1.4.16

aku | & | programming

Assalamualaikum w.b.t.......

aku sebenarnya tak sangka aku  boleh jadi seorang programmer. 
aku hampir berputus asa dengan kerjaya sebagai programmer ni. 
masa belajar dulu pun subjek aku paling tak suka adalah programming. 
bila aku kerja. aku saja je pilih dan harap aku kerja belakang tabir saja. 
taknak la sentuh bab programming dan seangkatan dengannya. 
aku lebih prefer network, multimedia atau maintain sistem je.
orang kata programmer ni takde life. (maaf ya kawan2 programmer)
tapi apakan daya, aku ada Diploma Sains Komputer je. 
bukan boleh nak memilih sangat kan. 

2014, Allah bagi aku rezeki pekerjaan sebagai  Programmer. 
terkejut dan aku harapkan tajuk jawatan aku sekadar tajuk sahaja.
tapi malangnya aku telah didedahkan dengan persekitaran programming. 
sedih dan mula terasa hidup serta kerjaya aku ni gelap-gelita. 
betapa kejinya pandangan aku terhadap programming.
2 minggu masuk kerja. dah kena pergi kursus programming. 
bulan berganti bulan hati aku mula kesal. belum setahun..aku cuti panjang.
cuti bersalin 3bulan- aku harap ini dapat menghilangkan rasa kesal aku. 
tapi, aku masuk kerja lepas bersalin. kekesalan lebih teruk terjadi. 

hari-hari tak putus berdoa supaya Allah beri aku petunjuk dan pedoman. 
aku betul-betul putus asa dgn programming. aku fedup. 
kami guna VB.NET & MySQL. JAVASCRIPT ada siket.
sampai satu hari tu. aku kena marah teruk. yer....sangat teruk . 
yang mana aku rasa tidak begitu adil untuk aku dimarahi sedemikian rupa. 
dengan status : staff baru + baru naik cuti bersalin + takde experience programming. tetiber aku dikecam-sekecamnya. tapi sebenarnya itulah sebenar pedoman & petunjuk Allah buat aku. 

aku langsung tak menangis macam kawan-kawan lain yang kalau kena sergah siket dah mengeluarkan airmata dengan lajunya. entahla...mungkin aku da bersedia untuk semua ni. tapi aku mmg takde sesiapa untuk aku refer. aku lost hampir setahun. 

lepas kejadian tu, aku asik terfikir macam mana aku nak buat. nak buktikan yang aku boleh buat kot. dan aku mula bertanya. explore sana sini. lepas tanya, tanya lagi. biar dorang fedup daripada aku yang fedup nak hadap programming ni. dan Alhamdulillah.....aku dah boleh follow environment programming ni. see.....aku boleh kot. 

sampai pegawai yang terlalu marahkan aku hari tu cakap , "BIB ni budak kental. saya marah dia macam mana pun, dia tak menangis pun. dia still tak takut saya langsung..."

HELLO ! aku tak buat salah kot. cuma aku masih dalam proses belajar. yang mana aku rasa. kau kena bagi aku masa kot. imagine sekeliling aku semua programmer yang da 8-10 tahun kerja. then, apa yang ko expect? tapi aku cuba positif . sangat positif. aku ambil tu sebagai cabaran. 

DAN....Alhamdulillah modul aku dah siap dah. dan orang pertama siap okay berbanding modul yang lain. seronok dan kepuasan dia lain macam bila dapat faham dan siapkan sesuatu programming tu. serius best! dan aku dah dapat pun modul yang baru yang lain. so, pesanan aku. janganlah jadi macam aku yang cepat sangat putus asa. Allah pilih aku jadi programmer mesti ada sebab. dalam dunia ni takde yang kebetulan. semua bersebab.

so, korang doakan supaya aku akan terus jadi programmer yang sentiasa ingin belajar dan cuba untuk perbaiki skill dari semasa ke semasa. seronok la gak programming ni. 

psstttttt : dulu masa belajar suka meniru. dah kerja, kau nak tiru siapa oit........?!


4 komen panas:

Diana said...

Akak ngan abang Azam pun kalau ikut kan kene bidang kerja macam Bib ni.. dah memang terambik bidang programming..

Tapi rezeki kami bukan kot situ kot..
Melencong jauh sungguh..

Sejujurnya takut dengan kerja seorang "Programmer"
Betul kak Bib.. hati kena CEKAL dan KUAT!

Cik Bib said...

tu la kak....rezeki memasing.
doakan sy yer.

4ziey said...

MOga ibah sentiasa kental.
PAndai kata programmer takde life .. hahaha nak kena pukol pakai coding ke? hahaha.. ape pun, akak bangga ngn ibah sbb kental dan memang akak kenal ko memang susah nak menangis kalau kena marah pun... melawan lagi ada.. haha miss u!.

Keep it up !

Cik Bib said...

HAHA....
kan sy selalu cakap dkt akk dari dl lagi.
tak suka jadi programmer. sbb takde life.
last2, sy pun terjebak sekali. miahaha...

kuajaq...bila masa sy melawan? ahaha....tetiber teringat kisah di tol. kahkah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...