29.10.13

jempot | jejempot

Assalamualaikum w.b.t................


hari ni dah 29hb dah. tinggal beberapa hari je nak hari jumaat.
eh eh...da kenapa sesibuk pulak citer pasal hari jumaat?
ehem...maklomlah, hari jumaat ni insyaAllah tukar status siket.
eceh..kemaen tau siket. bajet market la sangat. ahakssss!
memang takdapat dinafikan, nak menjengah kepada kehidupan yg lebih diberkati, kita akan diuji dengan macam-macam keadaan. so, aku cuba buat mana termampu. susah jugak nak kawen ni. stress siket la.

TAPIK.....takpela.
kot la ini cuma ujian kecil je untuk aku jumpa dugaan selepas kawen ke kan.
so, hadapilah dengan tabah. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
macam apa yang pernah terjadi pada tahap kesihatan mak aku hari tu.
satu pengalaman yang amat dahysat. yang tak pernah aku lalui.
tapi hari ni, Alhamdulillah. mak makin beransur pulih. syukur sangat.
mungkin sebab aku dah mulai menjauhiNya pada masa tu.
maka, didekatkan aku padaNya dengan cara begini.

dan, mungkin lagi sekali ni pun sebab aku sudah mulai menjauh dariNya.
oleh itu, sekali lagi aku diuji supaya tak lupa lagi padaNya.
apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan. doakan yer.

---------------------------------------------------------

so, di kesempatan ni. aku nak invite la korang yang mana aku ter"miss".
jempotla datang ke majlis perkahwinan aku yang tak disangka-sangka.
eceh kemaen tau ayat nak bombastic-mista-loba-loba.
semoga dengan kehadiran korang, akan memeriahkan lagi majlis tu nanti.



pssssttttt  :  kemaen tau kawan-kawan aku countdown-countdown kan majlis aku. 

19.10.13

Temuduga | PPTM | RISDA

Assalamualaikum w.b.t...........


minggu lepas dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian.
aku sempatlah pergi temuduga untuk Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, RISDA.
dalam senarai nama yang dorang lampirkan dekat website ada 61 orang semuanya.
termasuk staff RISDA berapa ramai. tapi takpe la. rezeki masing-masing.
aku kena batch yang pertama. 09102013/Rabu/2:30 petang.

pagi tu la baru nak pergi amek gambor passport. pagi tu la fotostat sijil2.
semua la pun nak buat hari tu. syukur dipermudahkan jua. 
yang datang masa tu. macam-macam...aku igt aku je bersusah payah.
tapi tak jugak. ada orang yang lebih susah. dari Johor, Ipoh, Terengganu pun ada. 
lebih kurang 20 orang yang datang untuk sessi tu. dia ada 2 sessi lagi utk esok. 
lepas tu, masuk la dulu calon-calon dari RISDA. staff didahulukan. 
tapi tak kisah la tu. rezeki masing-masing kan. so, cuba je la. 

kali ni, temuduga dibuat sekali 4-5 orang. jimat masa dan tenaga penemuduga. 
aku group ke-3. debar dia pon jadik seksa menunggu lama-lama. 
dah la group dengan jejaka-jejaka. lemah semangat dibuatnya.
sebab aku selalu dipandang rendah oleh penemuduga kalau ada lelaki. 
punya la cool bebudak lelaki zaman skrg ni. aku duk debar sakan. 
kitorang ber4. sorang main candy crush. sorang tidor. sorang duk hilang ntah mana. 
last-last masuk, tu diaaaaaaa..... lelaki - AKU - lelaki - lelaki. 
ada 3 orang penemuduga. sorang pemerhati. kemaen tau ada pemerhati. 
semua pengarah-pengarah RISDA yang aku duk hafal nama deme. 
choiiii la dia pakai nametag. sia-sia aku hafal. KAHKAH....

----------------------------------------------------------------------------

SOALAN PERTAMA : dia suruh perkenalkan diri. latar belakang segala bagai kan. sorang-sorang. so, korang citer je la pasal korang sehabes-habesnya. ghasak!

SOALAN KEDUA : sebab ni jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM), For sure dia tanya pasal sistem & pasal IT. pun sama. korang citer je la pengalaman korang sepanjang penglibatan dalam IT. tapi dia asik tanya pasal membangunkan sistem je. so, jawabla yang termampu. ape sistem korang pernah buat masa zaman belajor dedulu. korang sembang je la. 

SOALAN KETIGA : dia tanya pulak pasal website dorang. korang ada apa-apa nak komen pasal website dorang? sila la komen. aku tak tau nak cakap ape. cuma aku cakap. apa yang aku nak cari semua ada. senang buat carian semua. tu jela. bagi aku. ok la...sebab website badan berkanun. takyah nak serabut sangat. nanti tak jumpa info yang kita cari.

SOALAN KEEMPAT : penemuduga lelaki ni cakap pasal BR1M pulak. aku hafal nama menteri kot. selamba dia tanya pasal BR1M. cisss....so, ni dia lebih kepada minta pendapat. korang setuju tak dengan BR1M. so, kalau setuju, huraikan. kalau tak setuju pun huraikan. dia nak tengok cara korang berfikir & bersembang pasal perihal isu semasa. sekarang ni kan kat FB banyak keyboard warrior. setakat korang nak huraikan menda politik ni aku rasa. mesti takde masalah. tapi kitorang yang depan penemuduga tu da macam tak boleh berfikir da. pendapat aku pun entah nak diterima pakai ke idak dek penemuduga tu. tapi ghasak la kan. yang penting aku masih mampu berkata-kata. daripada nebes dan terus membisu. wah gitu...

----------------------------------------------------------------------------

so, untuk temuduga yang ke-800 kali aku attend ni. aku harap dapatlah membantu korang sedikit sebanyak siapa yang bakal menghadapi temuduga kat RISDA atau mana-mana tempat. Good Luck. cuba je.. tak dapat takpe. mungkin ada rezeki kat tempat lain. yang penting at least kita ada pengalaman pergi temuduga. Maka, jangan putus asa yok!



18.10.13

Doa | Buat | Emak

Assalamualaikum w.b.t.............


lama tak tulis blog. masa aku terlalu padat.
masa untuk diri, mak, kerja, perihal kawen.
24hrs/7days tu adalah tidak cukop bagi aku.
dugaan Ilahi boleh datang dari berbagai bentuk.
kita sebagai manusia, kenalah bertabah & mohon pertolongan dariNya.

baru-baru ni, kesihatan emak aku tak berapa baik.
ekceli mak baru lepas operate lutut, Total Knee Replacement (TKR)
sebab cecair pelincir pada lutut dia da kering. dan perlu ditukar.
ikutkan hati, memang taknak mak operate segala bagai ni.
tapi atas nasihat doktor & tak sampai hati tengok kaki mak sakit.
mak pun dah sedia nak operate. jadi, kami doakan & setuju mana yang terbaik.

03092013,
mak aku operate lutut. dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
lutut mak semakin baik tapi makan masa jugak. pengalaman jaga mak.
sebelum/selepas operate.agak mencabar. pengalaman yang baik buat aku.
hari-hari rindu dekat emak, masakan emak, kdg2 sedih tengok mak tak sihat.
mujur bos aku faham & boleh tolerate dengan masa kerja & jaga mak.
follow up hospital pun dah bersusun-susun, cabut jahitan. appoinment fisio.

masa bawa mak g K.K Selayang
tapi 03102013, 
sesuatu yang lebih hebat datang bagi menguji aku & family.
mak yang kami jaga setiap hari tadi, tiba-tiba disahkan mengalami kegagalan pada kedua-dua belah buah pinggang secara tiba-tiba & kandungan toxic dalam badan mak pun tinggi (879). masa tu, aku rasa pertama kali terjadi dalam kehidupan aku. yang mana aku bebetol rasa  hampir kehilangan insan yang paling aku sayang & paling aku rapat. sedihnya bukan calang-calang. #pergh ayat aku kemaen.

suasana ketika tu memang sangat lain, dari Klinik Kesihatan Selayang & Jabatan Kecemasan Hosp Selayang. seterusnya di Zon Kritikal/Merah dengan kondisi yang tenat + 2x degupan jantungnya terhenti tapi doktor dapat balik degupan tu dengan mesin CPR. Kemudian dipindahkan ke Wad 9C katil 22 sebelum dimasukkan ke ICU selama 7hari. dan keluar ICU pada 10102013, ditempatkan semula di Wad 9C katil 22 untuk perhatian penuh. 

sehari-hari aku semacam tak percaya dengan apa yang dah berlaku.sangat pantas. dan terlalu banyak hikmah yang aku dapat dari setiap apa yang aku lalui masa ni. dan juga peringatan daripada Pencipta kepada hambaNya. syukur Alhamdulillah. 

semoga makabah diberi kesihatan yang baik & kita sebagai anak dapat berkhidmat dengan baik dan menjalankan tanggungjawab kepada ibubapa selagi kita diberi kesempatan. 

kad kami bagi penghargaan dekat doktor yang bak dan juga staff nurse
tu port aku tidor kat wad 9C. masa ni da duduk dekat bilik selesa siket
kawan orang Asli aku yang pertama kat ICU
misiku kubib semangat waja bawa emaknya lahai pulang beraya
Alhamdulillah. dapat melihat senyuman pada wajah seorang ibu.


pssstttt : terima kasih buat semua  yang mendoakan. hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya dengan memberi kebaikan buat korang semua. jempot datang eh kenduri kawen kita... #eh eh tetiber plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...