17.7.13

manisnya | kurma | ini

Assalamualaikum w.b.t........


ehem. hari ni da 8 hari kita berpuasa ye dak?
cepatnya lahai masa berlalu...kan? #apsal banyak sangat "tanda soal"
dan nak masuk hari ke 9 solat tarawih. DAN....
cakap pasal tarawih. aku tak tau ape kena dengan aku.

pergi surau. solat tarawih. ada ustaz jemputan.
ok la..semuanya berjalan lancar. tazkirah menarik.
cuma...balik tu aku rasa macam down. selipar hilang sebelah.
puas aku cari. aku syak kerja budak yang duk memain kat surau tu.
tapi aku cakap dalam hati tak baik bersangka buruk.
mungkin termasuk dalam longkang. ataupun...
bawah meja orang lelaki tengah moreh tu.
sesekali lalu beberapa orang macik tanya, cari ape?
dan lagi terharu kanak-kanak pun tanya, akak cari ape?
jawapan aku sama, cari selipar sebelah lagi tak jumpa.

aku putus asa. aku malas fikir. aku pinjam selipar surau.
besar yer..saiz lelaki yang paling besar. aku redha (baca : redah) je
subuh esok, minta tolong abah pulangkan balik selipar surau.
aku sampai rumah. selipar aku lagi sebelah yang hilang tadi ADA.
elok je duduk sebelah selipar lain. oh...apekah ? #kesal. 

aku tak sedar pakai selipar sebelah lain. sebelah lain.
apelah nak jadi dengan aku ni. haiiiii la....ntah ape fikir.
esoknya nak pergi lagi. gtau mak..mak siap-siap pesan.
"tengok selipar kau pakai. jangan sebelah lain. sebelah lain."
ok...aku tahu mak ikhlas pesan. aku rasa kena bahan.
abah da pulangkan selipar surau yang aku siap-siap letak dlm bakul motor.
tergelak bila ingat balik. selipar anak buah pulak tu lagi sebelah tu.


pssssstttt : tak cukup tidor barangkali boleh mengundang  kepada permasalahan ini. sekian terima kasih.

10.7.13

Kursus | Mahligai | Firdaus

Assalamualaikum w.b.t..........


SYUKUR...... setel satu benda .
weekend lepas. pergi kursus. 
kursus kalau da nama mahligai bagai kan.
rasanya kursus ape? miahahaha.....
stress akan soalan --> kau bila nak pergi kursus kawen?
jadi aku pun daftar la kursus kawen kat sini. 

kursus ni 2 hari. aku daftar dekat cwgn Setiawangsa.
dia ada lagi 1 dekat Danau Kota. tapi jadualnya lain-lain. 
yang aku attend dekat Setiawangsa tu, jadual dia best.
Sabtu : 10.00 pagi - 7.00 petang (1 hari) 
Ahad : 9.00 pagi - 1.30 petang (1/2 hari)

ALHAMDULILLAH.....
kursus kawen ni berjalan dengan lancar. 
paling best, penceramah yang terlibat semua berpengalaman & lawak. 
daripada ustazah, ustaznya, tuan haji. semuanya bagi ceramah dengan berkesan. 

DAN....
yang paling penting, ilmu yang mereka sampaikan memang tak dapat kat mana-mana. pengalaman belajar sesuatu yang berguna dalam menuju ke arah perkahwinan.
susah jugak kawen ni, banyak menda dari sekecil-kecil benda akan menjadi masalah.
kadang lambat tersedar, mungkin akan menyebabkan perpecahan dlm rumahtangga.
  • AKIDAH, 
  • KEWANGAN, 
  • IBADAH, 
  • KOMUNIKASI, 
  • KESIHATAN, 
  • PROSEDUR PERKAHWINAN.

semua kat atas ni antara slot yang disediakan. penceramah dari JAKIM / JAIS / LPPKN. so, kepada yang duduk area Lembah Klang. nak cari tempat untuk kursus kawen.

Recommended Mahligai Firdaus ni :
cari kat sini atau contact 013 604 6333 & 013 229 8900 /  03 4252 2067



pssssttttt  : bagus kalau pergi dengan pasangan, sebab lepas ni kalau korang tak sependapat ke ape tak puashati. korang boleh ingatkan dia ape yang ustaz/ustazah pesan masa dlm kursus ni. hikss!

9.7.13

teksi | ahai | teksi

Assalamualaikum w.b.t...........


hari ni dalam sejarah aku naik teksi. da setahun rasanya tak naik teksi. sampai da terlupa akan kewujudan teksi. hari ni naik teksi. 

pergi 
naik teksi yang pemandunya India pertengahan umur. 
aku assume dia seorang yang kelakar. 
tapi aku tak nampak kelawakannya. 
aku malas nak layan. dia bergurau-gurau, aku tak respon. 
dia tanya ni jalan apa, aku diam je. 
dia tanya lagi dan kali ni mintak aku respon. 
aku malas nak layan. aku cakap entah tak tahu. 
dia tanya kawan aku lagi. ni jalan ape? 
kawan Chinese aku jawab, jalan Kuching. 
driver tadi cakap which is aku rasa so rude.
Jalan Kuching kepala hotak kau?
aku da mula rasa perasaan....
erkkkkk ?   %^&*((*&^%$%^

balik
pergi dekat stesen teksi. 
sampai-sampai tanya nak pergi Ampang Park. 
tanpa segan silu dia cakap. RM 30.
kitorang macam eh...tak pakai meter ke?
dia cakap tak. dia along kawasan. eceh..dia tak cakap camtu.
dia cakap memang dia caj macam tu. 
aku tak rasa mencabar senang-senang nak bagi orang duit macam tu. 
so, aku cakap takpe la. kitorang jalan cari teksi meter. 
bajet abang tu rasa tercabar la konon kan. sesedap nak cekik darah. 
kitorang berlalu tak toleh belakang tetiber ada pakcik tu panggil kitorang. 
dia cakap naik la teksi pakcik yang kat belakang sekali tu. 
kitorang buat-buat jual mahal. kot la sama harga cam abang botak tadi. 
pakcik tu cakap. pakcik pakai meter. diorang ni mmg ambil harga camtu. 
tak pakai meter. dia panggil harga potong. pon boleh eh camtu?
ni aku nak buat aduan ni. lepas tu...pacik tu pun hantar ktrg. 
sepanjang jalan, pacik tu bercerita pengalaman dia bawa teksi.
daripada cerita pacik tu. aku dapat simpulkan :-

orang jahat ada di mana-mana sahaja. 
sekian terima kasih.


Salam Ramadhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...