28.1.14

Sarjan | oh | Sarjan

Assalamualaikum w.b.t......

semalam dapat miskol dari no tak dikenali. try google..
results : Pondok Polis Selayang. 
eh eh..da kenapa? pondok polis sgt tau. 
then, lagi sekali dia kol. sempatla aku angkat kali ni.
dia beritahu kol dari pondok polis selayang. walhal aku da tahu da. 
cuma aku macam pelik la apsal lak tetiber kol?

antara aku rasa conversation kitorang :-
polis : cik Habibah ke? ni dari pondok polis Selayang. ada surat utk cik. 
aku : oh yeker? surat apa tu? pondok polis Selayang tu dekat pasar malam tu ke?
polis : cik ada mohon jadi polis ke? yer..pondok polis dekat pasar pagi tu. cik boleh datang ambil sekarang. 
aku : sekarang? sy tengah kerja. sana buka sampai pukol berapa?
polis : cik ni da kerja ke? terus nada macam nak marah. sini kalau kami buka 12jam orang ramai susah nanti kalau berlaku apa-apa. so, kalau cik nak datang bila-bila. cik datang je. sebab kami ni polis sentiasa ada. 24jam....cik nak jadi polis. cik kena tahu benda-benda macam ni. cik boleh datang ambil selepas waktu kerja cik. kami sentiasa menunggu kedatangan cik.
aku : erkkk...oh ok. nanti saya ambil ya. Terima kasih. 


fuhhhh...garang baq ang. terkejot tahu kena bebel dengan polis. tak memasal. nasib aku tak tanya. wujud lagi ke pondok polis selayang tu? kekekeke....kalau tak, mampos aku kena lagi lapanploh das bebelan. minta maafla abang or pacik polis. saya tak maksudkan pun. cuma saya ingat pondok polis tu da totop. HAHA..


psssstttttt : jen jen jen...layakkah aku? BMI kena 19-26 katako. ko hado? aku takhado. HAHA...

2 komen panas:

Anonymous said...

damha...
sukacita dimaklumkan bahawa anda layak dipertimbangkan utk jawatan sarjan kerana BMI anda adalah 2426...hehe

Cik Bib said...

hahaha....damha. kamo jangan nak merepek. hikss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...