5.7.16

Selamat | Hari Raya | 2016

Assalamualaikum w.b.t......

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dengan ingatan tulus ikhlas, Maaf Zahir & Batin.  (ucapan default kad raya)

Persiapan raya okay jela sederhana takde la sakan. 
takde plak sampai takde langsung.
tahun ni aku beraya Gombak dulu. lepas tu baru balik Merlimau. 
tema baju raya sepatutnya ungu tapi da jadi macam caca marba.
mana taknya mak ngan anak perempuan boleh la sedondon beli kain bunga sama. 
bila part beli baju melayu abahnya, takde kaler persis baju ibu & anaknya tadi.
pehtu beli getah rambut anak..da beli tapi termasuk dalam plastik member.
member dah cuti panjang. kisah pulak getah rambut anak kau...haish kesal! 

tahun ni kitorang da beraya kat rumah yang kitorang sewa. 
gagah mengecat, lap tingkap, basuh karpet toto segala bagai kipas segala bagai. 
nak rileks tengok tv, astro da terminate dek penyewa lama. wakakaka....kesian. 
tapi takpe buktikan kita mampu hidup walau di belakang batu caves tanpa Astro.
cepat sangat masa berlalu, Ramadhan pun hampir meninggalkan kita. 
entah ada ke tidak peluang untuk menemui Ramadhan lagi di tahun hadapan. 
En. Ramadhan mungkin kita dapat bertemu lagi tapi Ramadhan Al-Mubarak belum pasti. 

Aku harap korang yang mengenali diri ni dapat memaafkan segala kesalahan aku yang terang²an mahupun ngata belakang². semoga hati nurani kita lebih bersih sesuci embun pagi selepas kita memaafkan dan dimaafkan orang. 

Taklupa juga, berhati² di jalanraya ketika pulang ke kampung halaman dan ke mana pun destinasi. doa banyak² semoga dipermudahkan perjalanan dan dilindungi Allah S.W.T....

Selamat Hari Raya ya kawan².

3 komen panas:

Zhi said...

Selamat Hari Raya Ibah ..!
Maaf zahir batin ..

Cik Bib said...

Selamat Hari Raya kak Zhi ( bukan nama sebenar )

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...