18.6.14

cepatnya | masa | berlalu

Assalamualaikum w.b.t........

hari ni da sebulan 2hari aku kerja kat tempat baru ni.
rasa cam baru je aku g lapor diri semalam.
sebenarnya aku rasa cam noob lagi masuk kerja sini.

1st day datang kerja, takde tempat lagi.
sebab partition derang ngah renovate. takpe ah..
lapor diri hari jumaat. bajet datang rileks-rileks je.
hari isnin datang kerja. noob balik.
noob berterusan sehingga minggu lepas.
minggu ni tak terasa noob sebab tengah kursus.

seminggu kursus kat Nilai Springs rasa da gemok.
sebab makan dia baq ang....gila punya gila.
fahamlah aku erti istilah, makan 6x.
sini cantik. bilik cantik. toilet cantik. mkn tiptop.
dan paling takleh blah cikgu ktrg dari Surabaya.
Yunan & Iponk....ko hado cikgu dr seberang ?

sebut butang dlm bahasa melayu. bahasa dia tombol.
suruh kitorang padam/delete. bahasa dia lupus.
aku rasa macam tengok drama sinetron tv3. haishh.
apa-apa pun, aku syukur dapat peluang macam ni.
belajar sambil berehat dan mentekedarah. i loike...

dan menda paling menyakitkan aku kena terima.
balik kursus ni. direct plak aku kena kursus induksi.
tak lama...sebulan je. sekejap sangat. aku takleh terima.
sebab kursus dalam bulan puasa......ape kejadnya?

kepala penat fikir pasal kursus induksi minggu depan.
bulan ramadhan. tinggalkan suami, makabah. sobsob!
kenapa derang buat bulan puasa? kenapa? kenapa?
tu je aku nak tahu...yang lain-lain aku taknak tau.

sekian, rindu-rinduan jadi kenang-kenangan la kat blog aku ni ya.



pssstttttttttttt : doakan perkara yang baik-baik jadi kat aku sepanjang jadi beginner ni. sobsob!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...