30.5.13

Fakta | kencing | manis

Assalamualaikum w.b.t..............

Hai kawan-kawan, kebelakangan ni asik la jumpa masalah ni dalam kalangan ahli keluarga. terutama buat mak abah. so, selaku anak. aku rasa risau dan harus memantau akan pemakanan mereka seadanya. selalu suka duk usik & pantau emak. la ni...abah pun nampaknya nak kena dipantau. DAN marilah aku share kan ape hasil pencarian aku tentang kencing manis ni. 

APA ITU KENCING MANIS
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.   -wikipedia-

Pemakanan untuk pesakit kencing manis.
Tujuan:
  • Untuk mencapai dan mengekalkan paras gula dan lipid darah pada julat normal.
  • Untuk mengelak sebarang komplikasi penyakit.
  • Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
  • Untuk membekalkan keperluan pemakanan bagi memenuhi keperluan harian.Penjagaan makanan:
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes Mellitus:-

1) Makanan yang perlu dielakkan

Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.
Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, biskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.

2) Makanan yang bebas dimakan
Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi.
Contohnya: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dsb.
Semua cecair dan minuman tanpa gula.
Contohnya: Sup air, air kosong, the dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.
Perasa dan Perencah. Contohnya: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.
Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa)


3) Makanan yang perlu disukat.
  1. Susu dan hasil tenusu
  2. Bijirin dan hasil bijiran
  3. Kacang dan kekacang
  4. Buah-buahan
Pilihan makanan
Saiz hidangan
Saranan
1) Susu dan hasil tenusu

Susu segar / cair
Susu sejat
Susu penuh krim
Susu skim / rendah lemak



1 cawan (240ml)
½ cawan (120ml)
4 sudu makan penuh
4 sudu makan paras



2 kali sehari





2) Bijiran dan hasil bijirin

Roti putih / bijirin penuh
Nasi / mee / meehon / kuey teow
Capati/ roti canai/ tosai
Ubi



2 keping
1 cawan
1 keping
1 biji saiz telur




3-4 kali sehari



3) Kacang dan kekacang

Kacang hijau/ merah/ dhal/ kacang soya (mentah)



1/3 cawan



1-2 kali sehari


4) Buah-buahan

Epal/oren/limau/lai/ciku
Pisang (10cm)
Mangga
Jambu batu
Belimbing
Langsat/longan/anggur
Rambutan/laici
Betik/nenas/tembikai/tembikai susu
Durian/nangka/cempedak



1 biji sederhana
1 biji kecil
1 biji kecil
½ biji tanpa biji
1 biji sederhana
8-10 biji kecil
5 biji sederhana
1 potong nipis
3 ulas kecil



2 kali sehari











credit to : http://www.pusrawi.com.my. katanya walaupun rasa makanan dalam kumpulan ini masam, pedas, manis, tetapi semua akan ditukarkan kepada gula oleh badan kita.

7 komen panas:

Chikebum Buzz said...

Wah .. .penerangan yg jelas .. kalau sape yg segal kencing manis pun tak tau lagi tu memang saje la...haha .. hope everyone is ok ..especially ur parents ..

Chikebum Buzz said...

*sengal

Cik Bib said...

Citer dia skrg nih...akk da tau tak ape tu kencing manis?kui3x....pasni sy buat penerangan pasal segal dan sengal.kihkih...

Diana said...

Ramai ahli keluarga akak dah ada penyakit ni...Arwah emak akak kene kencing manis masa pregnentkan akak dan penyakig tu ada sampai lah arwag menghembuskan nafas terakhir tika akak berumur 28 tahun.. Bermakna 28 tahun la arwah hidup dengan penyakit tu...

Penyakit datang saat dan ketika akak berada di rahimnya...

Al-fatihah untuk emak akak atas pengorbanannya yang tak terhingga..

Jaga makan/ jaga minum agar kita tidak menjadi mangsa penyakit ini..yang sekali ada, kekal sampai bila- bila...

Cik Bib said...

@kak Diana : tu ah pasal kak. risau gak ni. ehm...makan memacam kan skrg ni. so, penykit cani. mudahla dapat...

tu ah..sekarang ni da start kawal pemakanan makabah. risau..risau..

Diana said...

Bagus bib... Kurangkan mana2 yg patut kurang... Kontrol sebaiknya.....semoga keadaan penyakit mereka terkawal...

Cik Bib said...

@Kak Diana : AHA..tu la kak. mmg kena control da lepas ni. heh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...