21.1.13

Tinted | & | Kia Forte

Assalamualaikum w.b.t............


hai korang. da lama tak hapdet blog. busy siket. busy ape? aku pon tak paham. HIHI ! Maka, hari ni aku rasa ada hati nak tulis sesuatu yang mana aku rasakan macam..errrrrrr...i cannot accept!

citernya di suatu tempat kejadian, di kedai tinted  kat Waterfront 2, Ampang sana. ada la satu kereta Kia Forte kaler putih buat tinted. perggghh...lawa gilak! Aku tak suka sangat memula Kia Forte ni sebab ada orang yang aku taksuka pakai kereta ni. Tapi lepas kejadian ni. perggghhh...Cun weh Kia Forte depan mata aku weh. tapi yang ape wat pedih hulu hati aku bukan sebab tak amek GAVISCON tapi dek kerana...

Pacik : Hai..wat tinted jugak ke?

AKU : aha...baru keluar ke kereta ni ? Cantik. 
Pacik : aah...baru keluar pagi tadi. anak punya ni. 

AKU : oohh...cantik kaler merah eh lambang dia semua sport rim. tambah ke ape?
Pacik : aha...dah anak nak yang kaler merah. tambah RM200 camtu.

AKU : #nasib ada Forte park sebelah dia. beza la lambang Forte orang tu lambang hitam je. ni dia leh kaler merah lak. kemaen smart. kalau tak..aku siap tak tahu kot. kehkeh!AKU : tambah eh..patutla. Cantik.  
Pacik : da anak minat merah. yela...daripada tambang dia pergi balik SEKOLAH. sama je tu yang beli la kereta senang transportation. ni kalau tambang pon sama je. #berlalu la pacik tu.

AKU : #dalam hati. mak aih....ape jadah anak sekolah pakai Kia Forte ? 

TIBA-TIBA.....datang ada customer lain yg Forte lagi 1 tu tanya kereta pacik tersebut amek tinted yang mana? Lalu cina kedai tersebut cakap yang 2K punya tinted. kemaen mahal tinted anak dia nak buat bawa g sekolah. Di sini, aku ingin membuat beberapa kesimpulan. #kemaen tau kesimpulan.

  1. Kaya benar pakcik ni bagi anak kereta Kia Forte bawa g sekolah.
  2. Sekolah yang dimaksudkan mungkin "universiti/kolej/universiti swasta dll"
  3. Boleh jadi sekolah lagi. sebab macik n pacik ni muda lagi. Logik anak dia sekolah lagi.
  4. Adik-adik kat luar sana. g sekolah jangan bawa Kia Forte. berbulu cikgu nengok nnti.
  5. Pacik tu sendiri pakai BMW yang paling latest. ape la sangat Forte bagi anak bawa g sekolah. 
  6. Macik tersebut pun beg kemaen LV..tak pelik la jugak kan...hikss! 
  7. Da tentu sekolah nak isi minyak utk Forte tu boleh tahan kan. pacik tu punya duit lettew.



psssstttt : kepada anak pacik tersebut, belajar la sekolah tu baik-baik ya. nampak tak makayah punya pengorbanan. sanggup belikan Kia Forte takmo anaknya susah. #macam anak dia baca blog aku.

7 komen panas:

Chikebum Buzz said...

aGAK2 pakcik tu nak anak angkat tak ...akak bersedia ... !

hehehe .. =P

Cik Bib said...

@Chikebum Buzz : Kak..jgn cakap ahkak bersedia.saya ni yg da penah sembang ngan dia.jd bapa mertua sy la kira cincai...hahaha.

Anonymous said...

peh bib..

borak nk dgn org2 kaya jek dia..

keh3..

Cik Bib said...

@Anon : kannnn...? orang kaya sangat tau i. uhuk!

Edith Domschy said...

Hello Cik Bik,

Saya terjumpa blog anda dimana kamu bercakap tentang Gaviscon dalam post kamu mengenai Kia.

Saya bekerja untuk Agensi Digital Lion&Lion, dan kami sedang bekerja bersama-sama dengan Gaviscon dalam usaha untuk memberitahu orang ramai tentang penggunaan Gaviscon, memberikan tips tentang bagaima untuk mengelakkan pedih ulu hati dan sneak, dan juga bagaimana untuk mempunyai kehidupan yang lebih sihat.

Banyak orang juga menghadapi isu-isu tersebut, dan menganggap masalah ini normal ataupun tidak tahu cara untuk membantu mereka sendiri.

Saya ingin tanya jika anda boleh tolong menghubungkan perkataan “Gaviscon” kepada laman web Gaviscon Malaysia. Anda akan membantu kami dalam usaha untuk menjadikan orang Malaysian lebih sihat dan memberikan orang ramai lebih banyak informasi. Ia adalah proses yang sanga mudah dan hanya memerlukan 2 klik dari anda!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Edith

Edith Domschy said...

Hello!

Nak tumpang tanya jika anda ada terbaca komen saya sebelum ini, dan jika anda minat untuk membantu kami dengan memberikan informasi kepada pengikut-pengikut anda mengenai isu pedih ulu hati dan gastrik.

Seperti yang saya nyatakan tempoh hari, proses menambahkan link ini 'Gaviscon' amat mudah sahaja. Jika anda memerlukan bantuan, sila bagi tahu saya dan saya gembira untuk membantu anda!

Proses ini amat mudah dan anda boleh membantu banyak orang.

Saya menunggu balasan anda.

Yang benar,
Edith
edith@lionandlion.com

Cik Bib said...

Hai Edith,

maaf. baru perasan komen anda.
ok...i'm done link kan Gaviscon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...