23.8.13

hari ini | dalam | sejarah

Assalamualaikum w.b.t...........

TENGAHARI

fuhhhh semangat. lunch semalam pergi makan dekat Jusco AU2 Keramat.
berbekalkan kereta officemate yang sedang sarat & menunggu hari. aku drive. 
dari office. berlenggang kangkong dgn penuh berhemah. 
TIBA-TIBA kat setiawangsa ......
ada satu space U-TURN yang tidak sah dan digunakan tanpa was-was.
berlakulah situasi di mana, aku telah melanggar penunggang motosikal wanita yang sedang mengandung. #kesal

aku tak bersalah namun sebab aku terlanggar dia. jadi, aku rasa bersalah. 
semoga akak tu tak apa-apa. dah la pregnant. nasib baik dia tak jatuh teruk.
sbb aku sedang sangat slow & dia plak tak tahu dari mana tiba-tiba uturn depan kereta. 
fuhhhhh semangat. gile betol. aku berhenti tepi. nak keluar jenguk akak tu. 
tapi..akak tu terus naik motor dia dan sempat marah-marah. lalu blah begitu saja. 
neway, berhati-hati la korang dalam setiap saat pemanduan. akak ni mungkin terkejot. 
dia marah-marah aku. dia suruh aku bagi signal. aku diamkan aje. aku nak jalan terus.
aku faham maksud dia. mmg aku pun kena bagi signal utk bagi hint kenderaan blkg. 
tapi aku rasa kat tempat tu tak sesuai..sebab kalau aku bagi signal.....

kiri : signal masuk simpang kiri.   kanan : signal buat pusingan U yang tak sah.  


semoga akak tu & kandungannya baik-baik saja. berhati-hati ya kak. 
pakcik yg tlg angkat motor akak tu senyum je pandang kami. lega!
pakcik tu pun cilok motor dia belakang kami nak buat uturn tuh.. 
kepada akak tu. nak buat uturn yang tak sah. duk blkg kereta. bukan depan. tahu?
maafkan saya ya kak 1x lagi. bebetol tak perasan akak tetiber muncul potong kami.

MALAM

ntah apa nak jadi dengan aku dalam hari yang sama beza siang & malam je. 
kawan datang beraya rumah. rumah aku jalan mati. so, laluannya amat mencabar. 
kawan datang beraya naik kereta dgn husband. 
tetiber husband rasa nak potong rambut. 
datang dgn 2biji kereta. 1 kereta husband memasing keluar hangout, 
isteri-isteri beraya. ok la kan. boleh la sesembang kencang.
sembang punya sembang. isteri-isteri nak balik. tinggal 1 kereta. isteri pun redha. 
drive sendiri je la balik. tunggu husband jenuh pulak. so, mereka nak balik dulu. 

TIBA-TIBA...
mula la aksi tak berapa nak best. dimana adegan dahsyat berlaku. isteri tadi rupanya..
tak biasa drive kereta tersebut. lalu aksi merbahaya berlaku selama 10 minit. 
gaya reverse yang amat sengsara sehinggalah terlanggar pasu bunga jiran. 
isteri tadi putus asa & meminta aku keluarkan kenderaannya. #kesal. 

aku konfiden ingat dia dah biasa dalam pemanduan sehari-hari. sbb dia konfiden. 
kereta VIVA manual da terlanggar pasu bunga jiran, barulah dia ckp dia tak biasa. 
kalau aku tahu dari tadi aku da pusingkan kereta dia siap-siap. kenapa? kenapa?
kenapala tak diberitahu awal-awal yang hang tak biasa memandu. manual plak tu.  
nyaris langgar tiang lampu. dinding rumah. kereta jiran dan akhirnya, pasu jiran jadi mangsa. 

namun, dia tabah. masih mampu memandu pulang lepas keretanya direverse keluar siap-siap.



pssssssstttttttt : semoga kita semua sentiasa dilindungiNya dalam setiap apa jua yang kita lakukan. jangan lupa baca doa menaiki kenderaan ya kawan-kawan. 

19.8.13

pengantin | UiTM | OCH ♥ SYAZ

Assalamualaikum w.b.t.............

semalam ada kawan kami masa kat UiTM Perak dulu kahwin.
antara couple yang kawen di kalangan budak kelas kitorang. 
bercinta sejak awal-awal Diploma dan kekal sampai ke jinjang pelamin. 
Alhamdulillah. Tahniah OCH  SYAZ. korang mmg sweet. 


turn lepas ni pon bebudak kelas kami dulu masa diploma. 
ramai rupanya bercinta sejak dulu lagi termasuk la saya. 
cuma kisah dia lain-lain...baru best! miahahaha....
seronok. excited. jakun semua ada la semalam. dan taklupa juga sengal!


mula-mula sampai. konfiden. jalan terus. terus. jalan pakai jalan je.
tetiber nampak khemah. yeahhh...tu dia kenduri kawen. keluar.
terfikir betulke ni rumah kenduri yang dimaksudkan. aku was-was.
openhouse ke kenduri kawen? tegur macik yang baru balek dari majlis tu.
nama pengantin ni siapa ya? macik tu kata. tak igt la nama pengantin.
so, betolla ada pengantin. bukan openhouse. konfiden tanya nama bapa pengantin.
boleh je macik ni jawab tak tahu sbb dia saudara belah mak dia. HAHA..boleh plak.
aku tak tanya siapa nama mak pengantin. ntah2 tu pun dia tak tahu siapa nama. chait!
tapi lepas tu aku terfikir balik. nama bapa syaz pun aku tak tahu siapa.
JADI....ape motif aku nak tahu nama bapak dia? itu tak membantu. HAHA..

aku nekad! sebab ada geng. so, takde la aku malu sorang-sorang karang.
jalan punya jalan. dengan hadiah. lepas tu jumpa tuan rumah mungkin.
salam & terus tanya...betolke ni kenduri kawen OCH & SYAZ ?
eh..bukan. ni da salah ni.nama pengantin ni SHAHIR. #$%^&*_)(*&^%
oh yeker? maaf la ya. kami da salah ni...sobsss! blah tanpa toleh-toleh lagi.

refer balik FB events. da takleh pikir da ni. aleh2, rabbi la penyelamat.
dia orang sini. rileks je dia carik uma pengantin dalam sekelip mata. hadoi..
lepas tu jumpalah kawan-kawan lama masa zaman moda-moda dulu. RINDU !
gila lama tak jumpa. tapi memasing mereka ni ada Degree. malu iolssss. sobs!
yang paling terkejot. takde sorang pun yang berubah dari segi peel.
perangai ya tuhan. macam mana korang jumpa 6-7 tahun lepas. cenggitula!

semua sedang makan eskrem dibelanja oleh abang longggg, itiki. 
budak2 CS A & B. ni hanya segelintir. ada lagi yang lain-lain.
lama sungguh tak jumpa mereka di atas. yer...sangat lama. 
alang-alang da dekat. jempot mai singgah rumah beraya.


ain - hanim - itiki - miza - ehem - jiji

semoga korang semua berjaya dalam ape bidang yang diceburi. tak semestinya ape yang kita belajar tu kita kena jadi menda alah tu...boleh jadi korang akan dapat yang lebih best dan best. yang penting, ENJOY!


psssstttttttt : dari dulu, mana-mana pergi. kaklong kawasan & abg long kawasan mesti ada untuk adik-adik dia. GOOD LUCK anda semua. panjang umur, jumpa lagi. 

15.8.13

Hari | Raya | 2013

Assalamualaikum w.b.t............


hari ni raya ke-7 aku kira. heh...da start kerja semalam.
client kol sejak hari raya ke-5. tak menyempat. tau ler raya deme lama lagi.
tapi takpe la....handset company bagi bateri sengaja aku abiskan. 
jadi, boleh beraya dalam suasana harmoni, aman dan damai.
so, macam mana dengan raya korang? seronok? atau beronok-ronok?

raya tahun ni pada aku MERIAH..! semua beraya dgn makabah.
kecuali kembar i yang beraya kat Melaka sekeluarga. 
total semua : Mak + Abah + 8org beradik + 7org ipar + 15 cucu 
rumah mertua semua jatuh hari raya kedua dan seterusnya. sebab ikut turn kan.
so, ramai yang duk bahan tahun ni last raya sebagai single. insyaAllah.
tengok gambar da nampak semua berpasang-pasangan. ada sorang solo-molo.
tapi takpe. sebab gambar ni ada pun ada hikmahnya. hiuhiu....
MERIAH bukan ?


tapi dalam pada gembira di wajah memasing ni. 
pagi raya tu pukol4.30 pagi. aku & abah bergegas ke HKL. 
sebab mak saket perut yang amat. doktor ingat mak ada salah makan.
tapi lepas check, dr suspect mak kencing kotor & nak kena batu karang. 
kesian tengok mak sakit. kalau la sakit tu boleh di transfer-transfer. 
sila lah transfer pada aku. tak sanggup tengok mak sakit. sobssss..!
mak buat urine test. selama ni dengar je pasal kencing kotor mak. 
kali ni rasa cam sedih pegang botol urine test tu, ada darah.

so, sampai rumah pukol6.30 pagi. pagi raya...susah hati & sedih.
mak boleh teringat tak sempat buat masak lodeh. sambal tumis bla bla.
kalau dah emak tu....emak jugak. ingatan dia...dekat masakan jugak.
pagi raya mak tak berapa sihat. bagi mak rehat. pukol11 baru kejut.
bermaaf-maafan & bergambar. walaupun mak tak berapa sihat tapi dia tabah.

preparation raya tahun ni biasa sahaja. takde kasut raya. takde baju raya. 
dengan harapan raya tahun depan meriah la siket dpd tahun ni. 
preparation raya tahun ni dah tukar kepada preparation lain. 
mak pun nak operate 3hb 9 ni. semoga semua yang dirancang berjalan lancar.
semoga segalanya dipermudahkan. 

SELAMAT HARI RAYA BUAT KELUARGA, KAWAN-KAWAN, SI DIA DAN SEMUA UMAT ISLAM YANG MENYAMBUTNYA. MAAF ZAHIR & BATIN.


psssttttt : jemputlah datang rumah. kali ni kalau korang datang rumah aku. dapat la merasa masakan aku. sebab da takboleh bergantung dengan masakan emak. hiuhiu...tapi jangan korang mengorder berbagai2. sebab aku bukan bukak kedai makan...ada buku menu bagai. hikhik! jempot datang raya rumah ya..

5.8.13

cuti | raya

Assalamualaikum w.b.t.......


mengantok. pening kepala. masih di opis.
sedang berkerja. bermain candy crush. bermedia sosial.
cepatnya lahai masa berlalu. sedih rasanya.
sebab Ramadhan dah nak berakhir. #biasa dengar ayat ni?
tapi aku memang rasa sedih sebab aku ada sebab aku sendiri.

dekat opis. tinggal aku & Rose (chinese women). berdua.
dia masuk toilet. tempat tisu jatuh bersepai. dia keluar tak ada orang.
dia kata dia takot. sebab dia ingat ada hantu. aku speechless.
aku gelak-gelak. dan cakap kat dia. apalah u ni...mentang2 tinggal kita berdua.

3 wanita melayu da cuti. sorang lelaki g site. bos-bos takde.
aku nak g KLCC tapi aku mengantok. penat. ah apsal la semua ni.
aku makin malas. lemah. tak berdaya. #onlyonewordsPEMALAS!

lagu dekat radio asik lagu raya. hari ni hari isnin.
raya hari khamis kot. lama lagi.  #kata2 orang masih berkerja.
orang telepon kat opis ni tetanya. tak cuti raya lagi? pheuwww...
ape masalah dia aku tak cuti raya lagi. raya hari Khamis kot.
takpela,neway di kesempatan ni aku nak ucapkan :-
Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. 
DAN...terima kasih buat abang nizam. kawan opis lama den.
sebab dia, aku dapat satu-satunya kad Hari Raya yang lawa gila.
teknologi kan menghapuskan tradisi lama bagi kadraya.
aku suka sangat. siap ada gambar family. pakej. miahaha...
kalau da designer tu. designer jugak. kreatif!


psssssttttt : da alang-alang aku tinggal berdua je dgn Rose. kami da sepakat membawa berkat balik pukol 4. selamat berbuka puasa ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...