15.5.14

Thank | You | All

Assalamualaikum w.b.t..........

hari ni last day kerja kat iKonxept Sdn Bhd.
( 02-04-2012 --> 15-05-2014 ). 2 tahun 1 bulan gitu kat sini.
banyak pengalaman dapat kerja kat sini. terima kasih sangat.
daripada perangai client, perangai bos, kawan² & semua lah.
part paling best kerja swasta ni. banyak benda aku dapat belajar.
hari² masalah dia lain². dari remeh sampai ke temeh halnya.
tapi sakit hati dia boleh tahan sakit. tapi itulah pengalaman kerja.
yang takde kat mana². lain tempat, lain kekdahnya.

terima kasih bos, Datuk Vincent Tang & Samantha Hooi. 
adat la bos terkadang menyakiti kita. begitu juga aku sakiti derang. ahaks!
maafkan saya ya bos & saya maafkan jugak bos. kemaen tau.

terima kasih kawan² sejak dari dulu lagi. JIJA & IDA.
kalau pun ada terguris, minta maaf ya. sebab biasala kerja.
kadang² masing-masing stress. so, semua serba tak kena.
terima kasih untuk bantuan, tunjuk ajar dan segala-galanya.
kepada budak baru, aku da ajar kau segalanya. pandai² ler bawa hidup.
jangan malas-malas. rajin² explore benda baru.
bebaru kalau ada kesilapan satu dua tu standard ah.
tapi kalau kesilapan yang ketiga keempat menda yang sama.
memang nak minta maki ler gamaknya. apa² pun, bertabahlah.
mana² kerja pun sama je. itulah yang kita kena hadapi.

terima kasih untuk 'lunch treat' kt Francisco. I♥SF.
sempat² je pau bos kat sini. nasibler...
kepada semua, doakan semuanya dipermudahkan buat aku.
berdebar pulok rasa nak start kerja kat tempat baru esok.

Selamat Tinggal iKonxept Sdn Bhd, Selamat Berkenalan RISDA. uhukkkk!

muka derang gembira sebab pembuli derang da nak berhenti.
tengok orang paling busy kalau part ni. ahaiiii....
kiri : ehem - jija - josephine (HR); berdiri : sam (bos) & patrick. 

psssssttttt  : ni entri last aku hapdet guna laptop ASUS company. lepas ni segala harta yang diberikan akan dipulangkan.

2 komen panas:

missShila Nget said...

tunggu entry selamat datang ke tmpt keje baru pulak bib..

bz kemain..!

Cik Bib said...

@missShila Nget : uwa...uwa...memang busy.busy tatau ape nak buat. kehkeh.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...