28.5.13

Majlis | Bertunang | 25052013

Assalamualaikum w.b.t................


Alhamdulillah...da lepas satu menda. tatau nak panggil 1 ke 2. sebab orang dedulu kan ada sebut. merisik & bertunang. hah...ni kiranya sekali jalan la 2-2. tinggal lagi satu. eh...ni pun tatau nak panggil 1 ke 2. sebab kan ada menikah & hari langsung. ah..tak kira la. kira sekali jalan jugak la nanti. 

sebenarnya semuanya persiapan last minutes yang membawa bahgia & derita. mana taknya, semua orang kerja. aku sorang² kat rumah tu. bukan boleh harap. nak buat hantaran sendiri pon taktahu menda aku nak buat. Syukur dikurniakan adik-beradik yang ramai...MAK ABAH, ADIK BERADIK, IPAR DUAI, SAUDARA MARA, KAWAN²

Kalau takde mereka ni. aku rasa tapayah la aku nak buat ape-ape majlis. memang takkan jadi. oleh kerana aku saja nak buat hantaran ke ape menda suma last minutes. jadi, aku bercadang untuk guna fresh flower dengan harapan bila orang tanya da siap ke hantaran ngko? aku boleh jawab tanpa was-was, oh...takboleh buat awal-awal hantaran tu. kang layu di tasik madu bunga tu. cenggitu la kunonnya. tapi...tapi...aku tak kisah lagi suma tu. sampai la. da malamnya tu tapi menda cam tak berapa nak siap. aku cam...ala, bunga da ada tapi..tapi..macam mana nak buat ? da tatau plak nak buat macam mana. 

mula-mula plan 7 balas 9. tapi ada BFF yg baikhati, Maznorliza Sani bagi kita sebijik kek handmade. maka, jadi 10. mak cakap bagi ganjil. tambah lagi 1, dodol. jadi la 11 ngko. 
( sireh junjung , bunga rampai , kek 1 , kek 2 , coklat , cheese tart , dodol , buah-buahan , perfume, 
sejadah & songkok/kainbaju melayu )


DAN ini pulak dari pihak lelaki


ada buat doorgift sikit tanda appreciate family pihak lelaki yang datang & kawan².



1) nota ada zikir harian : kak sulong yang beli. tak tahu dekat mana dia beli.
sticker : design dek adik ipar serba boleh i...
2) coklat : order dari kawan. boleh PM/cari dia dekat sini.
sticker coklat : beli dekat booth kat Giant atau Tesco.
3) dodol buatan air tangan mak abah.
4) gula-gula Daim & Choclair.

gambar sekitar majlis & gambar si dia. ahaksss!

let me introduce, Norhafiszin aka Pijot. Gagah bukan?kihkih 

----------------------------------------------------------------------


4 komen panas:

Diana said...

Tahniah untuk Bib... dari akak sekeluarga...

Semoga ikatan pertunangan berkekalan hingga jinjang pelamin, Insya Allah..

Rugi tau akak takde kat Batu Caves.
Kalo tak confirm dah pergi!!

Apa-apa pun TAHNIAH!!!!

Cik Bib said...

Terima kasih kak..berkat doa akak.ade rezki sy bertunang.doakan segalanya dipermudahkan.

Aril Lanang said...

bib lawa dh betunang ...tunggu bib lawa panggil mkn kenduri kwen plak...

Cik Bib said...

@Aril Lanang : insyaAllah...nnti kalau da siap semuanya.bib jempot yokkk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...