23.8.13

hari ini | dalam | sejarah

Assalamualaikum w.b.t...........

TENGAHARI

fuhhhh semangat. lunch semalam pergi makan dekat Jusco AU2 Keramat.
berbekalkan kereta officemate yang sedang sarat & menunggu hari. aku drive. 
dari office. berlenggang kangkong dgn penuh berhemah. 
TIBA-TIBA kat setiawangsa ......
ada satu space U-TURN yang tidak sah dan digunakan tanpa was-was.
berlakulah situasi di mana, aku telah melanggar penunggang motosikal wanita yang sedang mengandung. #kesal

aku tak bersalah namun sebab aku terlanggar dia. jadi, aku rasa bersalah. 
semoga akak tu tak apa-apa. dah la pregnant. nasib baik dia tak jatuh teruk.
sbb aku sedang sangat slow & dia plak tak tahu dari mana tiba-tiba uturn depan kereta. 
fuhhhhh semangat. gile betol. aku berhenti tepi. nak keluar jenguk akak tu. 
tapi..akak tu terus naik motor dia dan sempat marah-marah. lalu blah begitu saja. 
neway, berhati-hati la korang dalam setiap saat pemanduan. akak ni mungkin terkejot. 
dia marah-marah aku. dia suruh aku bagi signal. aku diamkan aje. aku nak jalan terus.
aku faham maksud dia. mmg aku pun kena bagi signal utk bagi hint kenderaan blkg. 
tapi aku rasa kat tempat tu tak sesuai..sebab kalau aku bagi signal.....

kiri : signal masuk simpang kiri.   kanan : signal buat pusingan U yang tak sah.  


semoga akak tu & kandungannya baik-baik saja. berhati-hati ya kak. 
pakcik yg tlg angkat motor akak tu senyum je pandang kami. lega!
pakcik tu pun cilok motor dia belakang kami nak buat uturn tuh.. 
kepada akak tu. nak buat uturn yang tak sah. duk blkg kereta. bukan depan. tahu?
maafkan saya ya kak 1x lagi. bebetol tak perasan akak tetiber muncul potong kami.

MALAM

ntah apa nak jadi dengan aku dalam hari yang sama beza siang & malam je. 
kawan datang beraya rumah. rumah aku jalan mati. so, laluannya amat mencabar. 
kawan datang beraya naik kereta dgn husband. 
tetiber husband rasa nak potong rambut. 
datang dgn 2biji kereta. 1 kereta husband memasing keluar hangout, 
isteri-isteri beraya. ok la kan. boleh la sesembang kencang.
sembang punya sembang. isteri-isteri nak balik. tinggal 1 kereta. isteri pun redha. 
drive sendiri je la balik. tunggu husband jenuh pulak. so, mereka nak balik dulu. 

TIBA-TIBA...
mula la aksi tak berapa nak best. dimana adegan dahsyat berlaku. isteri tadi rupanya..
tak biasa drive kereta tersebut. lalu aksi merbahaya berlaku selama 10 minit. 
gaya reverse yang amat sengsara sehinggalah terlanggar pasu bunga jiran. 
isteri tadi putus asa & meminta aku keluarkan kenderaannya. #kesal. 

aku konfiden ingat dia dah biasa dalam pemanduan sehari-hari. sbb dia konfiden. 
kereta VIVA manual da terlanggar pasu bunga jiran, barulah dia ckp dia tak biasa. 
kalau aku tahu dari tadi aku da pusingkan kereta dia siap-siap. kenapa? kenapa?
kenapala tak diberitahu awal-awal yang hang tak biasa memandu. manual plak tu.  
nyaris langgar tiang lampu. dinding rumah. kereta jiran dan akhirnya, pasu jiran jadi mangsa. 

namun, dia tabah. masih mampu memandu pulang lepas keretanya direverse keluar siap-siap.



pssssssstttttttt : semoga kita semua sentiasa dilindungiNya dalam setiap apa jua yang kita lakukan. jangan lupa baca doa menaiki kenderaan ya kawan-kawan. 

8 komen panas:

Cik Cammy Lia said...

ish bahaya sungguh mujur xde yg teruk

Cik Bib said...

@ Cik Cammy Lia : tu la dia Cik Cammy Lia. sedap nama...pening dibueknya lahai. riso..

Diana said...

Ishh..kalo akak kene macam bib tu...menggeletar lutut... kalo langgar orang yang biasa..biasa yang tak pregnent tu ok lagi la... ni terrlanggar orang yg tgh pregnent..memang rasa bersalah yang amat walaupun sebenarnya bukan salah kita..

Bahaya kawan bib! Mujur ler langgor pasu je kalo dinding rumah jenuh nak berbayor...nak baiki rosak kereta lagi..ishhhh mintak dijauhkan dari kejadian2 yang tak diinginj ni kan..?

Abis, kereta di kedua2 kejadian tu tak rosak, calar, kemik ke bib...?

Cik Bib said...

@Kak Diana : tu la pasal. pregnat...usahlah merempit lagi. bahayakan kak?

Alhamdulillah...2-2 kereta takde teruk sangat. juz sedikit la terguris. Tuhan Melindungi kak...

Wenwink Kidu.Duki said...

u okay ke kak bib? macam nebes je tulisan ni.. :D

Cik Bib said...

@Wenwink Kidu.Duki : huhu...sekarang da ok la. tapi masa tulis nih....berdebor lagi la. hehe...

MyLadyBuzz said...

Siap gambarajah ..kau hade?

Cik Bib said...

@MyLadyBuzz : yela..supaya lepas ni saya leh imagine menda2 kesilapan gini. menakotkan ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...