16.5.13

Selamat | Hari | Guru | 2013

Assalamualaikum w.b.t................


Tema Hari Guru 2013 :  1ASPIRASI, 1AGENDA


Hari ni nak flashback tempat aku menimba ilmu sepanjang kehidupan ni.
1) SRK Taman Selayang (1), Selangor
2) SMK Sungai Kertas, Selangor
3) SMK Darul Ehsan, Selangor
4) UiTM Seri Iskandar, Perak

Masa kekecik dulu sekolah rendah. setiap kali hari guru je aku risau nak pergi sekolah. pasal ape? pasal aku takde duit nak belikan cikgu hadiah. kalau aku bagi pun. 1-2 je. tu pun cikgu yang terpilih. bertuah la beliau kalau dapat hadiah dari aku. 

Bila masuk menengah. da boleh fikir macho & malas nak fikir susah pasal hadiah. akan ada 1-2 cikgu yang terpilih. tapi kali ni bukan sebab takde peruntukan sahaja. malah memang takde niat nak bagi. sebab rasa cikgu menengah mesti tak heran hadiah ni. 

Bila dah masuk universiti. aku rasa lagila takpayah nak fikir-fikir part hadiah sebab sibuk fikir esok nak pakai baju kurung bunga yang mana satu.. lagipun kat universiti mana ada guru. semuanya pensyarah. tapi....sebab pensyarah pun insan yang mencurahkan ilmu kat aku. aku segan-segan pergi jumpa dorang sebelum kelas bersurai. salam & wish kat lecturer, "Selamat Hari Guru puan/encik/madam dll"

asal hari guru je terkenang zaman belajar. dulu aku penah tipu cikgu...cakap aku dapat 6A, walhal aku dapat 4A je masa PMR. malangnya cikgu tu percaya aku bulat-bulat. siap pakej dia bagi aku hadiah dengan kad ucapan --> "Congratulation for your PMR 6A's." 

Dengan peluang yang ada ni, aku nak mintak maaf kat semua cikgu terutama cikgu yang aku tipu. lepas aku tipu. aku siap belagak kat kawan-kawan aku cikgu tu bagi aku hadiah. tapi aku cabut kad ucapan 6A cikgu tu siap-siap. Percayalah...waktu yang terindah adalah waktu belajar.  


0 komen panas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...