15.11.13

merasa | terasa

Assalamualaikum w.b.t...........

ehem...entri kali ni aku da jadi isteri orang. jangan takcaya.
aku pun tak percaya. ehm...aku selalu baca time nikah orang nangis.
tapi menda ni tak terjadi pada aku. aku nangis part bila salam makabah.
"makabah....anak makabah sorang ni da jadi bini orang. takpe ke ?"
yela..lepas apa semua yang aku-mak-abah lalui. Alhamdulillah...syukur sangat.
akhirnya, kan aku da banyak kali cakap. cepat ke lambat. kalau da jodoh, tak kemana. siapa sangka kawan yang aku kenal hampir seploh tahun. da jadi suami.

apsal tajuk entri dengan cerita aku semacam takde kaitan langsung ?
sebenarnya kat sini, aku nak pahatkan sikit perasaan kebelakangan ni.
untuk majlis walimatulurus ni, merasa la aku susah senang pahit manisnya.
pedih memang pedih. perit memang perit. tapi sebab abah selalu pesan,
"kalau saat² macam ni ada rasa terguris or terkecik hati kat memana, simpan dulu."
betul cakap abah. memang kena simpan. sebab kalau kau lontarkan, boleh merana.
Alhamdulillah...semua rasa tu aku da merasa. setiap orang boleh melaluinya.

dan satu lagi rasa yang aku taknak rasa tapi aku sedang rasa ---> TERASA.
padanla muka kau kan. da kenapa kemaen lambat plak kau nak kawen. ahai...aku takde la mengharap sangat. tapi bila terkenang aku selalu berkobar² attend majlis orang.semacam rasa ralat. 

mungkin masing² da busy dengan life dorang. takpe la.
ada yang dah kawen. da tak layan da kenduri² kawen ni. tak cukop tu...yang tak kawen pun masih juga tak sampai. mungkin sebab majlis aku biasa-biasa. takde VVIP bagai. kat dewan pon tidak. kat ceruk nun pedalaman sana...susahnya la pun orang nak datang.

tapi sebenarnya TERASA ni tak baik. kita kena bersangka baik. mungkin dorang ada hal² lain. mungkin sebab tak datang majlis aku. hari dorang lebih baik, berjalan lancar atau masa dorang masa tu digunakan dengan banyak perkara manfaat. walaupun dorang tak datang majlis aku. aku yakin dorang masih mendoakan aku. TERASA... ? siket la. 

apa-apa pun, terima kasih buat semua family, saudara-mara,  kawan² dan semua yang bertungkus lumus dan sentiasa mendoakan. Terima Kasih & maaf andai ada terkurang kat mana².   
abang kasim selamat & combi....uhuk3x!

pssssssstttttttt : semakin jadi bini orang, semakin sensitif oit. terasa manjang...chait!

4 komen panas:

Long-K said...

Tahniah bib....
Wanita dan perasaan tak dapat dipisahkan.
Positif madam bib :)

Cik Bib said...

@Long-K : terima kasih.
tu la pasal..haish la wanita. hikhik! baiklah...mari kita berpositif.

Kenari Putih said...

Comel gambar kawin.. Hihi

Cik Bib said...

@Kenari Putih : amboi....comel la sangat. comel cam kakton ke idok? huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...