28.1.14

Sarjan | oh | Sarjan

Assalamualaikum w.b.t......

semalam dapat miskol dari no tak dikenali. try google..
results : Pondok Polis Selayang. 
eh eh..da kenapa? pondok polis sgt tau. 
then, lagi sekali dia kol. sempatla aku angkat kali ni.
dia beritahu kol dari pondok polis selayang. walhal aku da tahu da. 
cuma aku macam pelik la apsal lak tetiber kol?

antara aku rasa conversation kitorang :-
polis : cik Habibah ke? ni dari pondok polis Selayang. ada surat utk cik. 
aku : oh yeker? surat apa tu? pondok polis Selayang tu dekat pasar malam tu ke?
polis : cik ada mohon jadi polis ke? yer..pondok polis dekat pasar pagi tu. cik boleh datang ambil sekarang. 
aku : sekarang? sy tengah kerja. sana buka sampai pukol berapa?
polis : cik ni da kerja ke? terus nada macam nak marah. sini kalau kami buka 12jam orang ramai susah nanti kalau berlaku apa-apa. so, kalau cik nak datang bila-bila. cik datang je. sebab kami ni polis sentiasa ada. 24jam....cik nak jadi polis. cik kena tahu benda-benda macam ni. cik boleh datang ambil selepas waktu kerja cik. kami sentiasa menunggu kedatangan cik.
aku : erkkk...oh ok. nanti saya ambil ya. Terima kasih. 


fuhhhh...garang baq ang. terkejot tahu kena bebel dengan polis. tak memasal. nasib aku tak tanya. wujud lagi ke pondok polis selayang tu? kekekeke....kalau tak, mampos aku kena lagi lapanploh das bebelan. minta maafla abang or pacik polis. saya tak maksudkan pun. cuma saya ingat pondok polis tu da totop. HAHA..


psssstttttt : jen jen jen...layakkah aku? BMI kena 19-26 katako. ko hado? aku takhado. HAHA...

10.1.14

apa | perasaan ?

Assalamualaikum w.b.t.............


DUGAAN ITU INDAH...yer, sangat indah ( sedap&sejuk hati ni)
aku sedikit busy. menyiapkan User Manual untuk client.
cuma aku just nak tanya je tentang perasaan korang.
adakah sama dengan apa yang perasaan aku hadapi sekarang ni.

1) company aku nak pindah office. dekat area PJ. yer..jauh dari rumah aku. tapi aku tak kisah, InsyaAllah akan dipermudahkan aku untuk ulang-alik ke sana. 
2) AKAN TETAPI akibat dek perpindahan tu. company aku memerlukan kewangan yang tinggi. Oleh sebab itu, dengan takde rasa bersalahnya diumumkan bonus kitorang hold dulu. hutang gitu katanya. yer.. H.U.T.A.N.G. 
3) DAN....FYI, company aku mempunya staff yang sangat ramai. yer...SANGAT. ada 5orang semuanya. ramai angat~

siapa-siapa ada iklan jawatan kosong ke ape nak rekmen kat aku, silalah. hikhik. aku rasa aku perlukan penghijrahan.. "Hijrah itu pengorbanan. Hijrah itu perjuangan."



psssssssssttttttttttt : takpelah...sabarlah hati. mungkin semua ni ada hikmahNya.

6.1.14

baju | hujan | hilang

Assalamualaikum w.b.t..........


Entry pertama sejak tahun 2014 ni. macam mana permulaan 2014 korang?
aku harap semuanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan.
cuma pada aku, baru-baru ni hati aku jadi hancur lebur. yer...lebur.

pasal hari pertama datang kerja lepas new year cam biasa, merempit.
tak memasal balik tu baju hujan aku hilang. kena songlap..kuajaq.
aku rasa dorang buat aktiviti mencuri ni secara besar-besaran.
sebab masa aku perasan baju hujan aku hilang DAN......
sederet motor kat situ. bakul dorang memasing kosong. kasihan!

tak cukop lagi tu. aso aku kat London da start berkira-kira dengan aku.
dan mulai selepas ni, aku akan berkira dengan baik dengan kau.
benda ni bebetol buat hati aku hancur lebur. dan sekaligus.......
aku da berkira-kira untuk cari kerja lain immediately. tercalar betul hati aku.
dalam company aku kerja. dekat sinilah kerja lebih banyak dari staff.
10 : 1 { beban kerja : staff }

tapi aku tak kisah, aku hadap je. walaupun terlalu banyak project.
kadang aku tengah test sistem ni. teringat project implementation satu lagi.
tengah aku teringat yang tu. bos aku tanya perihal sistem lagi satu.
tu belum lagi nak layan email kata bugs la. tak gheti nak guna sistem la.
lepas tu tak kurang juga yang nak buat amendment setiap hari. fuhhhh....
tak cukop tu. internet offline kat tempat dia, kol aku. ape kejadnya ?
yang memory server dorang full pun, mohon pencerahan dari aku.
berbagai-bagai kekdah client yg extreme kebelakangan ni. pening ah...


psssssssttttttttt : kesimpulannya sebenarnya, mana-mana pun kau kerja. menda-menda cenggini mesti ada. jangan tipu walaupun ko ada skandal dgn bos pun. staff mesti menyampa dgn kau..kan masalah juga tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...