5.2.13

Pengantin | Baru | Nur Aznida

Assalamualaikum w.b.t................


ekceli lama da aktiviti ni dijalankan. sebab aku tak sempat nak hapdet kan. hari ni pakej aku nak hapdet Bachelor Party katako sekaligus ngan kendurinya. 


korang tau tak betapa azabnya nak beli kek Baskin Robin walopun aku punya opis pun da cukup tengah kota. ape ntah masalah KLCC boleh tak hado Baskin Robin. mesti pengarah Suria KLCC dulu bekas kekasih dia, owner BR ni. pastu dorang bergaduh & tak berbaik sampai sekarang. sebab tu la KLCC takde BR. #gosip

Dengan gaya machonya aku telah merempit ke Pavilion, aku bajet kek dia cipot je. sekali berbekalkan nafsu tamak haloba. ktrg beli yg sederhana besarnya. RM100 gitu tmasuk tax. kek : coklat. aiskrim : oreo vanilla chip gitu. sedap ohoiiiiiiii hoiiiii. berbaloi-baloi la. balik merempit dgn satu tangan sahaja memandangkan aiskrim tersebut tak muat bakul. minta dipegang menggunakan sebelah tangan lagi satu. #terima kasih Tuhan atas kurniaan tangan yang sempurna.

--------------------------------------------------------------------------

Tak lama lepas tu. kitorang pergi kenduri kawen beliau pulak. Kota Bharu boh..jauh benar. tapi kami gagahi jua. pergi KB balik hari okeh. sanggup tak sanggup? sampai-sampai sana. Kak Ida (sepupu pengantin jemput kami) then, pergi ambil kereta drift utk berjalan ke KB bajetnya. kereta kami pergh..pergh..pergh..

cermin sisi retak, takde pemegang pintu, bateri kereta weak. ohsem!
kereta sewa kami sepatutnya : Kancil Auto Enjin Turbo. wakaka..
kereta sewa kami dapat : Kancil Manual Bateri Weak. dems sungguh. 
kereta sewa bateri weak diganti dgn : Kancil Manual Turbo. #turbo jiran hangg. puihh...

Ah..lantak p la kereta tu. yang penting dpt tengok member bersanding & sempat la kitorang berposing bagai. cantik woh pelamin dia. kepada mak andam....minta maaf cerita tang Alphard tu saya reka belaka. wakakaka...mati-mati dia igt aku sewa alphard. siap tanya, berapa harga alphard skrg kalau nak sewa? kui3x!
pelamin penuh bunga. cantik. i loike....
semua da betol candid. pengantin lelaki kemaen serius.
peace yyyyyyyyoooooo.....!
rapat-rapat ngan pengantin siket. amek berkat.
buat bilik pengantin macam bilik sendiri. kehkeh!
da setel member kawen ni. niat hati nak berjalan KB katanya. member opis lama aku orang KB. dia la bawa jalan2 ke Pasar Siti Khadijah nun. aku rasa 8x member aku tu lalu depan pasar tu. 8x gak kitorang tanya mana pasar tu. aku pon tak paham ape masalah kitorang semua. heh..


da bershopping sakan. sakan la sangat. orang pergi sana beli batik. kitorang borong baju kelawar beriyer. hiks! dan lepas tu. member aku nak dating katanya. so, terpaksa la kitorang ke Pantai Cahaya Bulan bertiga sahaja. baru nak feeling nengok sunset. boleh je kereta sewa pertama kami rosak. dan tunggu orang dia datang hantar kereta lain. nyirap sungguh rasa. aku baru nak bajet hirup angin laut. nasib baik sempat gak kitorang ke PCB...da abes tu. baleknya...pergi rumah pengantin utk minta dorang hantar kami ke airport semula. 

Akhir kata, Selamat Tinggal Kota Bharu. Nantikan kedatangan aku lain tahun. ke Golok & Rantau Panjang plak kita yok!

0 komen panas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...