4.6.13

1 tahun | & | 1 bulan

Assalamualaikum w.b.t.............


hari ni  dah 1 tahun + 1 bulan aku kerja dekat company sekarang ni. interesting. up & down seiring. kadang up-up-and-up. kadang down-down-and-down. tapi aku bersyukur sebab banyak yang aku dapat belajar. akan tetapi (ayat skema bukan calang²)

hari ni aku bekerja tanpa supervisor. terasa kehilangan (refer : lagu firman)
supervisor aku la yang banyak ajar aku sepanjang aku kerja kat sini.
dia staff paling lama kat sini berbanding yang lain. banyak tolong aku.
aku pun suka cara kerja dia. ringkas, kemas, teliti & padat.
dia seorang yang garang. kadang² akibat stress dengan bos. dengan aku dilipatnya.
tapi tak kisah la dia garang sedikit tapi hasil kerjanya bagus. i can accept.

semenjak dia takde da ni. aku masih mendapatkan khidmat nasihat dia.
melalui whatsapp. mesej dan segala bagai kemudahan teknologi yang ada.
cuma kadang² rasa kesal dengan orang lama yang tak begitu bersungguh dlm kerja.
tapi sebenarnya cepat sangat masa berlalu. rasa macam baru semalam aku masuk kerja sini.

walaupun kadang² aku fedup dengan bos & kawan² tapi pada aku.
kat mana² pun tempat kerja. menda cabaran & dugaan akan ada. berbeza-beza.
so, cubalah jalani pekerjaan kita dengan baik & ikhlas.
InsyaAllah Tuhan akan mempermudahkan pekerjaan kita.

iza, iolsss, ida, NIDA, jija.

kepada supervisorku........... Nida,

Selamat Maju Jaya & Terima Kasih atas tunjuk ajar yang diberi. Selamat Menanti Kelahiran untuk bulan 11 ni. Jaga Diri Bebaik. ilebiu supervisor.

pssssttttt : bokojo la kito sekueknyo....cuti da approve jumaat ni. muahahaha...

0 komen panas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...