18.10.13

Doa | Buat | Emak

Assalamualaikum w.b.t.............


lama tak tulis blog. masa aku terlalu padat.
masa untuk diri, mak, kerja, perihal kawen.
24hrs/7days tu adalah tidak cukop bagi aku.
dugaan Ilahi boleh datang dari berbagai bentuk.
kita sebagai manusia, kenalah bertabah & mohon pertolongan dariNya.

baru-baru ni, kesihatan emak aku tak berapa baik.
ekceli mak baru lepas operate lutut, Total Knee Replacement (TKR)
sebab cecair pelincir pada lutut dia da kering. dan perlu ditukar.
ikutkan hati, memang taknak mak operate segala bagai ni.
tapi atas nasihat doktor & tak sampai hati tengok kaki mak sakit.
mak pun dah sedia nak operate. jadi, kami doakan & setuju mana yang terbaik.

03092013,
mak aku operate lutut. dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
lutut mak semakin baik tapi makan masa jugak. pengalaman jaga mak.
sebelum/selepas operate.agak mencabar. pengalaman yang baik buat aku.
hari-hari rindu dekat emak, masakan emak, kdg2 sedih tengok mak tak sihat.
mujur bos aku faham & boleh tolerate dengan masa kerja & jaga mak.
follow up hospital pun dah bersusun-susun, cabut jahitan. appoinment fisio.

masa bawa mak g K.K Selayang
tapi 03102013, 
sesuatu yang lebih hebat datang bagi menguji aku & family.
mak yang kami jaga setiap hari tadi, tiba-tiba disahkan mengalami kegagalan pada kedua-dua belah buah pinggang secara tiba-tiba & kandungan toxic dalam badan mak pun tinggi (879). masa tu, aku rasa pertama kali terjadi dalam kehidupan aku. yang mana aku bebetol rasa  hampir kehilangan insan yang paling aku sayang & paling aku rapat. sedihnya bukan calang-calang. #pergh ayat aku kemaen.

suasana ketika tu memang sangat lain, dari Klinik Kesihatan Selayang & Jabatan Kecemasan Hosp Selayang. seterusnya di Zon Kritikal/Merah dengan kondisi yang tenat + 2x degupan jantungnya terhenti tapi doktor dapat balik degupan tu dengan mesin CPR. Kemudian dipindahkan ke Wad 9C katil 22 sebelum dimasukkan ke ICU selama 7hari. dan keluar ICU pada 10102013, ditempatkan semula di Wad 9C katil 22 untuk perhatian penuh. 

sehari-hari aku semacam tak percaya dengan apa yang dah berlaku.sangat pantas. dan terlalu banyak hikmah yang aku dapat dari setiap apa yang aku lalui masa ni. dan juga peringatan daripada Pencipta kepada hambaNya. syukur Alhamdulillah. 

semoga makabah diberi kesihatan yang baik & kita sebagai anak dapat berkhidmat dengan baik dan menjalankan tanggungjawab kepada ibubapa selagi kita diberi kesempatan. 

kad kami bagi penghargaan dekat doktor yang bak dan juga staff nurse
tu port aku tidor kat wad 9C. masa ni da duduk dekat bilik selesa siket
kawan orang Asli aku yang pertama kat ICU
misiku kubib semangat waja bawa emaknya lahai pulang beraya
Alhamdulillah. dapat melihat senyuman pada wajah seorang ibu.


pssstttt : terima kasih buat semua  yang mendoakan. hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya dengan memberi kebaikan buat korang semua. jempot datang eh kenduri kawen kita... #eh eh tetiber plak.

9 komen panas:

wardah said...

Assalamualaikum..salam ziarah!!

Jemput ziarah blog saya ;)
http://supplementforall.blogspot.com/

Cik Cammy Lia said...

semoga mak awk cpt sembuh

Cik Bib said...

@wardah : insyaAllah....tq drop komen sini.

@Cik Cammy Lia : terima kasih. take care ya.

Kamarul Azam said...

Bib...
Sungguh beruntung Bib berpeuang nak jaga emak ketika dia tiada daya ni..

Akak tak sempat....

Semoga mak Bib semakin sembuh ye..
Insya Allah..

Long-K said...

Salam..
semoga mak cik Bib cepat sembuh.
Sentiasa positif supaya aura positif membantu mak cepat sembuh. InshaAllah :)

Cik Bib said...

@Kak Diana : tu la kak...syukur Alhamdulillah diberi kesempatan untuk jaga mak & dapat tengok mak senyum.

terima kasih eh kak mendoakan.

Cik Bib said...

@Long-K : salam...
aha..tima kasih Long-K.
tu la..kita kena yakin Allah S.W.T yang menyembuhkan dan kepadaNya jualah kita kembali.

Anonymous said...

damha..
moga mak bib cepat sembuh ye...tabahkan hati menempuh dugaan hidup...

Cik Bib said...

makasih damha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...