18.2.13

Malu | Bertanya | Sesat | Jalan

Assalamualaikum w.b.t................

penah dengar tak lagu dedolu....kalau kita gembira tepok tangan. kalau kita jadi bos kena baik? jangan kedekot bagi gaji naik. tetiber........teringat aku kat makhluk aneh berketurunan C di opis aku. minggu lepas dia telah mengamok seakan-akan dirasuk dek hantu kopek.

keadaan ini mengejutkan aku dan kawan aku di mana kawan aku telah menangis tanda bersedih. sedangkan aku terasa NOOB. dan tidak lalu untuk menitiskan airmata sebab makhluk aneh tersebut. dalam erti kata lain, airmata aku begitu berharga. di samping aku menggagahkan diri dengan bertanya dan terus bertanya kepada beliau walaupun tahu dia marah.sebab aku tak paham apa yang dia nak. kalau aku terus berada dalam keadaan tidak paham. dia akan marah membaba buta lagi dan lagi. Oleh itu, aku cekalkan hati untuk terus minta penerangan. Namun, kecekalan aku sia-sia apabila dia menengking sepanjang perbualan kami sambil mengatakan dia seorang yg baikhati. #sungguh tahi lembu (baca : bullshit)

Sehingga aku rasa terkapai-kapai kelemasan, dia masih menengking dan memarahi aku tanpa menjawab langsung pertanyaan aku yg aku tidak faham tadi. dia membuat aku makin tidak faham. sebab sungguh tidak menjawab soalan. habis tu, dia fed up. Tidak berpuashati dgn prinsip aku, malu bertanya sesat jalan. Dia minta aku sambungkan kepada senior aku. Lalu disambung makian kepada senior aku. Maafkan daku senior. dan senior aku disalahkan akibat noob aku. walhal ktrg da diskas bersama. namun masih tidak faham ape yang dia mahukan.

Email last dia selepas aku bertanya tetapi dimakihamun. aku hanya cuba buat bebaik & bertawakal kepada Allah S.W.T....lalu send kerja aku. Fuhhhhh....



psssstttttt : malu bertanya sesat jalan. bila bertanya, kena marah puloks. kalau tak tanya pastu salah, lagi la hancusss. gilo punya bos.

6 komen panas:

SA said...

hahaha.....ciannya....sabor jerla....ehem2x darah manis...

Cik Bib said...

SA : oit oit..kaitan darah manis kat sini apekah? puiiiihhh lahai.

nora.alam.akmal said...

biase la tuh...huhuhuhu... same la ngan aku... pppuuiiihhh sungguh...hihih

Cik Bib said...

@nora.alam.akmal : aha....tu la pasal. sabar je la...

Diana said...

Bib,

Sabar itu separuh dari Iman..
Just do the best...
Insya Allah.. hasilnya adalah yang terbaik.. =)

Cik Bib said...

@kak Diana : aah kak.. terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...