5.3.16

Majlis | Aqiqah | Kesyukuran

Assalamualaikum w.b.t.....

19 December 2015 hari tu aku ada buat 
Majlis Aqiqah & Kesyukuran anak perempuan aku.
Majlisnya simple-simple je. plan pun tak lama. 
Cari kambing, catering dan siket2 lagi setel. 
Family aku dan suami banyak sangat membantu. 
Kalau tak huru hara jugakla. 

Kakak & adik2 ipar sponsor doorgift yg cantik
Tema ungu putih. simple ape siap bertema bagai.
Makbapa mertua sponsor kuih apam eno & tapai. 
Makabah sini sponsor khemah free. kuih bakar & karipap.
Kakak2 & adik2 sponsor macam2 bentuk. 
dari segi bagi kuih muih, bagi duit dan macam2 la. 
Terima kasih semua sebab banyak membantu sepanjang majlis berjalan.
Ada beli sejadah mini untuk tetamu yg datang. 
Beli daripada lovelyboutique4u. Suka sangat! Puashati!
Size 35' x 60' , RM4 sekali dgn sticker. omey sangat.  

Nur Aisyah Humairah ibu pun behave sangat sepanjang majlis. 
Time orang marhaban dia layan je. Dengar & Redha je. 
Time pusing-pusing kumpulan marhaban tu pun dia tengok je sorang2 macik kat situ. 
Time berdodoi dalam buai, tahu-tahu tidor terus. Hai la anak tq ya.








terima kasih buat semua yang hadir & sering mendoakan. Semoga keluarga kecil kami ni sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmatNya. 


0 komen panas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...