20.6.13

Ujian | Kompetensi | UKM

Assalamualaikum w.b.t...............


ok...sekarang ni musim Ujian Bertulis. masa aku frust dengan bos aku hari tu. aku tak henti² apply semua vacancies yang ada. dan tetiber minggu ni berderet aku kena attend ujian bertulis & ujian fizikal konstabel wanita PDRM. cuba je la kan..tapi polis tu aku tak pergi. sebab rasa tak layak. so, hari tu aku da bagi contoh untuk ujian bertulis kat MBMB. hari ni aku nak sembang pasal ujian kompetensi dekat UKM.

Ujian Kompetensi ni ada empat (4) bentuk test.

8.30pagi - 9.30pagi : 
(1) UJIAN PSIKOLOGI : 235 soalan. 
  1. Adakah anda sering solat di awal waktu dan berjemaah?
  2. Adakah anda seorang yang peramah?
  3. Anda sukakan pada orang lain?
  4. Anda rasa tercabar dengan tugasan yang diberi?
  5. Adakah anda sering rasa ingin mendahului orang lain.
9.30 pagi - 10.00 pagi : REHAT ( sarapan disediakan. untonggggler.... )

10.30 pagi - 1.00 tengahari : 3 ujian sekaligus. 

(2) ESEI BAHASA MELAYU
Peranan masyarakat dalam membentuk keperibadian muda mudi hari ini. 350 - 400 patah perkataan.

(3) ESEI BAHASA INGGERIS
Give your opinion, between healthy or wealthy, where is more valuable? Give your reason and example. ( 350-400 words)

(4) SOALAN PENGETAHUAN AM : 30 soalan
  1. Siapakah Menteri Pelajaran kini? #pilihan jawapan A.B.C.D
  2. Siapakah nama Naib Canselor UKM ?
  3. Pada tahun 1511, Melaka berada di bawah pemerintahan siapa? 
  4. Apakah tema kemerdekaan Malaysia yang ke-57?
  5. dan macam-macam soalan lagi la. tak ingat dibuatnya. tapi lebih kurang macam tu la. 
so, ni je la dapat dikongsikan. korang prepare la apa-apa yang dirasakan patut. Jangan fedup kalau tak dapat. cuba lagi...jangan putus asa. kot la menda ni boleh tambah penglaman korang dalam menghadapi ujian bertulis yang lain dan yang akan datang.


psssssttttttt : SHARING IS CARING......GOODLUCK ~

14.6.13

Menang | Tiket Wayang | World War Z

Assalamualaikum w.b.t..................

ehem...hari tu, aku dengar radio SURIA.FM kat opis .sebenarnya bukan hari tu je. esok tu aku dengar lagi. pastu aku dengar dan dengar hari-hari tapi ada satu hari tu. aku bosan. sebab takde lagu pebret aku dimainkan. mungkin bukan sebab lagu pebret aku tu tak dimainkan. TAPI......

aku rasa sebab masa lagu pebret aku dimainkan. aku kat toilet. takpon aku tengah tapau makanan atau pergi beli eskrem. so, sebab lagu Hafiz (Bahagiamu Deritaku) & Ezad  Lazim (Keranamu) takde. aku boring n jalan-jalan kat website radio ni. tetiber nampak muka Brad Pitt yg tak tua-tua ni. tetiber hormon gedik aku datang. magik bukan ? 

da tu, tak memasal je aku join contest World War Z ni. punya la bosan tahap menyampa aku pon buat la slogan 10 patah perkataan. 
Saya ingin menonton World War Z kerana saya meminati filem berunsurkan pengembaraan mencabar dan juga Brad Pitt (tidak melebihi 10 patah perkataan)


da tuh, tadi petang. dan-dan tu je DJ Radio ni kol aku cakap aku menang. n dapat 2 keping tiket utk pra-tonton citer ni. sebab aku busy & penat & risau. jadi.....aku cam tak excited. mana taknya DJ tu sakan ckp aku menang tiket ni. kat One Utama. aku boleh cakap..oh yeke? dia cakap kt aku...oh yeke je ke? tak excited pun. maaf  DJ...aku takde mood. aku sampai da terlupa ape maksud DJ masa dia inform kat aku dia DJ suria fm. muahahaha....

akibat nampak aku tidak excited. maka, DJ tersebut gtau aku yang kalau aku tak pergi menda Pra-Tonton ni tapi aku da menang. nama aku akan di-ban selama 3 bulan tak boleh menang ape-ape contest. selamba je...so, aku rasa aku tak dan pon nak pergi. jadi kepada kawan-kawan yang nak tiket ni. 2keping...mai ah roger aku. macam mana ntahpape punya slogan aku tu boleh menang. hiuhiu.....
  • Tarikh : 18 Jun 2013
  • Masa : 9.30 malam
  • Tempat : GSC, One Utama
** 2 keping tiket. korang boleh ambil kat kaunter Suria akan ada kat sana
(8.45P.M - 9.30P.M)


pssssttttttttttttt : serius aku penat. dan harap kepenatan aku akan mengundang kebahagiaan satu hari nanti. wah gitu. macam takde kaitan je.

12.6.13

Ujian | Bertulis | MBMB

Assalamualaikum w.b.t.............


semalam aku ada attend 1 ujian bertulis dekat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). perghhh....kemaen ramai orang toksah cakap la. so, rezeki memasing. kalau ada rezeki, Alhamdulillah. kalau takde. korang anggap je la menda ni sebagai pengalaman hidup. tak pernah² aku datang MBMB ni lepak kantin & dewan Taming Sari dia. at least merasa da la.... #menyedapkan hati.

40 soalan Objektif (pilihan jawapan A,B,C, D)
contoh soalan :-
1) Mana kawasan di bawah pentadbiran MBMB ?
A) makan hang tuah           C) taman seribu bunga
B) perigi hang tuah             D) bukit katil
2) Bilakah kawasan Perbandaran Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) ? #ada pilihan jawapan
3) Apakah visi MBMB ? #ada pilihan jawapan

5 soalan UMUM
contoh soalan :-
1) Apakah 3 waktu berkerja kakitangan awam ?
- 7.30 pagi - 4.30 petang / 8.00 pagi - 5.00 petang / 8.30 pagi - 5.30 petang
2) dalam 30 patah perkataan, nyatakan apa yang anda faham tentang MBMB .

15 soalan KHUSUS kot.
contoh soalan :-
1) Apakah 12 subsektor pelan pelancongan Melaka ? Nyatakan 4.
2) Apakah projek utama bagi Projek Transformasi Nasional. Berikan 3.
3) Bagaimanakah kerajaan Melaka boleh terbentuk ?

hahhhh...gitu la contoh² soalan yang aku dapat semalam. nampak tak betapa tak agak² soalannya. maka, kalau korang nak jawab soalan Ujian Bertulis ni. silalah banyakkan membaca. membaca dan membaca. jika tidak...tiada siapa yang harus dipersalahkan melainkan diri sendiri. ahaiiii....

ada satu soklan kat Objektif aku tak igt ape soalannya. tapi aku tergelak la jawab masa tu. betol² aku rasa kelakar sebab kelakarlah. pastu aku tak tahu jawapan dia apa. walhal soalannya sonang je oitttt. #kesal 

DAN.............nasihat aku. janganlah cepat berputus asa kalau tak dapat yang ni. anggap je jadikan pengalaman buat korang. sebab aku nengok ada yang keluar da merungut memacam. pastu tak cukop tu. siap cakap itu ini la. kalau boleh Parameswara pon dorang nak salahkan. haiiiiihhh la....


psssstttttt : gagal yang ni. apply la yang lain. apeadahal. hidup perlu diteruskan. kamon la...ni ujian je kot. bukan peperiksaan akhir tahun. 

6.6.13

What | Isra | Mi'raj

Assalamualaikum w.b.t...............



Sempena Israk Mikraj, marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa Israk Mikraj ini. Sesungguhnya Allah itu maha Berkuasa. Subhanallah.

pssssttttt : buat hal la hilang fokus kebelakangan ni. beli tiket ke KLCC. walhal opis stop kat AMPANG PARK. takde motif.


4.6.13

1 tahun | & | 1 bulan

Assalamualaikum w.b.t.............


hari ni  dah 1 tahun + 1 bulan aku kerja dekat company sekarang ni. interesting. up & down seiring. kadang up-up-and-up. kadang down-down-and-down. tapi aku bersyukur sebab banyak yang aku dapat belajar. akan tetapi (ayat skema bukan calang²)

hari ni aku bekerja tanpa supervisor. terasa kehilangan (refer : lagu firman)
supervisor aku la yang banyak ajar aku sepanjang aku kerja kat sini.
dia staff paling lama kat sini berbanding yang lain. banyak tolong aku.
aku pun suka cara kerja dia. ringkas, kemas, teliti & padat.
dia seorang yang garang. kadang² akibat stress dengan bos. dengan aku dilipatnya.
tapi tak kisah la dia garang sedikit tapi hasil kerjanya bagus. i can accept.

semenjak dia takde da ni. aku masih mendapatkan khidmat nasihat dia.
melalui whatsapp. mesej dan segala bagai kemudahan teknologi yang ada.
cuma kadang² rasa kesal dengan orang lama yang tak begitu bersungguh dlm kerja.
tapi sebenarnya cepat sangat masa berlalu. rasa macam baru semalam aku masuk kerja sini.

walaupun kadang² aku fedup dengan bos & kawan² tapi pada aku.
kat mana² pun tempat kerja. menda cabaran & dugaan akan ada. berbeza-beza.
so, cubalah jalani pekerjaan kita dengan baik & ikhlas.
InsyaAllah Tuhan akan mempermudahkan pekerjaan kita.

iza, iolsss, ida, NIDA, jija.

kepada supervisorku........... Nida,

Selamat Maju Jaya & Terima Kasih atas tunjuk ajar yang diberi. Selamat Menanti Kelahiran untuk bulan 11 ni. Jaga Diri Bebaik. ilebiu supervisor.

pssssttttt : bokojo la kito sekueknyo....cuti da approve jumaat ni. muahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...