31.12.13

Bye 2013 | Hye 2014

Assalamualaikum w.b.t.........


sekejap benar rasanya masa berlalu. pejam celik pejam celik.
hari berganti hari. tahun berganti tahun. usia pun makin meningkat. ishk3x!
2013 ni aku rasa banyak sangat tinggalkan kenangan yang besar-besar. 
semuanya yang memberi kesan yang menusuk & efek dalam sanubari gitu.

25-05-2013 : Bertunang. cam tak caya je masa ni aku nak bertunang. ahaila...
03-09-2013 : Mak operation kaki. Alhamdulillah operation berjaya. mula-mula sedikit bleeding.
02-10-2013 : Keadaan mak tak stabil masa ni. mungkin kesan daripada pengambilan ubat masa operation kaki & ubat-ubatan yang selama ni diambil. pengalaman yang sangat sukar buat aku dan Alhamdulillah. mak kuat semangat dan beransur pulih.
01-11-2013 : Menikah. Lagila tak percaya...tapi bak kata Ustaz Kazim Elias, "Kalau Dah Jodoh"
31-12-2013 : Boleh balik pukol1. 
semoga tahun 2014 akan menjadikan seorang yang lebih baik.

aku tak kisahla ada yang cakap or kaitkan sambut ke wish tahun baru ni dengan hari jadi ayam dia ke ape. tapi pada aku nawaitu. jangan kau sambut g "hulurkan tangan tambahkan beban" pada pakwe-makwe, makbapak kat luar sana dgn sambutan yg bukan-bukan sudah. Jaga batas-batas pergaulan di malam tahun baru dan malam-malam ape sekalipun. 

lagi satu, yang prihatin sangat nak adakan perhimpunan jadah tu. bawa-bawa la mengaji kat rumah. qiamulail supaya terbuka hati pemimpin agar memerintah dengan lebih amanah dan berkesan. ni da kenapa kau pulak yang menambahkan lagi kepayahan yang da cukup payah tapi kau guna moto agama la, nilai insaniah la yang mana aku rasa dalam diri kau pun belum tentu ada. 

Nasihat aku, lupakan je la kecekalan korang yang nak adakan kekecohan (pada aku) tapi barangkali jihad (pada korang) sebab kau mungkin menyusahkan orang lain yang sepatutnya boleh merasai nikmat hari ini bersama keluarga mereka, anak-isteri dorang. tapi sebab nak layan korang. dorang terpaksa la berjaga. ye dak? renung-renungkan, selamat tahun baru ya. 

Aku minta maaf pada keluarga, kawan-kawan, anda-dan-juga-anda yang kita baru kenal. semoga setiap hari dan tahun adalah hari dan tahun yang lebih baik. Jaga hubungan sesama manusia dan Allah S.W.T. 

 psssttttttttttttt : aku nak blaja menjahit. yer..menjahit! menjahit! menjahit!

23.12.13

aku | dulu | sekarang

Assalamualaikum w.b.t..........


hai..lama tak tulis blog. busy dengan ntahler tak tahu.
mungkin sebab baru tukar Astro Beyond. ada beberapa rancangan baru.
atau mungkin sebab sibuk melayan anak buah yang tgh cuti sekolah.
nampak tak? langsung bukan guna alasan sebab aku da kawen, jadi aku busy.
tidak...tidak sama sekali. hikhik...

cuma weekend aku la kan macam busy. maklumler, jumpa masa weekend.
masa tu la nak dating. masa tu la nak rileks kat rumah. semuanya weekend la.
tapi...tak bermakna aku takleh reply whatsapp maupun we chat kawan-kawan.
kecuali aku tak buat data plan. nota aku padam. atau line internet kuajaq.
so, teruskanlah dalam menghantar info-gosip berguna terus kat aku.

taburan cuti aku sekarang ni masih kabur. cuti-kerja-cuti-kerja-cuti Krismas.
so, sapa-sapa tanya Krismas aku g mana je? jawapannya.....
aku duk rumah je main salji & luncur ais. cuti sehari je katako.
apa-apa pun, aku masih aku yang dolu-dolu-dolu dan takde istilah sekarang.



psssstttttttttt : teringin nak pergi kelas Aerobik balek. nak kekal langsing persis Neelofa. ewah~

12.12.13

inai | OH | wannorinai

Assalamualaikum w.b.t............

hari ni aku nak sembang pasal inai sebarang dua. ececeh ngayat....
ok...ekceli masa aku menikah ritu aku ada gak pakai inai.
since majlis belah lelaki sebulan selepas majlis kami. so.........
aku kena la repeat pakai inai. dan...kali ni aku terpikat dengan @wannorinai.

aku sebenarnya saja je la kan nak pakai inai ni masa kawen.
lepas ni ntah bila la aku nak pakai inai lagi. almaklumler.....
semua family aku da kawen. nak tunggu anak buah aku kawen..makan 10tahun la.
tapi kalau nak tunggu adik ipar tu..insyaAllah kot la 2-3 tahun lagi kot kan.

in progresssssss................
wearing inai "like a boss"
H

so, sebab ni kali kedua aku pakai inai. maka, aku decide konsep #savebajet.
pakej dia kalau korang datang kat & buat kat spa RM 99 je. kira ok la sekali sekala.
@wannoorinai ni pon still ada buat perkhidmatan terus datang ke rumah.
kalau korang nak tau info details. korang boleh wasap/contact : 0166027253

B2B memang aku recommended la datang sini.
time aku pilih² design dekat album akak ni. eh eh eh eh...ramainya retis.
Antaranya : apexluniey, liyana jasmey, abby abadi, ieda moin, nabila huda, fiza elite, emeldaadlin, norjuma habib, haizi, dinaz, abby abadi, mimienorman hakim & ramai lagi ah.
so, siapa-siapa nak cari inai kan. korang boleh try kat sini.


** B2B = bride-to-be

pstttttttttttttt : kalau korang amek pakej SPA utk pengantin kat dia. inai ni consider FOC. best kan?

2.12.13

Hai | Disember

Assalamualaikum w.b.t.........

"Arini genap sbulan aku n isteriku berumah tangga..trima kasih krn mnjadi isteri dan sahabat ketika abg susah or senang..semoga hubungan kite dberkati n brkekalan hingga ke jannah..amin...i love you so muchhh.."

ecececeh...beliau da pandai berkata-kata puitis. kalau tak...pakej birthday aku pun siap tak ingat. sobsss..... korang dengar lagu Juliana Banos - Cinta Gila. gitula kekdahnya aku & beliau. tapi kan rasa cam sekejap je masa berlalu. da sebulan da kitorang menikah. 

apa-apa pun, baru sebulan melayari kehidupan sbg suami isteri. banyak lagi ranjau yang bakal dilalui. contohnya sekarang ni. kena berkorban sorang di sinin. sorang di sinun...weekend je la pun dapat jumpa. sementara tunggu dapat tukar Kolumpor kan. kita layan je ah dulu. 

semoga ikatan perkahwinan yang sebulan jagung ni akan sentiasa dilimpahi keberkatan dan kebahgiaan. semoga kami, korang dan korang semua juga berbahgia hendaknya. 


psssstttt : ehem...sabtu ni nak jadi perantin lagi sekali versi Melaka puloksss. layan...zaaaazzzz!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...