21.3.14

Teaterikal | Suara | Kita

Assalamualaikum w.b.t...........

hari tu #throwback...
aku ada pergi tengok Konsert Teaterikal Suara Kita.
AWIE - Ziana Zain - Erra Fazira baq anggggg... memang thorrrrrbaik.

sebenarnya aku memang tak pernah tengok teater sebelum ni. 
sebab pada aku teater adalah teater. tak berapa nak berminat.....tapi kali ni.
perasaan nak tengok teater tu gedik semacam. mungkin pasal ada AWIE.
nak dijadikan best citer aku ni, kak ipar aku kata nak blanja...pergggghhh!
terima kasih banyak la kan kak ipar...i iz suka sangat.
-----------------------------------------------------------------------------
sebab tajuk dia konsert | teater | rikal pulak tu...
memula tu keluar erra, ziana, AWIE : nyanyi macam korang tengok konsert.
lepas tu ziana zain & AWIE nyanyi bergilir-gilir sbb dorang banyak lagu best.
erra lagu dia dalam 3-4 lagu je. erra more pada lakonan, aksi dsb aku rasa.
lepas dorang da nyanyi-nyanyi semata dengan kondisi audio yang mmg best.
derang bagi rehat 15minit. lepas rehat, derang start dgn lakonan teater muzikal,
jadi la teaterikal kekdahnya.......
meh aku blanja lagu kakziana serangkap dua meh.
-----------------------------------------------------------------------------

video

teater ni habis dalam kol doblas. da tu, tunggu sat jumpa AWIE & ziana. 
eh..aku sembang cam teaterikal ni takde erra fazira je kan? so, balik. 
tak cukop pau kak ipar tiket, kita minta abang belanja makan pulak uols.
untong sekejap.....aku sempat beli organizer cap wings. ko hado?

tapi part paling nyirap, part masa nak bergambor ngan retis ni. 
krew dorang amekkan gambar cam lahabau sambil push suruh, cepat-cepat!
tak memasal gambar kitorang semua ntahpape. bengang je. 
tapi ghasak la...keseluruhannya, nora bagi 4bintang. nora suka.....


sampai je rumah, husband ada da. boleh je wat surprised.
tak memasal je tengok husband pun persis AWIE. ngeh3x!
dia suka sangat wat surprised gitu...walhal kita ni punya la hapdet sentiasa.
"bang, da dalam istana budaya...."
"bang, tengah rehat ni. toilet ni ramai mak datin bang." #kepoci sgt.
"bang, da nak start balik da ni bang...."


psssssstttttttttt : lepas ni nak nengok tok ti punya teater lak. mana tau ada tajuk tokti dan tokek. (da macam nama cicak da..)

20.3.14

MH370 | KL-Beijing

Assalamualaikum w.b.t..........

8 March 2014, semua pun tahu pasal kapal terbang hilang ni kan?
masa first day kapal terbang ni hilang. masa tu hari sabtu.
aku busy...dekat dapur. dengan rutin hari minggu. busy sangat.
cari husbeng, nak panggil breakfast. tetiber husbeng cakap : 

husbeng : syg tahu...kapal terbang MAS hilang. #nada eksaited bagitau.
AKU : ala, bukan ada kaitan dengan abang pun hilang tu...eh, kapal terbang hilang ? ye ah tu! dah bang...jom brekpes. #sambil jalan sambil angkat sampah yang mana nampak jelas bertabur hasil taburan kanak-kanak kat rumah ni 
** aku imagine masa tu. kapal terbang kena curi dekat stor kapal terbang macam hilang kapal terbang mainan kat Parkson Store je. 

dah setel semua menda, tarik nafas duduk. baca akhbar online. 
nampak tak permainan aku kat situ? husbeng cakap wat tak endah. 
bila baca akhbar & berita dari media sosial ke ape..semangat pulak. ishk!
ye ah...kapal terbang boeing 777 hilang dengan penumpang sekali tu.
memang terkejotla 1 dunia....sedihnya, apela nasib derang. hidup ke sebaliknya?
lepas dari tu. memang aku selalu tengok perkembangan berita pasal ni. 

sehingga hari ni (20.03.2014 ni), latest update dari Australia; katanya da jumpa objek yang mungkin ada kaitan dengan MH370. tak sabar nak tau cerita sebenar ape yang terjadi kat MH370 ni. 

spekulasi macam-macam bentuk aku nengok. sampai ada yang aku rasa dorang ni dilahirkan kreatif dan penuh imaginasi. macam-macam kekdah citer yang dorang create pasal MH370 ni. ni boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kreativiti dan imaginasi. 


tapi aku kagum dengan manusia-manusia hebat yang mana terdiri daripada pakar-pakar aeroangkasa la, satelit la, kapten-kapten la. kalau takde peristiwa seperti hari ni. aku tak tahu kewujudan mereka. walhal dorang ni aku rasa. belajar entah macam mana pecah kepala agaknya. apa-apa pun, aku harap kita istiqamah utk terus berdoa dan kurangkan spekulasi. 



psssssttttttttttt : antara perkataan baru yang aku tahu adalah transponder, simulator, coridor dan banyak lagi. AHAKS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...