25.4.13

Banyak | Cara | Bersedekah

Assalamualaikum w.b.t....................

tetiber aku rasa nak cari sesuatu mengenai "sedekah"  dan sehinggalah aku terjumpa hadith di laman web JAKIM. aku rasa menarik...seperti yang kita sedia maklum bertasbih, bertakbir dan segala kebaikan yang niat kerana Allah juga adalah dianggap sedekah. Mudah bukan?

Maka, sempena kempen-kempen untuk PRU13 bagai ni. marilah kita bersedekah dengan cara menguatkan tali silaturahim bukannya maki sana. maki sini. dan tak lupa juga...usah berkempen di tempat-tempat tak sepatutnya. contohnya, dalam kelas ketika mengajar. ahai....kesal.

Riwayat: (al-Bukhari)

Hadith: 
Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab Rasulullah SAW:Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. 
Mereka bertanya:Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.


Huraian Hadith: 

1. Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.

2. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

3. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.

4. Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

23.4.13

yeapada | salah | nombor

Assalamualaikum w.b.t................


ewah..ewah..ewah..da la salah nombor. 
lepas tu suruh aku layan dia 5 minit. 
ape masalah dia entah. aku da cakap salah nombor. 
boleh je dia nak promote lagi. 
pakej insuran Hong Leong Bank pulak #inikali
kol tadi nak cakap dengan incik azam sanusi.
aku cakap salah nombor. #lainkalilah 
masih lagi nak promote kat aku plak.

katanya tadi insuran ni eksklusif. untuk orang terpilih. 
da salah orang. dan-dan tukar. untuk no talipon terpilih. 
suka nak mainkan perasaan aku....
macam aku ni sepesel sangat. walhal tak pon..
pastu dia da tukar ayat. no talipon terpilih. 
aku cakap la tapi aku busy. dia cakap 5minit je. 
aku cakap aku tak berminat. dia cakap kenapa tak minat?
aku cakap aku dah ada banyak insuran. wah kemaen tau kaya. ada banyak. 
dia cakap..tapi dia punya sepesel. lain daripada insuran lain. 
aku ingatkan dia lagi. ni salah nombor kan tadi. 
Namun, "hati kau sungguh keras Zack"
kalau la beliau kerja kat company aku kerja ni...mesti bos aku bangga.
ada staff yang berhati kering dan tabah macam beliau.

bulan ni bulan paling ramai orang insuran kol. 
orang berkempen untuk PRU13 ni pon boleh tahan gak.
SMS hari-hari dapat. Wan Azizah hantar surat kat aku. DS Najib pon sama. 
terasa aku sungguh ohsem. menteri-menteri saja utus surat kat aku.
kemaen tau macam ADUN kawasan bertanding. ahaksssss.....



psssssstttttttttt : pon boleh eh salah nombor. tapi buat-buat macam takde ape salah. sabau aje ler...

22.4.13

kisah | MLM

Assalamualaikum w.b.t..............

hari tu aku digemparkan. wah digemparkan tak menahan.
memula teman untuk tunjukkan jalan ke satu tempat.
rasa macam tau je tempat tu katne. cuma tak tau bangunan tu celah mana je.
cari punya cari aku semacam tak putus asa nak cari tempat tu.
tapi akhirnya aku berputus asa jugak.
sebab yang cari tempat tu pun cam tak cukup usaha.
so, rasa gembira. boleh balik dengan aman. sambung tidor.

TIBA-TIBA.....
teman untuk jumpa seseorang katanya. seram bukan ?
lepas tu aku cuba buat cool  & cakap...jumpa siapa? aha...sekejap je la.
da mengantok. da malam. esok pagi nak keje lagi. nak tidor. #berator alasan.
ok la...aku pun ingat ikut je la je kan. masalahnya..nak jumpa kat Kajang ngko.
tak kemaen dekat kami dari Gombak --> Bukit Bintang --> Kajang.
makan satay kajang ngko...
masa ni level of menyirap aku tahap : Merah Menyala berapi-api.

Aku tak kisah ape pun yang korang lakukan.
tapik fikir la jalan terbaik antara kalangan yang terbaik.
bukan fikir jalan terbaik antara kalangan yang tak baik.
Akhir kata, buat la sesuatu dengan berfikir sebaiknya.
DAN...kalau tersalah langkah takpe.
Anggap la ini sebagai pengajaran yang berharga.
cuma.....AKU KESAL.

psssstttt :  MLM = Malam @ Multi Level Marketing. KIHKIH.

11.4.13

ME and MY BOSS

Assalamualaikum w.b.t...........


ME and MY BOSS

When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough

When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,

When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,

When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
He is cooperating,

When I make a mistake,
I' am an bloody.
When my boss makes a mistake,
He's only human.

When I am out of the office,
I am wondering around.
When my boss is out of the office,
He's on business.

When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
He must be very ill.

When I apply for leave,
I must be going for an interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked

When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
He never forgets


pssttttttt : i love () my boss very much...

10.4.13

Musim | PRU13

Assalamualaikum w.b.t.........


Hi...da lama tak menulis sepatah dua kata kat blog ni. entah mana pergi mood menaip. maybe sebab musim hujan kot. aha..kan kalau musim hujan pon macarons takboleh dihasilkan. begitula juga aku. nampak tak kaitannya disini?

sempena bahang musim mengundi ni. aku nak tujukan lagu kat korang semua. dengan ucapan,


JOM..kita mengundi...   #sebut laju-laju. kalau tak... tak jadi !!
JOM..kita mengundi...
JOM..kita mengundi...
JOM..kita mengundi...

berbeza dengan yang lepas punya lagu. aku rasa lagu ni kemaen rancak tau. sampai ingat kan lagu kat Juara Lagu. pasal ada Black. tapi kot korang da layan hari-hari. sedap je lagu ni. yang penting korang mengundi. ahakss!


HAH..ntah ape masalah aku tah bila dengar lagu mengundi yang lama ni. aku terasa macam ada kat zaman Tun Abdul Rahman. #nampak tak hyperbola aku kat sini? kemaen tau...

Maka, kepada anda-anda yang belum tahu tentang hari mengundi bagi PRU-13:

20 April 2013: Hari penamaan calon
30 April 2013: Hari mengundi awal
5 Mei 2013: Hari mengundi PRU-13



Selamat mengundi!

pssssttttt : tak kesah la ngko nak undi ape pon. ghasak....tapi toksah ler taksub sangat yer. buruk nooooo ghupenyer kang. ahaks! sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...