8.4.14

drama | melayu | sangat

Assalamualaikum w.b.t.............

hari ni aku nak komplen sikit. sikit je....
kebelakangan ni, banyak drama melayu yang macam tak logik.
tapi sebab kadang², aku takde aktiviti dan takde pilihan rancangan TV.
jadi, sesekali aku layan ah....tapi pada aku masih-memang tak logik.
cuma baru² ni aku sedar, dalam ketaklogikan tu. besar pengaruhnya.
sikit² aku rasa ada terjadi ketaklogikan tu dalam realiti kehidupan hari ini.

tapi...biasalah dalam drama melayu kan. last², mesti happy ending.
pasai depa yang buat cerita tu..sukahati depa la nak wat ending cemana.
cuma...hari ni aku nak cakap pasal sikap. yang mana...
selalu dalam drama ni aku tengok negatif dan sangatlah negatif.
orang jahat, iri-hati, batu api...tak kurang pula yang lain perangainya.
amik hak orang, kawen tp bercinta dengan yang lain. taksuka suami/isteri sendiri.
takpun terlanjur, kawen terpaksa dan sebagainya la yang aku rasakan tak bagus.
ni semua aku rasa pengaruh² yang sangat negatif dalam television tu ah.

jarang pula ada cerita pasal tanggungjawab suami/isteri.
kalau ada pun macam menipu. sebab pun tak logik juga citer dia.
berlebih-lebihan sampai buat semua orang yang da kawen pertikaikan,
"apsal suami/isteri aku takde pun nak wat gini? kenapa? kenapa?" HAHA..
mana taknya, bini merajuk je belikan kedai bunga. bini marah je bagi kilang coklat.
tu belum bini ngadu penat, dan-dan tu belikan banglo pakej ada swimming pool.
tak ke sedih, bila aku cakap pening. suami aku tolong picitkan kepala je.
takde pun bagi rumah cam dalam drama television tu...sedih sangat...

apa-apa pun, aku cuma nak pesan satu je.
toksah la korang harapkan drama sama dengan realiti.
mungkin hidup korang lebih best dari drama TV. dan...mungkin ada yg lebih teruk.
tapi sungguh pun teruk keadaan korang masa ni disebabkan oleh orang lain.
macam drama TV...ending dia selalu beritahu kita yang buat jahat dibalas jahat.
bila lagi 10minit nak abes drama, kejahatan tu akan berbalik kepada penjahat.
dan masa tu tiba² akan ada happy ending. yang korang rasa patut dari tadi cenggitu.
tapi kenapa da nak abes citer baru keluar scene happy² gitu...betulke bohong ?

************************************
kalau pun dalam drama tu, yang bersifat negatif tu terlepas..doakan je la mereka.
semoga Allah S.W.T memberi petunjuk dan buka mata hati mereka.
walaupun seteruk mana kita diperlakukan, balasan Allah S.W.T adalah lebih hebat.
doakan yang baik-baik, dan hari ni aku rasa aku tak perlu jadi seperti mereka.
aku tak patut cakap yang bukan-bukan pasal orang lain tak semena-mena.
cuma cukup la itu untuk aku beritahu mereka..tolong jaga adab sesama manusia.
kalau nak manusia berlaku adab terhadap diri anda sendiri.
semoga Allah mengampuni dosa kita semua dan kita beroleh rahmatNya.



psssttttt : hormat tak semestinya orang muda hormat kepada orang tua. orang tua patut tunjuk contoh yang baik dengan menghormati juga yang muda. remember it~

4 komen panas:

Wenwink Kidu.Duki said...

hahaha sebb tu wen x de tv kat umah kot hahahaha

Cik Bib said...

Wenwink Kidu.Duki : HAHA..bagus la wen.

yus zana said...

Saya minat beto ngan remy...x kisah hepi ending atau tak.....

Cik Bib said...

@yus zana : remy mana? remy ishak ke remy esah limaplohsen? hikhik~

saya minat bento...benjo pun sy minat gak. ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...