15.5.14

anakbuah | hai | anakbuah

Assalamualaikum w.b.t..........

hari tu jadi orang Putrajaya sekejap.
pergi kerja awal. sebab keluar sekali dengan kakak.
balik kerja awal gak tapi hari² sampai rumah lambat.
hari² balik mesti sesat. ape lah nasib....
aku fedup hari pertama balik rumah kakak. sesat.
aku buat keputusan lalu highway MEX. pun sesat.
aku tatau la apa masalah putrajaya atau apa masalah aku.

masa aku duduk rumah kakak itu hari.
anak buah boleh bagi surat yang ke-nambelas kot.
tapi dulu takde kesedaran nak amik gambar wat kenangan.
la ni baru rasa nak hargai amik gambar wat kenangan.
surat dia ada yang wujud lagi. ada yang da hilang entah kemana.

memang tergelak bila tengok satu-satu.
seronok gak layan dunia kanak². comel je.
nah...kenangan surat daripada anak buah.
Nur Laila Zafirah binti Edy.
Atam sayang korang semua...muaaahhhh3x!






pssstttttttt : ejaan kemaen kelaut. HAHA....penghibur duka lara betulla derang ni. 

Thank | You | All

Assalamualaikum w.b.t..........

hari ni last day kerja kat iKonxept Sdn Bhd.
( 02-04-2012 --> 15-05-2014 ). 2 tahun 1 bulan gitu kat sini.
banyak pengalaman dapat kerja kat sini. terima kasih sangat.
daripada perangai client, perangai bos, kawan² & semua lah.
part paling best kerja swasta ni. banyak benda aku dapat belajar.
hari² masalah dia lain². dari remeh sampai ke temeh halnya.
tapi sakit hati dia boleh tahan sakit. tapi itulah pengalaman kerja.
yang takde kat mana². lain tempat, lain kekdahnya.

terima kasih bos, Datuk Vincent Tang & Samantha Hooi. 
adat la bos terkadang menyakiti kita. begitu juga aku sakiti derang. ahaks!
maafkan saya ya bos & saya maafkan jugak bos. kemaen tau.

terima kasih kawan² sejak dari dulu lagi. JIJA & IDA.
kalau pun ada terguris, minta maaf ya. sebab biasala kerja.
kadang² masing-masing stress. so, semua serba tak kena.
terima kasih untuk bantuan, tunjuk ajar dan segala-galanya.
kepada budak baru, aku da ajar kau segalanya. pandai² ler bawa hidup.
jangan malas-malas. rajin² explore benda baru.
bebaru kalau ada kesilapan satu dua tu standard ah.
tapi kalau kesilapan yang ketiga keempat menda yang sama.
memang nak minta maki ler gamaknya. apa² pun, bertabahlah.
mana² kerja pun sama je. itulah yang kita kena hadapi.

terima kasih untuk 'lunch treat' kt Francisco. I♥SF.
sempat² je pau bos kat sini. nasibler...
kepada semua, doakan semuanya dipermudahkan buat aku.
berdebar pulok rasa nak start kerja kat tempat baru esok.

Selamat Tinggal iKonxept Sdn Bhd, Selamat Berkenalan RISDA. uhukkkk!

muka derang gembira sebab pembuli derang da nak berhenti.
tengok orang paling busy kalau part ni. ahaiiii....
kiri : ehem - jija - josephine (HR); berdiri : sam (bos) & patrick. 

psssssttttt  : ni entri last aku hapdet guna laptop ASUS company. lepas ni segala harta yang diberikan akan dipulangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...