12.3.13

Poster | Mahram | MFR Studio

Assalamualaikum w.b.t................

okeh..kat sini ada menda nak dishare. kebetulan kat opis ni baru semalam member aku diskas-diskas dgn kami tentang Mahram kita ni. kan kalau baru kawen tu. ada yang cam konpius kan. so, sharing is caring. 

Terima Kasih kepada pembikin Poster ni. pembikin pon boleh. kredit to beliau. anda memang tersangatlah kreatif & inovatif di jalan yang betul. Alhamdulillah. 

Dedikasi untuk : ISTERI

Dedikasi untuk : SUAMI
ada yang baca sekali menda alah ni. rasa pening. tapi cuba korang amati bebetol. InsyaAllah korang akan dapat ape yang poster ni sampaikan. heh....

1.3.13

Kursus | Pengurusan | Jenazah

Assalamualaikum w.b.t.............


bebaru ni aku ada pergi satu kursus. kursus kawen? hamboi..takboleh la cakap pasal kursus siket. dan-dan je tau buka pasal kursus kawen. haishhhhhh! TAK! TAK! BUKAN! BUKAN!

Kursus kawen banyak je. bebila masa boleh pergi. daftar hari ni. esok da boleh attend kursus kawen. aku ekceli hari tu ada cari² kursus pengurusan jenazah. ada la aku cari kat website masjid² sekitar KL & Selangor ni. tapi..aku tatau la web mereka tak dihapdet ke ape. memang takde la info² macam tu. dan kebetulan ada member FB aku sorang yang aku tatau identitinya sangat. dia bagitau yang esok masjid wilayah ada buat kursus pengurusan jenazah tu. 

pilu bila sampai kat sana. semua orang saling kenal mengenali antara satu sama lain. siap tanya aku ni siapa. kantoi plak. aku ingat kursus tu under masjid tersebut. rupanya...company ni yang arrange kursus ni utk staff² dia. nasib baik aku bercakap benar. takde tipah-tertipu-tertipu-tipu-tertipah. 

9.30 pg -11.00 pg
wakil daripada Jabatan Forensik HKL bagi taklimat mengenai pengurusan mayat berisiko macam SARS, H1N1, HIV, Hepatitis B & C. 

11.00 pg-1.00 tghri
pulak ustaz yang kelakar. penerangan dia memula tu intro kemaen panjang. kami ni da semangat waja nak masuk bab pengurusan. ahai la ustaz ni tau...pastu katanya dia pantang orang tanya. kalau siapa tanya. kena balek. pon boleh ustaz ni tau. Ustaz ni bg penerangan tentang Pengurusan Jenazah dalam islam. dari start perkakasan memandikan jenazah. ustaz ni more cerita tentang cara memandikan & hukum sahnya semua. Menarik & tak mengantok sebab ustaz ni laka-laka.

lepas tu lunch & solat berjemaah. 

2.00 ptg - 4.30 ptg
sambung praktikal pulak. perempuan & lelaki praktikal asing². kami ustazah Rozita yang ajar cara memandikan & mengkafankan (jenazah : Kak Sue). Ustazah ni berpengalaman 12 tahun uruskan jenazah yang tidak dituntut, HIV dan mayat berisiko di Hospital Kuala Lumpur. Ustazah kami ajar dari start potong kain kapan yang berukuran 12 meter kot. dia potong mengikut cara yang mudah & cepat. Seronok sangat sebab tengok sendiri betapa..betapa..betapa..aurat manusia dijaga dengan begitu baik walaupun di saat kita tiada bernyawa lagi. 

Alhamdulillah kursus kami berjalan dengan lancar. Oleh kerana aku merupakan peserta yang menumpang. dan sedar dengan hakikat aku menumpang. aku telah berjumpa dengan orang yang handle program ni utk bertanyakan tentang bayaran. da tentu² la mereka yang lain ditaja oleh company mereka. tapi pihak penganjur tak tahu nak caj macam mana dan merelakan kami belajar sekali kursus ni. kepada pihak penganjur, SEMASA SENTRAL SDN BHD, terima kasih korang sebab merelakan aku tumpang kursus ni.  Semoga Allah S.W.T membalas usaha murni korang. bukan senang woh ada company yang anjurkan kursus macam ni. tapi kalau ada sesiapa yang nak caj aku untuk kursus ni pon takpe. sila PM aku kat bib2426@gmail.com ni ya.



teringat dulu aku pernah join Kelab Pengurusan Masjid. ustaz kami handsome. aku dapat A++. tak pernah ponteng. kata ustaz tu..masjid bukan tempat untuk kita solat je. kita boleh mempelbagaikan fungsi masjid semaksima mungkin. DAN....dulu aku pernah present yang masjid boleh dijadikan tempat utk belajar seni pertahankan diri. dan ya..betul. masa aku pergi masjid Wilayah. ada satu kumpulan silat kanak-kanak sedang berlatih silat kat sana. #sebenarnya teringat kat ustaz aku yang handsome tu. tapi sedihpilu beliau telah berkahwin dgn student UiTM jugak tetapi bukan aku.


pstttttttttt : next kursus --> Kursus Kahwin. ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...