18.2.13

Malu | Bertanya | Sesat | Jalan

Assalamualaikum w.b.t................

penah dengar tak lagu dedolu....kalau kita gembira tepok tangan. kalau kita jadi bos kena baik? jangan kedekot bagi gaji naik. tetiber........teringat aku kat makhluk aneh berketurunan C di opis aku. minggu lepas dia telah mengamok seakan-akan dirasuk dek hantu kopek.

keadaan ini mengejutkan aku dan kawan aku di mana kawan aku telah menangis tanda bersedih. sedangkan aku terasa NOOB. dan tidak lalu untuk menitiskan airmata sebab makhluk aneh tersebut. dalam erti kata lain, airmata aku begitu berharga. di samping aku menggagahkan diri dengan bertanya dan terus bertanya kepada beliau walaupun tahu dia marah.sebab aku tak paham apa yang dia nak. kalau aku terus berada dalam keadaan tidak paham. dia akan marah membaba buta lagi dan lagi. Oleh itu, aku cekalkan hati untuk terus minta penerangan. Namun, kecekalan aku sia-sia apabila dia menengking sepanjang perbualan kami sambil mengatakan dia seorang yg baikhati. #sungguh tahi lembu (baca : bullshit)

Sehingga aku rasa terkapai-kapai kelemasan, dia masih menengking dan memarahi aku tanpa menjawab langsung pertanyaan aku yg aku tidak faham tadi. dia membuat aku makin tidak faham. sebab sungguh tidak menjawab soalan. habis tu, dia fed up. Tidak berpuashati dgn prinsip aku, malu bertanya sesat jalan. Dia minta aku sambungkan kepada senior aku. Lalu disambung makian kepada senior aku. Maafkan daku senior. dan senior aku disalahkan akibat noob aku. walhal ktrg da diskas bersama. namun masih tidak faham ape yang dia mahukan.

Email last dia selepas aku bertanya tetapi dimakihamun. aku hanya cuba buat bebaik & bertawakal kepada Allah S.W.T....lalu send kerja aku. Fuhhhhh....



psssstttttt : malu bertanya sesat jalan. bila bertanya, kena marah puloks. kalau tak tanya pastu salah, lagi la hancusss. gilo punya bos.

8.2.13

Pengantin | Baru | Ani ♥ Fais

Assalamualaikum w.b.t................


ada entri-entri sebelum ni kan aku duk komplen busy la ape la kan. 
sebab adik aku yang bongsu ni la kawen. lepas ni aku da takde adik da yang tak kawen. 
boleh la aku menggedik bajet aku adek. kehkeh...keledek sungguh bukan ?

untuk kawen adek aku ni. aku adalah sponsor sedikit sebanyak takbanyak. 
utk doorgift belah lelaki. aku order cekelat bentuk ♥ dibuat oleh @Hana Fiona
Untuk tempahan korang boleh order dekat beliau. klik kat nama FB dia & PM yok!

sedap woh..siap ada kacang² lagi. tq Hana.
Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan lancar. tapi nak minta maaf la kalau ada terkurang daripada pihak keluarga & juga pengantin. Terima Kasih buat kawan-kawan yang datang. kawen aku nanti datang lagi. ececeh!




Buat Adik Bongsuku, Siti Rohani ♥ Suami Tersayang, Fais Fadly
Selamat Menempuh Alam Baru, Alam RumahTangga & Berbahgia Sehingga Membawa Ke Syurga.
Semoga Cepat Tambah Anak Buah dalam Keluarga Besar Haji Abdul. 


pssssttttt : lepas ni aku boleh bajet da siap² tema kaler ape. anak last yang masih belum berkahwin la katakan. uhuk! #siapa tak datang kawen aku.. rugi.  

7.2.13

e-BR1M | Diluluskan

Assalamualaikum w.b.t...........

hai kawan-kawan. kelmarin aku ada masukkan gambar surat BR1M. 
dan ramai yang bertanya. macam mana aku boleh dapat ?
ada 2 makna jawapan di sini. satu pertanyaan sinis ( "," ).
satu lagi penuh dengan tanda soal (?)

jawapan makna 1 : aku dapat sebab sila baca terma & syarat. ada yang kata aku tipu selalu isu pon nak kata duit rakyat. so, sukati aku la. aku rakyat.. #igt gaji aku banyak lettew...
jawapan makna 2 : aku dapat surat. surat aku sampai kat JKK Kg Sg Kertas. sebab dia ikut kan kat mana tempat kita berdaftar mengundi tu. #sila daftar mengundi. TAPI...jangan risau. sebab adik aku pun ada dapat melalui pos ikut alamat korang bagi tu. 


so, kepada kawan-kawan. tak kira la korang isi borang manually ke. korang isi online ke. kalau da korang memang layak. memang akan dapat. FYI, aku isi BR1M ni secara online sahaja

kalau korang rasa korang patut dapat, apply la. aku rasa dia still buka lagi tawaran tu. cuba klik kat e-BR1M. & korang register la seperti biasa. tapi kalau nak semak. aku tak sure macam mana. tapi korang boleh juga tengok dekat link tu juga. kalau korang da apply. dia akan keluar tarikh bila korang register. FAHAM?

Maka, pesanan aku. sabar je la menanti surat BR1M 2.0 ni. aku pon ni hah tetiber pacik jiran datang bagi surat ni atas nama aku. aku rasa, sebab tu la masa isi on9 tu, deme tanya tempat mengundi korang. senang katanya nak cari korang. tak kesah la korang taknak mengundi pon. nak mengundi kerajaan ke pembangkang ke hape. daftar je la kot ye pon. sesekali jalankan tanggungjawab sbg rakyat. ye dak?


pssssttttt : sempena dpt BR1M ni. ada member minta kuali ajaib. ada pula nak belikan mak beliau beras Taj Mahal. akan tetapi...sebenarnya tak dapat pon lagi duit ni. harap maklonggg!

5.2.13

Pengantin | Baru | Nur Aznida

Assalamualaikum w.b.t................


ekceli lama da aktiviti ni dijalankan. sebab aku tak sempat nak hapdet kan. hari ni pakej aku nak hapdet Bachelor Party katako sekaligus ngan kendurinya. 


korang tau tak betapa azabnya nak beli kek Baskin Robin walopun aku punya opis pun da cukup tengah kota. ape ntah masalah KLCC boleh tak hado Baskin Robin. mesti pengarah Suria KLCC dulu bekas kekasih dia, owner BR ni. pastu dorang bergaduh & tak berbaik sampai sekarang. sebab tu la KLCC takde BR. #gosip

Dengan gaya machonya aku telah merempit ke Pavilion, aku bajet kek dia cipot je. sekali berbekalkan nafsu tamak haloba. ktrg beli yg sederhana besarnya. RM100 gitu tmasuk tax. kek : coklat. aiskrim : oreo vanilla chip gitu. sedap ohoiiiiiiii hoiiiii. berbaloi-baloi la. balik merempit dgn satu tangan sahaja memandangkan aiskrim tersebut tak muat bakul. minta dipegang menggunakan sebelah tangan lagi satu. #terima kasih Tuhan atas kurniaan tangan yang sempurna.

--------------------------------------------------------------------------

Tak lama lepas tu. kitorang pergi kenduri kawen beliau pulak. Kota Bharu boh..jauh benar. tapi kami gagahi jua. pergi KB balik hari okeh. sanggup tak sanggup? sampai-sampai sana. Kak Ida (sepupu pengantin jemput kami) then, pergi ambil kereta drift utk berjalan ke KB bajetnya. kereta kami pergh..pergh..pergh..

cermin sisi retak, takde pemegang pintu, bateri kereta weak. ohsem!
kereta sewa kami sepatutnya : Kancil Auto Enjin Turbo. wakaka..
kereta sewa kami dapat : Kancil Manual Bateri Weak. dems sungguh. 
kereta sewa bateri weak diganti dgn : Kancil Manual Turbo. #turbo jiran hangg. puihh...

Ah..lantak p la kereta tu. yang penting dpt tengok member bersanding & sempat la kitorang berposing bagai. cantik woh pelamin dia. kepada mak andam....minta maaf cerita tang Alphard tu saya reka belaka. wakakaka...mati-mati dia igt aku sewa alphard. siap tanya, berapa harga alphard skrg kalau nak sewa? kui3x!
pelamin penuh bunga. cantik. i loike....
semua da betol candid. pengantin lelaki kemaen serius.
peace yyyyyyyyoooooo.....!
rapat-rapat ngan pengantin siket. amek berkat.
buat bilik pengantin macam bilik sendiri. kehkeh!
da setel member kawen ni. niat hati nak berjalan KB katanya. member opis lama aku orang KB. dia la bawa jalan2 ke Pasar Siti Khadijah nun. aku rasa 8x member aku tu lalu depan pasar tu. 8x gak kitorang tanya mana pasar tu. aku pon tak paham ape masalah kitorang semua. heh..


da bershopping sakan. sakan la sangat. orang pergi sana beli batik. kitorang borong baju kelawar beriyer. hiks! dan lepas tu. member aku nak dating katanya. so, terpaksa la kitorang ke Pantai Cahaya Bulan bertiga sahaja. baru nak feeling nengok sunset. boleh je kereta sewa pertama kami rosak. dan tunggu orang dia datang hantar kereta lain. nyirap sungguh rasa. aku baru nak bajet hirup angin laut. nasib baik sempat gak kitorang ke PCB...da abes tu. baleknya...pergi rumah pengantin utk minta dorang hantar kami ke airport semula. 

Akhir kata, Selamat Tinggal Kota Bharu. Nantikan kedatangan aku lain tahun. ke Golok & Rantau Panjang plak kita yok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...