11.2.14

client | OH | client

Assalamualaikum w.b.t.............


lately ni kehidupan aku kat opis ni cam tak terurus.
aku tengah test sistem ni. teringat project implementation satu lagi.
tengah aku teringat yang tu. bos aku tanya perihal sistem lagi satu.
tu belum lagi nak layan email kata bugs la. tak gheti nak guna sistem la.
tak cukop tu. internet offline kat tempat dia, kol aku. ape kejadnya ?
yang memory server dorang full pun, mohon pencerahan dari aku.
uwa...sedihnya lahai mengenangkan sikap client yang makin extreme.

tapi...aku rasa. mana best pun tempat kerja kau. masalah tu mmg ada.
kalau aku rasa down. aku ingat kawan-kawan aku ada yg lg susah.
belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap. pun kadang kerja tak menentu.
jadi, aku bersyukur & teruskan berkerja dengan karenah manusia aneh.
keanehan mereka kadang terlarut bila aku layan lagu yang kadang tahpape gak.

sesekali aku rasa nak jadi cikgu serta merta. at least ada cuti yang panjang.
walaupun orang kata jadi cikgu payah gak. tak memasal kena dakwa rotan murid.
sesekali nak jadi tukang jahit. menjahit sambil layan Dil To Pagal Hai.
sekali baju orang kau salah potong. tak memasal...see, semua kerja ada suka-duka.

tapi sekarang ni yang aku rasa takboleh blah org duk post pasal duit. 
then, cakap orang lain taknak berjaya. depa sambil tidor duit masuk. 
gila tipu semudah tu...tak agak-agak nak membongak kot ye pun. hiuhiu...


psssssttttttt : walau ape pon pekerjaan yang dilakukan, bak kata lirik lagu encik mimpi. "Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu."

4 komen panas:

Mama Safiy Arfan said...

sy pn x setuju style yg nak membongak mcm tu..sy pnh gak join MLM so sy tahu sgt dorg nak promosi cmne.mmg byk membongak la.hahaha

Cik Bib said...

@Mama Safiy Arfan : HAHAHA....tu la. realitinya dorang pun bersusah payah kot nak capai gitu. mana ada senang2 je dapat duit tu.

so, apa-apa kerja pun. ada susah senang.

Pumpkin Pie said...

yer laa... menyampah betul kalau orang dok post2 pasal duit .. kemain tau. Membohong dah 1 hal, kalau ye pun diorang jadi kaya sebab MLM, timbulnya riak dah 1 hal pulak sebab post2 gambar duit banyak cenggitu. Kena rompak tengah jalan , "baghu ada akai" .. heh~

pasal keje ,
sila bertabah ye dak ibah! =)

(macam biasa)

Cik Bib said...

@Pumpkin Pie : kannnn....banyak sangat la skrg ni. tp dia tak letak duit. dia letak printscreen gambar acc dia. darab USD dolar.

peninggggg ah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...