7.2.14

Hi-Tea | Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t..........

hari tu g hi-tea dekat Hotel, area Bukit Bintang dengan suami.
sebenarnya sebab takde plan ape-ape hari minggu.
aku rasa okla mi goreng mamak dia. sedap..yang lain tu biasa-biasa je.
aku makan sikit-sikit. tapi kalau boleh nak rasa semua menda kat situ.
sebab biasala hotel kan. decorate makanan dia mestilah menghairahkan.
nama pun hi-tea bukan kenduri kawen. takde nak lauk kenduri sangat.

antara makanan dia : nasi goreng. mi goreng mamak. seafood dalam ais. mi kari & mi sup. mushroom sup. salad berbagai2 kekdah dgn thousand island bagai. korang buh la sendiri. cucur udang. dessert. lauk macam sayur campur. isi ikan masak ape ntah. ayam masak merah. dessert macam kuih bengkang. kuih karipap takde, jadi failed!. buah2an : stroberi tembikai oren betik dll. eskrem. ABC..cendol takde. failed! tu je la yang aku ingat setakat ni. ahai..

aku bagi 3*...lepas dah makan tu. kitorang pun gerak ah. 
dah lama tak g sogo, jadi layanla. aku pun igt nak tengok bawal aidijuma. ewah~
sampai je sogo. aku pening..mungkin sogo da buat sistem macam menara KL.
membeli belah dalam keadaan berputar. mcm restoran berputar menara KL.
tapi ternyata aku salah. bukan sogo yang berpusing tapi kepala aku.
baru plan nak g karaoke kononnya layan lagu kak melah sebarang dua. 

Hakikatnya, aku muntah yang tak terbendung dekat Pertama Complex. 
nasib sempat g toilet. kalau tak..bertaburlah muntah aku kat  PC tu.
masuk kereta. muntah lagi..nasib ada plastik hotel aku rembat dl. ghasakla.
singgah rumah kakak ipar sebab tu je destinasi yang paling dekat. munta lagi.
salah aku ke salah makanan ke salah Sogo? hiuhiu~ 

tapi aku makan tak banyak mana kot. seafood aku tak sentuh. ABC. salad pun.
banyak menu aku sebut kat atas tu aku tak makan. suami aku steady je.
turun 5kg aku tau dalam sehari tu. muntah punya pasal. ok tipu sangat.
tapi aku tak salahkan hotel tersebut. mungkin salah aku alergi pada pinggan hotel.
selera kampung sangat. untungla takde la high maintenance nak jaga aku. 



psssssssssstttttttttttt : moralnya, makan biar berpada-pada, kalau tak terimalah padah.

4 komen panas:

nora.alam.akmal said...

Mungkinkahhhhh....mungkinkah....mungkinkahhhhh terjadiii...ngeee.... tahniahhh bib... lebiuu... ♥♡♥♡♥♡

Anonymous said...

damha,....
mungkin benar apa yg dikata oleh nora tu bib....sesuatu yg bermakna akan berlaku dlm sejarah hidup bib di alam berumahtangga nie......sama2lah kita tunggu perkembangan terkini dgn penuh debaran ye...tahniah ye drp saya jika perkara tersebut menjadi kenyataan.....

Cik Bib said...

@nora.alam.akmal : HAHAHA....oit. takde maknanya. aku salah makan la. kalau mungkinkah terjadi tu. mesti aku da gtau kau siang-siang suruh kau kumpul duit bg aku stroller. mihmih~

Cik Bib said...

@damha : insyaAllah akan menjadi kenyataan satu masa nanti. kamo doakan ya. hiuhiu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...