25.2.14

Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum w.b.t..............

hari ni aku nak promote siket. chocolate moist cake. 
lembut, fully coklat, sedap dan boleh menggemokkan bagi yg terlalu kurus.
apelah kesian sangat korang nak kena amik weight gain mahal-mahal.
bagi yang gebu, jangan risau. menda ni tak efek mana pon kat korang.
walhal kek moist yang sedap ni rm5 sahajo. boleh cuba. boleh PM. 
tapi kalau PM kan tak canggih. korang wassap je la untuk details.
0126146677 @ 0194492079. bib2426@gmail.com.
kalau ada yang nak buat untuk bg doorgift kat orang ke pon boleh. 
leh kautim rege murah kalau beli banyak. siap ikat reben...mahu ?


psssssttttttttttttt : kalau nak tester ke habaq mai na. kalau nak buat doorgift tu. leh pilih nak design acane. boleh adjust punya. heh....

rumor | permohonan | PR1MA |

Assalamualaikum w.b.t............

bebaru ni asik aku dapat whatsapp & macam-macam mesej cakap pasal PR1MA.
rata-rata mesej kata 28hb da tarikh tutup la ape. pastu try la login PR1MA. 
sebab aku mmg da apply da. cuma tak complete sebab kena masukkan dokumen.
aku tak dan lagi nak scan & minta tandatangan suami. jadi, menda hold. 
since jumpa husband every weekend. menda nak minta tandatangan pn da lupa.
so, kalau nak try. korang boleh je apply. takde der tarikh tutup bagai. 
kalau layan & ada rezeki korang. insyaAllah dapat punya. don't worry. heh..


mandai je korang tau. tak baik main shared je kabar-kabar angin gitu. 
tak tentu kesahihannya. dapat je mesej. terus post serta merta. 
simpan dalam hati suda. kalau betol kau tau. kalau salah pun kau je tau.

lagi satu sekarang ni, aku nengok kat FB status berbaur sinis.
ni tengah berperang pungpang-pungpang dalam FB dan merata lagi. 
pasal status halal haram satu produk. ada yang kata tipu la kajian dorang dll. 
yang ni aku lagi tak amek port. sebab mereka yang wat pasal produk tu marah.
sedang satu pihak lagi pulak duk tagged member tu. bengang la deme. 
entahla.....tapi kan yang pelik. bila dorang marah. dorang salahkan orang makan gaji.
HAHAHA...katanya semua ni kecoh lepas tulisan Mazidul kat blog dia. 
wallahualam......



pssssssssstttttttttt : apa-apa pun, korang handle ler bebaik. toksah marah-marah & keluarkan kata-kata tak
best. sebab ianya hanya meruntuhkan nilai moral dalam diri kita sendiri. wah gitu..........

20.2.14

Kalkulator | Pinjaman | Rumah

Assalamualaikum w.b.t

Kebelakangan ni. entah kenapa. asik teringin nak beli rumah.
macam la beli rumah semudah beli mi goreng mamak + telor mata.
tapi aku tak kisah la susah ke apa. tapi kalau nak, kena la usaha ye dak?
tapi tu la. aku googles...kebanyakan tulis duit deposit 10% tu perghhh~
tapi KWSP pun boleh bawa keluar utk bayar deposit rumah kan?
tapi aku suka la kan berangan-angan masukkan harga rumah memain kira.


semoga semuanya dipermudahkan kelak keteringinan aku ni.
cakap pasal rumah ni, teringat kat mak mertua aku yang comel,
dia suruh kitorang beli rumah area rumah dia. katanya murah lagi area situ. 
tapi rumah kat situ lawa la. dgn harga yang boleh diterima akal lagi. 
tapi kang da jadi orang melaka la aku. tapi apa salahnya kalau ada rezeki, ye dak?
ulau melingkau atas pagau gitu....hiuhiu~



pssssssttttttttttt : kalau aku da beli rumah nanti, jempotla datang rumah aku eh. krik...krik...krik...

19.2.14

tips | blog | lain

Assalamualaikum w.b.t..................

20 tips untuk diamalkan dan semoga berbahgia la hendaknya : tips dari blogger ni

  1. Amanah, tolong-menolong antara satu sama lain, baik dan sentiasa berfikiran positif.
  2. Beri perhatian kat pasangan supaya dia sentiasa rasa istimewa .
  3. Melawak , bergurau senda , menghormati dan menghiburkan.
  4. Jangan sekali-kali membawa kesilapan lalu anda pada hari ini.
  5. Menggalakkan dan memberi harapan kepada pasangan anda. walaupun  harapan palsu ?
  6. Tidak membandingkan antara satu sama lain perkara-perkara yang tak sepatutnya .
  7. Surprisekan pasangan anda dengan sesuatu yang baru dan menarik.
  8. Menghabiskan masa sebanyak mungkin bersama pasangan.
  9. Berhias untuk pasangan supaya kelihatan cantik sentiasa.
  10. Mendengar dengan teliti , taat dan ikhlas.
  11. Elakkan dari mengabaikan, meragui dan menimbulkan masalah sehingga mengundang amarah .
  12. Bersikap terbuka dan membincangkan masalah / kebimbangan anda kepada pasangan anda .
  13. Jika salah seorang dari kamu marah , yang lain harus tenang .
  14. Jangan berhujah. Katakan 'MAAF ' sama ada betul salah kita atau tidak.
  15. Sentiasa berdoa untuk kebahgiaan perkahwinan, kasih sayang bertambah dari hari ke sehari
  16. Sentiasa bersyukur kepada pasangan anda.
  17. Selalu cakap 'Aku Cinta Padamu ' kepada pasangan anda.
  18. Memahami antara satu sama lain.
  19. Ada "eye contact" semasa bercakap.
  20. Makan bersama-sama, basuh pinggan dan berdoa bersama-sama.

aku rasa bukan doploh da. kalau dikira perkataan koma (,) dengan perkataan dan (&). da jadi limaploh da semuanya. tapi sebenarnya kau letak la dua ke doblas ke doploh. benda ni semulajadi. kalau kau baca tips ni & hafal pun tak guna. sebab kadang menda ni semua ada dlm kehidupan kita. menda ni basic kot. semua orang tahu. tapi kadang-kadang manusia, alpa. takde yang sempurna. apa-apa pun, mana tahu dalam doploh ni. amek dua tiga je buat tiap-tiap hari. tengok bertambah manis ke bertambah bengis. HAHAHAHA...


pssssttttttttt : aku doakan supaya semua orang bertabah dengan segala dugaan dan pancaroba. kau ingat orang yang up status laling-laling tu bahagia benar? takde sesekali tersentuh? makan hati? takde? tipu la tu. kadang dorang sama je. malah, mungkin lebih teruk. jadi tabahkanlah hati dan pergi gym. eh~


13.2.14

angpow | CNY

Assalamualaikum  w.b.t.....& salam sejahtera.


sedar tak sedar. CNY tahun ni aku dah berstatus : berkahwin.
yang mana pada kepercayaan cina piau. orang da kawen tak dapat angpow. 
aku pun sajalah bergurau senda dengan colleague.

aku : alaaaaa...tak dapat da la angpow CNY tahun ni sebab da kawen. 
colleague : lebih baik kawen daripada dapat angpow CNY, bib. 
aku : erkkkkkkkkkkk.... @#$%^&*_(*&+_@#$

HAHAHA...kata-kata dia buat aku da tak heran dah dengan angpow CNY. 
sebab kita sebenarnya dapat benda yang lebih baik kot dari tu. 
tapi masih lagi alpa dan mendambakan benda yang tak seberapa. 
ekceli ayat aku nak bombastic-mista-loba-loba...takde la dambakan sangat. 
aku just sekali lalu terfikir. da kawen memang tak dapat angpow eh..? kuikui~

tapi sebenarnya aku lagi tak paham kenapa sekarang ni kecoh sangat pasal sukan bolasepak kat Malaysia ni. sebab aku tak nampak sangat prestasi tapi lebih kepada kontroversi. ke aku memang buta bola..? 


psssstttttttt : CNY tahun ni aku sambut kat rumah orang kawen belah husbennnnggg. ada ramli sarip ngko.."oh teratai bunga indah.lalala...." ewah~


11.2.14

client | OH | client

Assalamualaikum w.b.t.............


lately ni kehidupan aku kat opis ni cam tak terurus.
aku tengah test sistem ni. teringat project implementation satu lagi.
tengah aku teringat yang tu. bos aku tanya perihal sistem lagi satu.
tu belum lagi nak layan email kata bugs la. tak gheti nak guna sistem la.
tak cukop tu. internet offline kat tempat dia, kol aku. ape kejadnya ?
yang memory server dorang full pun, mohon pencerahan dari aku.
uwa...sedihnya lahai mengenangkan sikap client yang makin extreme.

tapi...aku rasa. mana best pun tempat kerja kau. masalah tu mmg ada.
kalau aku rasa down. aku ingat kawan-kawan aku ada yg lg susah.
belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap. pun kadang kerja tak menentu.
jadi, aku bersyukur & teruskan berkerja dengan karenah manusia aneh.
keanehan mereka kadang terlarut bila aku layan lagu yang kadang tahpape gak.

sesekali aku rasa nak jadi cikgu serta merta. at least ada cuti yang panjang.
walaupun orang kata jadi cikgu payah gak. tak memasal kena dakwa rotan murid.
sesekali nak jadi tukang jahit. menjahit sambil layan Dil To Pagal Hai.
sekali baju orang kau salah potong. tak memasal...see, semua kerja ada suka-duka.

tapi sekarang ni yang aku rasa takboleh blah org duk post pasal duit. 
then, cakap orang lain taknak berjaya. depa sambil tidor duit masuk. 
gila tipu semudah tu...tak agak-agak nak membongak kot ye pun. hiuhiu...


psssssttttttt : walau ape pon pekerjaan yang dilakukan, bak kata lirik lagu encik mimpi. "Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu."

7.2.14

Hi-Tea | Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t..........

hari tu g hi-tea dekat Hotel, area Bukit Bintang dengan suami.
sebenarnya sebab takde plan ape-ape hari minggu.
aku rasa okla mi goreng mamak dia. sedap..yang lain tu biasa-biasa je.
aku makan sikit-sikit. tapi kalau boleh nak rasa semua menda kat situ.
sebab biasala hotel kan. decorate makanan dia mestilah menghairahkan.
nama pun hi-tea bukan kenduri kawen. takde nak lauk kenduri sangat.

antara makanan dia : nasi goreng. mi goreng mamak. seafood dalam ais. mi kari & mi sup. mushroom sup. salad berbagai2 kekdah dgn thousand island bagai. korang buh la sendiri. cucur udang. dessert. lauk macam sayur campur. isi ikan masak ape ntah. ayam masak merah. dessert macam kuih bengkang. kuih karipap takde, jadi failed!. buah2an : stroberi tembikai oren betik dll. eskrem. ABC..cendol takde. failed! tu je la yang aku ingat setakat ni. ahai..

aku bagi 3*...lepas dah makan tu. kitorang pun gerak ah. 
dah lama tak g sogo, jadi layanla. aku pun igt nak tengok bawal aidijuma. ewah~
sampai je sogo. aku pening..mungkin sogo da buat sistem macam menara KL.
membeli belah dalam keadaan berputar. mcm restoran berputar menara KL.
tapi ternyata aku salah. bukan sogo yang berpusing tapi kepala aku.
baru plan nak g karaoke kononnya layan lagu kak melah sebarang dua. 

Hakikatnya, aku muntah yang tak terbendung dekat Pertama Complex. 
nasib sempat g toilet. kalau tak..bertaburlah muntah aku kat  PC tu.
masuk kereta. muntah lagi..nasib ada plastik hotel aku rembat dl. ghasakla.
singgah rumah kakak ipar sebab tu je destinasi yang paling dekat. munta lagi.
salah aku ke salah makanan ke salah Sogo? hiuhiu~ 

tapi aku makan tak banyak mana kot. seafood aku tak sentuh. ABC. salad pun.
banyak menu aku sebut kat atas tu aku tak makan. suami aku steady je.
turun 5kg aku tau dalam sehari tu. muntah punya pasal. ok tipu sangat.
tapi aku tak salahkan hotel tersebut. mungkin salah aku alergi pada pinggan hotel.
selera kampung sangat. untungla takde la high maintenance nak jaga aku. 



psssssssssstttttttttttt : moralnya, makan biar berpada-pada, kalau tak terimalah padah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...