5.7.16

Selamat | Hari Raya | 2016

Assalamualaikum w.b.t......

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dengan ingatan tulus ikhlas, Maaf Zahir & Batin.  (ucapan default kad raya)

Persiapan raya okay jela sederhana takde la sakan. 
takde plak sampai takde langsung.
tahun ni aku beraya Gombak dulu. lepas tu baru balik Merlimau. 
tema baju raya sepatutnya ungu tapi da jadi macam caca marba.
mana taknya mak ngan anak perempuan boleh la sedondon beli kain bunga sama. 
bila part beli baju melayu abahnya, takde kaler persis baju ibu & anaknya tadi.
pehtu beli getah rambut anak..da beli tapi termasuk dalam plastik member.
member dah cuti panjang. kisah pulak getah rambut anak kau...haish kesal! 

tahun ni kitorang da beraya kat rumah yang kitorang sewa. 
gagah mengecat, lap tingkap, basuh karpet toto segala bagai kipas segala bagai. 
nak rileks tengok tv, astro da terminate dek penyewa lama. wakakaka....kesian. 
tapi takpe buktikan kita mampu hidup walau di belakang batu caves tanpa Astro.
cepat sangat masa berlalu, Ramadhan pun hampir meninggalkan kita. 
entah ada ke tidak peluang untuk menemui Ramadhan lagi di tahun hadapan. 
En. Ramadhan mungkin kita dapat bertemu lagi tapi Ramadhan Al-Mubarak belum pasti. 

Aku harap korang yang mengenali diri ni dapat memaafkan segala kesalahan aku yang terang²an mahupun ngata belakang². semoga hati nurani kita lebih bersih sesuci embun pagi selepas kita memaafkan dan dimaafkan orang. 

Taklupa juga, berhati² di jalanraya ketika pulang ke kampung halaman dan ke mana pun destinasi. doa banyak² semoga dipermudahkan perjalanan dan dilindungi Allah S.W.T....

Selamat Hari Raya ya kawan².

4.7.16

jaga² | ciksalmah

Assalamualaikum w.b.t......

aku ada la cuba² nak taip kat blog ni dengan kerap.
tapi aku rasa kebelakangan ni, tahap penulisan aku gagal gila.
mungkin disebabkan aku da lama tak menulis esei mahupun cerpen.
da terbawa² taip command je.

bukan aku tak pernah cuba. aku tulis then, aku delete semula.
cuma apa yang lebih aku cuba nak sampaikan hari ni adalah...
aku sedih kebelakangan ni sebab sering diperkotak-katikkan. pasaipa ?
pasai : aku takpandai masak & taklayak masuk rancangan Ketok² Ramadhon.
kau ingat kau pandai masak, boleh masuk rancangan tu kalau kau bukan ghetis?
sedih weh bila kita diperkotak katikkan. walaupun aku rasa aku tak la teruk sangat.
tapi benda² ni buat aku jadi #sentaphatimaknak
walaupun kadang² aku rasa itu gurauan semata tapi pada aku bukan.

semangat nak masak aku boleh lebur macam tu je seumur hidup.
kesian la kat laki aku, makayah, makpakmertua, family dan sesiapa berkenaan.
nanti kalau semangat aku lebur, tak dapat mereka merasa air tangan aku.
rugilah dan boleh jadi hilang nikmat hidup korang yang ke-8.

hari² raya ni aku harap takde orang memperkotak katikkan aku dengan perihal masakan. sekali terguris, terus meninggalkan parut.....ahai gittewww.
AWAS!

cakap | takserupa | bikin

Assalamualaikum w.b.t....


lama rasanya dah tak tulis sepatah dua kata.
rasa nak tulis sebab ada terperasan blog yg lalu kat timeline blog.
saja la buka, aku rasa tu la blog paling hipokrit dalam dunia.
hyperbola sangat aku punya sembang. tapi seriously hipokrit abis.

perasaan dia macam,.... 
kau kenal manusia tersebut kan yg negatively.
pastu kata-kata kat blog dia positif dan jadi nista semata.
tak sama langsung dengan diri dia & kata-kata dia kat blog.
aku tak faham macam mana dia boleh tulis benda yang takde dalam diri dia.
aku rasa dia patut jadi pereka fesyen, pereka dalaman atau ape2 art rekaan.
HAHA....

apa pun, aku harap dia dapat hidayah serta petunjuk Allah S.W.T
supaya dia dapat jadi macam apa yang dia tulis kat blog dia.
dah la asik membonggak, pastu tulis blog selang sehari. (baca : kerap)
dah tu....yang kau g baca apahal pulak kan? 
sebab aku rasa terhibur.
which is, korang akan gelak walaupun dia tak tulis benda kelakar.


pssssttttttt : muntah ijo baca blog manusia hipokrit. sila jangan tulis benda yang takde dalam diri korang. tabaik menipu, cikgu kata masuk api neraka. okbai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...