17.7.13

manisnya | kurma | ini

Assalamualaikum w.b.t........


ehem. hari ni da 8 hari kita berpuasa ye dak?
cepatnya lahai masa berlalu...kan? #apsal banyak sangat "tanda soal"
dan nak masuk hari ke 9 solat tarawih. DAN....
cakap pasal tarawih. aku tak tau ape kena dengan aku.

pergi surau. solat tarawih. ada ustaz jemputan.
ok la..semuanya berjalan lancar. tazkirah menarik.
cuma...balik tu aku rasa macam down. selipar hilang sebelah.
puas aku cari. aku syak kerja budak yang duk memain kat surau tu.
tapi aku cakap dalam hati tak baik bersangka buruk.
mungkin termasuk dalam longkang. ataupun...
bawah meja orang lelaki tengah moreh tu.
sesekali lalu beberapa orang macik tanya, cari ape?
dan lagi terharu kanak-kanak pun tanya, akak cari ape?
jawapan aku sama, cari selipar sebelah lagi tak jumpa.

aku putus asa. aku malas fikir. aku pinjam selipar surau.
besar yer..saiz lelaki yang paling besar. aku redha (baca : redah) je
subuh esok, minta tolong abah pulangkan balik selipar surau.
aku sampai rumah. selipar aku lagi sebelah yang hilang tadi ADA.
elok je duduk sebelah selipar lain. oh...apekah ? #kesal. 

aku tak sedar pakai selipar sebelah lain. sebelah lain.
apelah nak jadi dengan aku ni. haiiiii la....ntah ape fikir.
esoknya nak pergi lagi. gtau mak..mak siap-siap pesan.
"tengok selipar kau pakai. jangan sebelah lain. sebelah lain."
ok...aku tahu mak ikhlas pesan. aku rasa kena bahan.
abah da pulangkan selipar surau yang aku siap-siap letak dlm bakul motor.
tergelak bila ingat balik. selipar anak buah pulak tu lagi sebelah tu.


pssssstttt : tak cukup tidor barangkali boleh mengundang  kepada permasalahan ini. sekian terima kasih.

6 komen panas:

MyLadyBuzz said...

hehehe biasa la ...dah nak dekat2 ni ..fokus hilang sikit .. thehehe.. ape la kau ni ..tepuk dahi kang.. ~

Cik Bib said...

HAHA...alah bkn pasal tu la.pasal tu tak fikir ape pon lg sgt.malasnya nak fikir..sy syak sbb sy mengantok...

Cik Cammy Lia said...

HEHE..LUCU JE..

Cik Bib said...

hehe...hai Cik Cammy Lia. anda suwet...

nora.alam.akmal said...

bnyk la ko punye x cukup tdoq..hahahaha...nnt pas nih da berdua lagikkk la x cukup tdoqqq...hahahahaha...

Cik Bib said...

@nora.alam.akmal : alah....mmg la. tapi mengantoknya rara. sobsss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...