? ni entri masa 09042010. then, ni plak entri masa 09042011 vol 1 & 09042011 vol 2. perggghh...taboleh bla ada volume. cam buku rujukan sains tingkatan 5 sangat tau !

so, masih menda yang sama tahun ni. terima kasih kat korang semua. aku rasa berdosa sebab buat korang bagi ucapan yang sama tiap-tiap tahun. sebab korang still kena put 

"SEMOGA CEPAT DITEMUKAN JODOH , CEPAT KAWEN CEPAT , JOM NAIK PELAMIN , MAKAN NASI MINYAK , MINYAK CAP SERI MURNI & ETC".


psssssssssssssttttttt : cepatnya masa berlalu kan ? aku plak semakin muda. muda. dan muda. AND ...remember! kata-kata itu satu doa. sila kata yang bebaik je kat aku. 

10.4.12

macam | mana | tidor ?

Assalamualaikum w.b.t...............



korang...tetiber aku teringat ada satu mainan ni masa aku kekecik dulu aku sangat percayakan dan layan menda² tahyul begini. ni abang aku la ajar ni...nyanyi tau!

"MENTADAK MENTADUK. MACAM MANA #nama si polan²# TIDUR ?"
"MENTADAK MENTADUK. MACAM MANA #nama si polan²# BERAK ?"

yang bestnya ape tau. lepas je aku nyanyi macam tu. boleh je serangga ni bergerak macam paham ape aku tanya tadi lalu dia pun tunjuk aksi bebetol macam mana si polan tu TIDUR / BERAK .

tak pasal² aku da percaya & siap membayangkan gaya yg serangga ni tunjukkan dgn aksi si polan tadi adakah boleh jadi sama ? ada yang cm berak meneran. ada yang asek ubah² kedudukan time tidor.




siapa-siapa tak pernah try. korang try la. serius minatang ni pernah skodeng korang dulu. sebab tu dia tau pelbagai aksi. cthnya macam kat atas ni. KEHKEH !



psssssssssstttttttt : mak aku cakap.. ni petua org dedulu nak bg korang tak takot dgn serangga macam ni. tapik ape aku dulik. aku takot gak ngan minatang ni. yeuuuww!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...