7.2.13

e-BR1M | Diluluskan

Assalamualaikum w.b.t...........

hai kawan-kawan. kelmarin aku ada masukkan gambar surat BR1M. 
dan ramai yang bertanya. macam mana aku boleh dapat ?
ada 2 makna jawapan di sini. satu pertanyaan sinis ( "," ).
satu lagi penuh dengan tanda soal (?)

jawapan makna 1 : aku dapat sebab sila baca terma & syarat. ada yang kata aku tipu selalu isu pon nak kata duit rakyat. so, sukati aku la. aku rakyat.. #igt gaji aku banyak lettew...
jawapan makna 2 : aku dapat surat. surat aku sampai kat JKK Kg Sg Kertas. sebab dia ikut kan kat mana tempat kita berdaftar mengundi tu. #sila daftar mengundi. TAPI...jangan risau. sebab adik aku pun ada dapat melalui pos ikut alamat korang bagi tu. 


so, kepada kawan-kawan. tak kira la korang isi borang manually ke. korang isi online ke. kalau da korang memang layak. memang akan dapat. FYI, aku isi BR1M ni secara online sahaja

kalau korang rasa korang patut dapat, apply la. aku rasa dia still buka lagi tawaran tu. cuba klik kat e-BR1M. & korang register la seperti biasa. tapi kalau nak semak. aku tak sure macam mana. tapi korang boleh juga tengok dekat link tu juga. kalau korang da apply. dia akan keluar tarikh bila korang register. FAHAM?

Maka, pesanan aku. sabar je la menanti surat BR1M 2.0 ni. aku pon ni hah tetiber pacik jiran datang bagi surat ni atas nama aku. aku rasa, sebab tu la masa isi on9 tu, deme tanya tempat mengundi korang. senang katanya nak cari korang. tak kesah la korang taknak mengundi pon. nak mengundi kerajaan ke pembangkang ke hape. daftar je la kot ye pon. sesekali jalankan tanggungjawab sbg rakyat. ye dak?


pssssttttt : sempena dpt BR1M ni. ada member minta kuali ajaib. ada pula nak belikan mak beliau beras Taj Mahal. akan tetapi...sebenarnya tak dapat pon lagi duit ni. harap maklonggg!

2 komen panas:

umi alya said...

tak layak le sbb nama dah ader kt LHDN.. mesti reject punya

Cik Bib said...

@umi alya : erk..nama kat LHDN? Gj banyak lettew..hehe.xpe,ade rezeki lain menanti tu.tq singgah sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...