6.3.16

Nur Aisyah Humairah | 1Tahun

Assalamualaikum w.b.t.......

15.02.2015 - 15.02.2016
Nur Aisyah Humairah dah setahun.
Macam-macam kekdah gaya, perangai dibuatnya.
Macam tak caya je dah setahun membesarkan anak.
Abahnya masih lagi ulang alik weekend. Jumaat - Ahad.
Mujur ada atuk & nenek kesayangan. hiuhiu.

Semoga Nur Aisyah Humairah membesar sihat,
jadi anak berguna untuk ibuabah, keluarga, agama, bangsa & negara.
Biarlah orang sekarang dah tak berapa nak sayang negara.
tapi tanpa negara, entah kita jadi PATI kat mana la skrg ni.

hari tu celebrate birthday si kecik ni. ibu sangat busy.
sebab nak kena outstation ke Kedah. banyak benda kena setelkan.
so, da nama busy. ape pun takde. belon pun terlupa nak beli.
tempah kek apetah lagi. mmg tak dan nak pikir.
2 hari lagi nak buat majlis. baru g tanya nak tempah kek.
tapi kebanyakannya tak mahu ambil da kalau nak tetempah ni.
so, beli je la kek ready-made. maaf ya anak.
jajan pun mujur da suruh maklong handle. tq maklong yer.
terbaikkkkkkk manage jajan. mmg event planner terbaik. hikhik.
semoga kaklong diberi kesihatan yang baik. da nak masuk kerja da kan.

so, ni belanja la siket gambar sekitar birthday Nur Aisyah Humairah.








susah sangat nak senyum. suruh buat singa baru gheti nak nampak gembira. hikhik..


5.3.16

Majlis | Aqiqah | Kesyukuran

Assalamualaikum w.b.t.....

19 December 2015 hari tu aku ada buat 
Majlis Aqiqah & Kesyukuran anak perempuan aku.
Majlisnya simple-simple je. plan pun tak lama. 
Cari kambing, catering dan siket2 lagi setel. 
Family aku dan suami banyak sangat membantu. 
Kalau tak huru hara jugakla. 

Kakak & adik2 ipar sponsor doorgift yg cantik
Tema ungu putih. simple ape siap bertema bagai.
Makbapa mertua sponsor kuih apam eno & tapai. 
Makabah sini sponsor khemah free. kuih bakar & karipap.
Kakak2 & adik2 sponsor macam2 bentuk. 
dari segi bagi kuih muih, bagi duit dan macam2 la. 
Terima kasih semua sebab banyak membantu sepanjang majlis berjalan.
Ada beli sejadah mini untuk tetamu yg datang. 
Beli daripada lovelyboutique4u. Suka sangat! Puashati!
Size 35' x 60' , RM4 sekali dgn sticker. omey sangat.  

Nur Aisyah Humairah ibu pun behave sangat sepanjang majlis. 
Time orang marhaban dia layan je. Dengar & Redha je. 
Time pusing-pusing kumpulan marhaban tu pun dia tengok je sorang2 macik kat situ. 
Time berdodoi dalam buai, tahu-tahu tidor terus. Hai la anak tq ya.








terima kasih buat semua yang hadir & sering mendoakan. Semoga keluarga kecil kami ni sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmatNya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...