29.6.11

peristiwa | israk | mikraj

salam...sempena israk mikraj. saja nak share...

 
Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. 

Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa) Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah)Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).

 
Dalam perjalanan itu juga, Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
 
E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
 
F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
 
G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
 
H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
 
I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
 
J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar(takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
 
K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
 
L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.
 
M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. 
Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
 
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. 

Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)
 
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
 
b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
 
d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
 
e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.
 
f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi.
 
g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
 
h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda : “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : 
Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.
 
i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
 
j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
 
k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.
l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.
 
m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad
Rasullah: Labbaika
 
Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
 
Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.
 
Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.
 
Selepas Mikraj
 
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.


pssssstttt : sori lambat publish. entri aku songsang...sedih kerna diri ini selalu tidak melaksanakan tanggungjawab sbg hambaNya dgn baik. marilah memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Wallahualam.

24.6.11

terima | kasih | trexchomel

salam...

entri aku kali ni adalah entri penghargaan sempena buat aku gembira.
sedang aku stress di tempat kerja dan keinginan untuk mencarut amat tinggi.
namun tetiber sampai rumah..mood bertukar menjadi tergedik-gedik gembira.
apehal kemaen gembira sangat ? *jom kita flashback*

aku layan blog sorang-sorang. tgh malam buta kot..pastu kat link belah kanan blog aku nampak dak trex ni ada wat entri baru...aku baru kenal-kenal manja dgn dia. so, aku pon singgah la....pastu kan.pastu kan....ada pulak trexchomel buat entri ni ------ >  =)

aku pon baca kemaen panjang entri dia ni satu-satu cam orang tak gheti mengeja.da lepas aku baca terhegeh²....aku menyesal. sebab dia nak 5 pengomen utama.yuuu~ aku pon terus la komen dengan iklas.
( walhal suka nau menda kalerful tu ) HAHA...

5 pemenang..HAHA.  ( @pan & @PG. korang xde ponggg!)


intro : kehadapan cik bib lawa..................from : trexchomel

meh sini aku tunjuk ape yang aku dapat. aku sangat suka la...da la warna-warni. ada nama aku. ada stroberi lagik walopun aku tak dpt stroberi cameron dari @fiezah. terubat dek stroberi trex ni. KEHKEH...

aku sangat teruja sehingga mahu menitiskan airmata...ececeh~

siap buatkan untuk anak buah aku lagi tau...so suwit-muwit tau.

juta-juta terima kasih trexchomel. mak aku suh balas nanti weh...
dengan rasminya aku mengiktiraf hasil kerja tangan TREXCHOMEL yang sangat la unik-cantik-takkan sama dengan orang laen. kiranya dalam dunia ada satu je menda camni..korang hado?

aku da minta resepi buat menda ni...harap-harap ada la entri resipi aku rikues ni kan trex ?
bukan aku nak blaja...aku mmg haramjadahla tak gheti. aku nak tau untuk jawab soklan bila orang tanya aku memacam ttg hasil tangan yang sungguh cantik ini...

pssssttttt : aku kol trex nak cakap makasih.. dia takmo angkat sebab takot kan aku. sebab aku kan ganster kepada KL gangster. ok bye...
 
 

wanita | & | cantik

salam.. 

wanita cantik adalah wanita yang.........
melukis kekuatan melalui masalahnya.
tersenyum di saat tertekan.
tertawa di saat hati sedang menangis.
tabah di saat terhina.
semua wanita cantik. maka, peliharala...(sesuci lebaran sungguh! )

pssssstttt : macam mana pulak nasib wanita kacak macam aku ? HEH. kredit to sesiapa yg terlibat. aku bukan sengaja. aku cuma suka...terlalu suka.


19.6.11

pengorbanan | abah

salam...

eh eh...hari ni hari bapa. ah..dari minggu lepas suma duk post hari bapa.
ntah bila hari yang sebenarnya ntah. tapi ekceli hari² pon hari bapa. SEBAB...
kita  kena sentiasa doakan MAKABAH kita yg masih hidup @ yg sudah tiada.


dulu aku adalah dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah. 
adek beradek pulak berderet. tapi anak tu kan rezki Allah Taala bagi. 
banyak la kisah-suka-duka aku ngan abah kecik² dulu...ce'flashback'~

cool beb naek moto reramai..
pegi skola rendah : naek moto honda kap 4org. pungguk aku kat hujung seat kapcai tu.  abah+atun+aku berhimpit. ani la seronok duduk dalam bakul depan sorang²!

pegi skola agama : abah kdg hantar aku pegi sekolah naek lori. malu kot..japg kawan² aku ejek. "ah..bapa kau bawa lori? HAHAHA..."
kekecik kan. biasa ah. kalo skrg ni. abah aku hantar pegi PAVI naek lori pon...ade aku kesah? korang naek bas-LRT suma tu cool sangatke? eceh...

minta derma skola : masa form2 dapat surat kena derma rm5. japg ayah aku ckp bg rm1 je la. asalkan ikhlas. sbb ye la..mana ada duit kan. sekali aku merajok & ckp mana boleh. cikgu suh bayar rm5. esoknya, abah aku bg rm5 tu jugak. jahat kan aku? aleh-aleh aku salah sorang yg dapat duit hasil dari derma tu...pilu gila la masa tu.

maen hoki : walaupon abah tak suka sgt aku maen hoki. tapi ada 1x tu aku bangun lambat. bas hoki da jalan. aku ada games kat stadium hoki tun razak. japg abah aku hantar gak aku naek moto honda kap nye...vrrrrooommmmmm!! *pegang kayu hoki naek motor sungguh macam drama tamil nak pegi pukul orang* hikhik...

aku 1st keje : abah bagi aku rm150. nah..pakai dulu duit abah. baru² nak mulakan hidup. susah siket. jimat la...sedihnya. baru tahu susahnye nak cari duit. aku da ganti masa gaji tu. tapi ansuran la kan 3bulan. time tu gaji aku rm550 camtu.HAHA...

dpt dip UiTM : gtau abah aku. skali abah aku "pelok bangga" aku. sedih gila time tu. aku nanges. selalo aku "pelok raya" je. aku ni perangai kemaen keras. hati lembik cam sipot sedut. erk...sipot sedut lembik ke? 

so, ni la serba-sangat-sedikit ttg betapa banyaknye jasa ABAH aku sambil dibantu oleh mak dikala membesarkan anak yang ramai dalam kehidupan yg serba kekurangan. sila hargai mereka sehingga akhir hayat kita. bukan sehingga akhir ayat mereka..renung²kan~

HAJI ABDUL BIN HASSAN

psssstttt : pernah menipu & nyorokkan report card sebab dapat nombor 26/30. "cikgu orang bersalin abah.cikgu ganti takde lagik". HAHA. maap yer ABAH..hikhik!


16.6.11

why | so | serious ?

salam....
 
Why is everybody so serious ????

erk...pehal ada merah dedarah ni...yeeeeuuuuwww~
 
tolong ajarkan aku serius. ini kerana aku BUTA SERIUS. marah aku pandai...kehkeh!
 
psstt : kalau la serius boleh menyelesaikan masalah. senang kan ? oh takpe, mungkin dengan cara itu boleh meredakan kekusutan diri. tapi kan...lain orang lain caranya. so, kita kena hormati. ok bye!


14.6.11

gegaran | akibat | gempa

salam...

tebiber aku dapat berita pasal gegaran. terus cari bila? dimana?
so, gugel punya gugel...sempat la nak hapdet pasal ni.....

-------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.


 -------------------------------------------------------------------

ape la kabar "adek&kakak" yg da balek putrajaya...

bomba datang berlomba-lomba...

cerbaca - cerbaca kat sini ----> UTUSAN MALAYSIA ONLINE & THE STAR ONLINE


psssstttt :sila jaga hubungan kita dengan Allah, Alam Sekitar dan juge sesama Manusia. sekian, renung-renungkan...selamat beramal.


13.6.11

kesian | hati | ini

salam...

ape kabar hati-hati kamo diluar sana? baik? atau dah rosak terus akibat asap rokok atau asap ketapi Mumbai ? ishk3x...neway, sayangila hati korang dan hati orang laen ya. lagu nasyid ni buat hati aku tacing...baca lirik ni mmg tak tacing la kan. sila dengar lagu sekali. cikidot~

SUBHANALLAH... sila jangan rosakkan hati ini.

SAUJANA - SUCI SEKEPING HATI

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


pssttt : maap yer hati sebab seringkali sakit-disakiti-menyakiti. akan hadir satu hari nanti penawar untuk segala kesakitan ini. insyaAllah...

12.6.11

rindu | adek | kakak

salam...

malam tadik duduk sengsorang kat rumah.
ditemani nokia putih.acer & tetevisyen hitam. sunyi sepi sekeliling..sedih!

lepas magrib tadi aku da tertidor. tetiber dengar suara comel biasa aku dengar.
"atam...ADEK da nak balek da ni. nak salam atam..." ( nurlaila najihah ) 
aku pon mamai-mamai..tidor balek. datang kakaknye pulak..
"atam...KAKAK da nak balek da ni. nak salam atam..." ( nurlaila zafirah )
baru aku bangun..apesal sama je ayat dorang berdua ni. erkkk....mamai², terus amek adek kanak² tadi yg baru dua bulan dan sangat comel... (nurlaila alisya)

yang peace tu nurlaila najiha..dorg mmg suka posing. HEH...
ni nurlaila zafirah...penggeli orangnyer.

sebelom balek dorang pelok cium...siap buat flying kiss siap tangkap² lagi tau. 
sedih bebenor rasanya. walhal minggu depan hari jumaat dorang da sampai balek sini.
tapi..hati tetap rasa rindu nak memarah, nak ajar mengira guna jari tangan & kaki.
pastu kalau dorang ada...ada la sbb aku nak beli cikedis jadah segala jajan.
memacam la selama dekat 3bulan dorang duduk sini sebab kakak aku dalam pantang. 

pastu..pagi tadi bangun tido tak nampak kanak² ini. rasa macam tak best.
dan baru la boleh kemas rumah bersih tanpa was-was..xde tukang sepah da.

pssssttt : ghindu keletah kanak² yang selalo membuat hati ini panas dan sejuk sepanjang tahun. sama macam iklim kat Malaysia ni kan?

terengganu | vs | kelantan

salam...

TAHNIAH buat TERENGGANU dan CUBA LAGI buat KELANTAN.
menang-kalah adat pertandingan...rileks je ah.

kepada penyokong²... sila cool yer semua. jangan maen mercun bakar².
kita support dorang tuk next game ke hapo nanti yok..lagi bagos!
walaupun aku balek dari keluar merempit naek motor baru kawan aku. 
tapik aku kemaen mengada la sokong Terengganu. ntah pe kehe nyer tah..
sempat la jerit² dalam seploh minit terakhir sampai suara aku da jadi persis ella.

dulu masa ngah femes Khairul Fahmi aka Apek..suma like dia kat fesbuk.
ni esok² femes la pulok Mohd Ashaari player ganu ni kan? hikhik...
aku pon nak like nanti. heh...ape-ape pon, masing² maen bagus. so, keep it up!

tengok rileks je dorang bergambar sama..takde pon jeling².

pssstttt : seronok la kelantan sok cuti... naseb aku cuti gak esok. takde ah jeles nau. hikhik~ ok bai....

11.6.11

pesanan | nabi | kita

pesanan nabi sebelum tidur.

Sekadar ingat mengingati.. ... Perkara Sebelum Tidur.
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu : 

1. Sebelum khatam Al Qur'an, 
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, 
3. Sebelum para muslim meredhai kamu, 
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... 

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah...Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" 

Rasul tersenyum dan bersabda :
  1. "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3X seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3X) 
  2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad (3X) 
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3X) 
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh" Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar (3X) 

pssssttt : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...pesanan buat diri sendiri jua.sekian.

10.6.11

lubang | hidung

salam...
aku nak share menda ni. menda ni da ramai yang tahu. tapik ada je yang tak tahu.
so, aku nak share la kan...cerbaca..cerbaca..

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. 

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya
  • sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) 
  • sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ). 


Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh.   

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . 
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa ...


Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Jika ingin bunuh diri, cubalah menutup kedua lubang hidung anda ( sebelah kanan dan kiri ) dan lakukan kira-kira 2 jam , maka anda tidak akan merasakan apa-apa sakit lagi selepas itu.


psssstttt : bersyukurla korang ada hidung. ni tak..lagi nak dibotox hidung masukkan slipar la silikon dalam idung tu. kesian hidung...tak kesian kat ko takpe.huhu...


8.6.11

rehat | sorang

salam...

lunch time aku hari ni sangat kesian. sudah la lapar..
rehat sesorang pulak tu tiada berteman.
sebab sekarang ni da masuk musim berpuasa. da masuk bulan REJAB kan?
yang ganti puasa..ganti la. yang puasa sunat..alhamdulillah.

restoran sekeliling opis ni pulak takde pilihan untuk lunch. 
buat aku rasa nak tapau mee goreng mamak wonnekh (ini bukan mencarut)
da balek opis..makanla mee goreng tu. TAK SEDAP!!! (ini pon bukan mencarut)
tapik aku baru baca pasal erti bersyukur malam tadi. so, aku abeskan jua.

kepada kakak gemuk tegar...merajuk seminggu dua dgn akak.
pegi site tak bagitau..MENCIKKKK!!! (pon bukan mencarut) 
saya kan berbudi bahasa orangnya..ok bai.


pssstttt : saya pangkah kedai MAPLEY tersebut. sekian....


penyakit | tiada | ubat

salam....

aku nak berpuisi sekali malam ni...tapik harap-harap takde sapa marah.HUAHUA..aku takmaen la copy paste ke hape. aku nak cakap aku ada bakat berpuisi.


TAK PERCAYA ? ripleys believe it or not....nah hamek ni ---->  S-E-P-I

------------------------------------------------------------------------------------------

tenang.


kau perlu tenang...
agar jiwa kacau kau dapat aku bersihkan dengan sebaris senyuman.
kau perlu tenang...
agar jati kau dapat aku cantumkan keretakkannya.
kau perlu tenang...
agar aku dapat merasai jiwa dan menakluki kegelisahan itu...


Ayuh~!!!
bangkitkan aku semula ke tempat asalnya agar aku tenang kembali...
 

------------------------------------------------------------------------------------------
credit to GAYAH-GAYAH-GAYAH   bukan saja pandai mencarut malah berkarya.
sungguh berbakat bukan-bukan ?erkk..apesal taip dabel bukan ni? HAKHAK... ok bye!

psssttt : tabaek tau copy paste org punya karya. guna la idea lahir dari hati sendiri..kerna hati yang bersih sukar dicari ( refer to iklan pencuci FAB ke hape yg budak slamatkan kucing dlm longkang balek baju skolah kotor)

5.6.11

happy | birthday | ida

salam...

selamat hari jadi...selamat hari jadi..
selamat hari jadi IDA. selamat hari jadi...

Allah selamatkan kamo..
Allah selamatkan kamo..
Allah selamatkan kamo IDA.
Allah selamatkan kamo.

happy birthday to U.
happy birthday to U.
happy birthday to U IDA.
happy birthday to U.

bezday girl..nyampa tetua panggil bezday girl.HAHA..

aku rasa last aku jumpe dak ni dekat sini jugak dekat tempat duduk yang sama dan kedai satay haji samuri selayang masa birthday aku. hari ni boleh pulak pegi sini lagik..tapik birthday kawan aku ni pulak. ajaib kan ajaib? hah..ape maknanya ni? maknanya jodoh aku da dekat la ni kot kan? HAHA...takde kena mengena ok.

ekceli aku dari kenduri member aku tunang.arrgghh..bebalek dengar pasal kawen-tunang-beranak-kawen-tunang-beranak. tp tu la kan..bagusla. so, aku salah sorang tetamu. lepas tu, boleh plak dorang ni pegi suruh aku curik daun sireh.cam siot je suh aku "CURIK". jahat betol ajar aku yang sesuci lebaran ni buat menda bukan-bukan.. dia pon tak lama lagi mana ada nak lepak ngan aku lagi. sebab dia pon nak kawen da sebab dia pon ada curik daun sireh masa abg dia kawen dulu..ARGGGHHHH PENCURIK !! ( **sungguh tahyul mereka ni tau )

aku biasa la kan. nak enterframe gak..KEHKEH.
aku makan dua tiga cocok je. yang bercocok-cocok lagi tu budak IDA tu makan. dia ramping aku rasa dia makan pinggan pon takde efek weh. aduh...jeles!!

pssttt : tolong jangan ajar orang laen mencurik. berdosa tau. masuk api neraka. AUUUMMM~

ape | kabar | belog ?


salam...

da lama rasanya tak hapdet blog ni. sedikit busy la kebelakangan ni.
balek rumah da jadi macam pungguk rindukan bantal slimut semua.HIHIHI..

cuti skola da start. maka nya rumah aku pun da macam pusat jagaan kanak-kanak.seronok tu memang seronok la kan mmg tak dinafikan tapik..tapik..tapik...kadang tu menyirap tu mmg menyirap la tak terperi  
**tetiber jadi macik yang garang!**

ekceli aku tatau nak hapdet pasal ape sebenarnya sebab aku rasa takde ape yang best tuk dikongsikan selain cerita sedih-duka-lara camtu. tapik kan tak suwit share cerita lara-lara kat blog. hehe. so, korang doakan la kegembiraan dan kebahgiaan datang kat aku supaya blog aku ada menda nak dikongsikan secara berterusan. ah kau bajet femes... NYAMPAH TAU!!!!


psssstttt : aku rasa aku kurang bersenam la. so, aku jadik malas dan tidak bermaya. errrkkk..ape kaitan? walhal memang pemalas. huhu...ok bai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...