9.7.13

teksi | ahai | teksi

Assalamualaikum w.b.t...........


hari ni dalam sejarah aku naik teksi. da setahun rasanya tak naik teksi. sampai da terlupa akan kewujudan teksi. hari ni naik teksi. 

pergi 
naik teksi yang pemandunya India pertengahan umur. 
aku assume dia seorang yang kelakar. 
tapi aku tak nampak kelawakannya. 
aku malas nak layan. dia bergurau-gurau, aku tak respon. 
dia tanya ni jalan apa, aku diam je. 
dia tanya lagi dan kali ni mintak aku respon. 
aku malas nak layan. aku cakap entah tak tahu. 
dia tanya kawan aku lagi. ni jalan ape? 
kawan Chinese aku jawab, jalan Kuching. 
driver tadi cakap which is aku rasa so rude.
Jalan Kuching kepala hotak kau?
aku da mula rasa perasaan....
erkkkkk ?   %^&*((*&^%$%^

balik
pergi dekat stesen teksi. 
sampai-sampai tanya nak pergi Ampang Park. 
tanpa segan silu dia cakap. RM 30.
kitorang macam eh...tak pakai meter ke?
dia cakap tak. dia along kawasan. eceh..dia tak cakap camtu.
dia cakap memang dia caj macam tu. 
aku tak rasa mencabar senang-senang nak bagi orang duit macam tu. 
so, aku cakap takpe la. kitorang jalan cari teksi meter. 
bajet abang tu rasa tercabar la konon kan. sesedap nak cekik darah. 
kitorang berlalu tak toleh belakang tetiber ada pakcik tu panggil kitorang. 
dia cakap naik la teksi pakcik yang kat belakang sekali tu. 
kitorang buat-buat jual mahal. kot la sama harga cam abang botak tadi. 
pakcik tu cakap. pakcik pakai meter. diorang ni mmg ambil harga camtu. 
tak pakai meter. dia panggil harga potong. pon boleh eh camtu?
ni aku nak buat aduan ni. lepas tu...pacik tu pun hantar ktrg. 
sepanjang jalan, pacik tu bercerita pengalaman dia bawa teksi.
daripada cerita pacik tu. aku dapat simpulkan :-

orang jahat ada di mana-mana sahaja. 
sekian terima kasih.


Salam Ramadhan

2 komen panas:

Diana said...

Jangan naik teksi kalau sorang-sorang tau Bib bahaya!

Selamat berpuasa!!!!!

Cik Bib said...

aha kak Diana. memang bahaya. uwa...apsal la teksi kat Malaysia menakotkan. hadoilah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...