19.10.13

Temuduga | PPTM | RISDA

Assalamualaikum w.b.t...........


minggu lepas dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian.
aku sempatlah pergi temuduga untuk Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, RISDA.
dalam senarai nama yang dorang lampirkan dekat website ada 61 orang semuanya.
termasuk staff RISDA berapa ramai. tapi takpe la. rezeki masing-masing.
aku kena batch yang pertama. 09102013/Rabu/2:30 petang.

pagi tu la baru nak pergi amek gambor passport. pagi tu la fotostat sijil2.
semua la pun nak buat hari tu. syukur dipermudahkan jua. 
yang datang masa tu. macam-macam...aku igt aku je bersusah payah.
tapi tak jugak. ada orang yang lebih susah. dari Johor, Ipoh, Terengganu pun ada. 
lebih kurang 20 orang yang datang untuk sessi tu. dia ada 2 sessi lagi utk esok. 
lepas tu, masuk la dulu calon-calon dari RISDA. staff didahulukan. 
tapi tak kisah la tu. rezeki masing-masing kan. so, cuba je la. 

kali ni, temuduga dibuat sekali 4-5 orang. jimat masa dan tenaga penemuduga. 
aku group ke-3. debar dia pon jadik seksa menunggu lama-lama. 
dah la group dengan jejaka-jejaka. lemah semangat dibuatnya.
sebab aku selalu dipandang rendah oleh penemuduga kalau ada lelaki. 
punya la cool bebudak lelaki zaman skrg ni. aku duk debar sakan. 
kitorang ber4. sorang main candy crush. sorang tidor. sorang duk hilang ntah mana. 
last-last masuk, tu diaaaaaaa..... lelaki - AKU - lelaki - lelaki. 
ada 3 orang penemuduga. sorang pemerhati. kemaen tau ada pemerhati. 
semua pengarah-pengarah RISDA yang aku duk hafal nama deme. 
choiiii la dia pakai nametag. sia-sia aku hafal. KAHKAH....

----------------------------------------------------------------------------

SOALAN PERTAMA : dia suruh perkenalkan diri. latar belakang segala bagai kan. sorang-sorang. so, korang citer je la pasal korang sehabes-habesnya. ghasak!

SOALAN KEDUA : sebab ni jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM), For sure dia tanya pasal sistem & pasal IT. pun sama. korang citer je la pengalaman korang sepanjang penglibatan dalam IT. tapi dia asik tanya pasal membangunkan sistem je. so, jawabla yang termampu. ape sistem korang pernah buat masa zaman belajor dedulu. korang sembang je la. 

SOALAN KETIGA : dia tanya pulak pasal website dorang. korang ada apa-apa nak komen pasal website dorang? sila la komen. aku tak tau nak cakap ape. cuma aku cakap. apa yang aku nak cari semua ada. senang buat carian semua. tu jela. bagi aku. ok la...sebab website badan berkanun. takyah nak serabut sangat. nanti tak jumpa info yang kita cari.

SOALAN KEEMPAT : penemuduga lelaki ni cakap pasal BR1M pulak. aku hafal nama menteri kot. selamba dia tanya pasal BR1M. cisss....so, ni dia lebih kepada minta pendapat. korang setuju tak dengan BR1M. so, kalau setuju, huraikan. kalau tak setuju pun huraikan. dia nak tengok cara korang berfikir & bersembang pasal perihal isu semasa. sekarang ni kan kat FB banyak keyboard warrior. setakat korang nak huraikan menda politik ni aku rasa. mesti takde masalah. tapi kitorang yang depan penemuduga tu da macam tak boleh berfikir da. pendapat aku pun entah nak diterima pakai ke idak dek penemuduga tu. tapi ghasak la kan. yang penting aku masih mampu berkata-kata. daripada nebes dan terus membisu. wah gitu...

----------------------------------------------------------------------------

so, untuk temuduga yang ke-800 kali aku attend ni. aku harap dapatlah membantu korang sedikit sebanyak siapa yang bakal menghadapi temuduga kat RISDA atau mana-mana tempat. Good Luck. cuba je.. tak dapat takpe. mungkin ada rezeki kat tempat lain. yang penting at least kita ada pengalaman pergi temuduga. Maka, jangan putus asa yok!



10 komen panas:

majid said...

good luck

Cik Bib said...

tq majid...goodluck to u too.

nora.alam.akmal said...

semoga ade rezeki untuk ko bib,... biase rezeki org nk ehem2 org kate.... Inshaa Allah... semoga murah rezeki ko tuh.....

Cik Bib said...

@nora.alam.akmal : makasih rara...insyaAllah kalau ada rezeki takkan kemana.

Anonymous said...

damha...
tul tu kata cik nora...org yg nk ehem2 ni biasanya ada rezeki saya kata...moga ada rezeki utk ko ye bib..good luck for you...nasib baik lg depa x tanya jenis klon getah yg terbaru yg ada di pasaran...hehe

Cik Bib said...

@damha : welkam back to dunia blog. kehkeh...

thanks. doakanlah ya supaya ada rezeki buat saya.

Anonymous said...

damha....
hahaha terasa mcm back to school la pulak....melayari dunia blogger bib yg penuh dgn sensasi...hehe

Cik Bib said...

@damha : haha...penuh sensasi ke? da macam Melodi da. kekekeke.. :P

Anonymous said...

Hmm nk tnya, msa interview tu kena speaking english ke malay?

Cik Bib said...

@Anon : aha...ada english. ada malay. dia ada suruh cakap pasal ssuatu tu in english. selebihnya in malay je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...