29.1.13

kawan | pelbagai | kawan

Assalamualaikum w.b.t...............


hai korang. siapa kawan ngan aku angkat tangan...! angkat tangan lagi tinggi !
okeh...hari ni aku nak bercakap sikit pasal kawan. kalau korang nak tau. aku bukanlah kawan yang baik sangat. sesiapa yang kawan ngan aku. mungkin dorang tahu aku ni memang bukan jenis yang baik. apetah lagi baik sangat. tapi aku cuba untuk tidak bagi kawan aku terasa dengan setiap perbuatan & perkataan aku. tapi nama pun manusia. tiada yang sempurna.... AKU, KAU, KORANG, MEREKA & KELUARGA MEREKA. Tiada siapa pun yang sempurna.

Oleh itu, aku nak minta maaf la juga kalau aku banyak menyusahkan, menyakiti dan segala bagai kesalahan aku pada anda semua, yer semua. Maafkan lah daku yang tiada sempurna ini. ececeh..... #kesat airmata guna lengan baju.

Baru-baru ni. ada beberapa kejadian buat aku tacing. emosi kemaen tau. so, tacing pon lebih. ahaks!

KEJADIAN 1 :
Aku pernah lepak dengan kawan-kawan ni. tapi disebabkan aku takde kereta. setiap kali mereka nak berkumpul. dorang kena pick up aku. leceh tahu nak pergi amek kau tu weh. da la kau tu duduk dkt pedalaman. tak koser tau deme nak layan kau. puiiiihhhhh.....

Aku tak salahkan mereka. cuma aku sedikit ada terfikir negatif terhadap keadaan ini. tapi ketara sangat sebab setiap kali aku ajak lepak. macam-macam alasan. tapi tak lama lepas tu. upload pic hang out sakan.
Pengajaran : korang kena ada kereta supaya boleh hangout cikidaut.

KEJADIAN 2 : 
Aku telah bertanya tentang 1 produk yg dijual oleh kawan. mungkin aku kelihatan tidak mampu utk memiliki produk tersebut. Oleh itu, pertanyaan aku itu tidak diendahkan tanpa belas kasihan. kasihan tahu ? mungkin salah aku. sebab selalu tak endahkan dengan setiap produk yg dijual. tapi kali ni aku cuba utk bertanyakan ttg produk tersebut. tapi aku telah di"sinis"kan? #selamba je aku guna perkataan tersebut.
Pengajaran : korang belajar rajin2 supaya mampu pakai produk mahal & tidak dipandang rendah.

ape-ape pun, semoga kita boleh terus berkawan. kawan yang sejati sukar dicari. #refer iklan FAB yg budak baju sekolah selamatkan kucing dalam longkang tu. eh eh..longkang bagaikan. chait!

psssssttttt : aku ada baca 1 tulisan tu. katanya...persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian. BENARKAH ?

25.1.13

Busy | Nak | Kenduri

Assalamualaikum w.b.t............


disebabkan kenduri tinggal lagi 1 minggu daripada sekarang. Maka, rasanya macam semua orang pun busy. pengantin dengan nak persiapkan diri & persiapan majlis. fitting baju, pre-wedd, menjemput rakan taulan dan seumpamanya. Memang busy benar la. 

dan termasukla aku...malam kelmarin punya kelmarin, jam doblas malam. aku telah dengan gagah & penuh taf (baca : badan berketol²) teman makayah aku. Untung tau ada anak nak teman makayah dia. untung sapa dapat aku. KAHKAHAKHAKTUIH...so, da lama rasanya aku tak bermanja-manja bajet aku anak tunggal. leh tunjuk mak nak itu. mak nak ini. pastu mak aku pun kata, ambilla nak ape pun. HAH....da lama weh tak rasa suasana ni. best3x!

Malam tadi je aku nampak manggis nak manggis. aku nampak nugget nak nugget yg tempura plak tu. nampak biskut nak biskut. oh kemaen mengada². so, kat bawah ni ada beberapa tips. cikidauuut..

Tips pilih IKAN : tengok mata & insangnya. 
Tips pilih BENDI : patahkan hujung pungguknya tu. kalau senang patah. tu muda. kalau jenuh, da tua la tu.
Tips pilih MANGGIS : suruh ayah korang yang pilihkan. kalau tak elok. bukan salah korang. ahaks!
Tips pilih NUGGET TEMPURA : tengok harga yang paling mahal. #tipsku


Gambar mesra makayah aku shopping² kat NSK Selayang. 





pssssttttt : sepanjang aku berjalan membeli barang² ni. ada la beberapa tips basic yg aku tak pernah tahu. aku da tahu. so, da boleh kawen. muahahaha..... #gedik bukan ?

23.1.13

Cintailah | Rasul | Kita

Assalamualaikum w.b.t.....................

Belajarlah Cinta Baginda Rasulullah.....
Pasti Akan Rasa Tenang Walaupun Kita Menangis,
Pasti Akan Rasa Seronok Walaupun Kita Dibenci,
Pasti Akan Rasa Indah Walaupun Hidup Kita Susah.

Rasulullah SAW sehingga sebelum akhir nafas Baginda sering teringatkan ummatnya. 
Adakah kita juga mengingati Baginda dalam kehidupan kita seharian? 
Mari berselawat ke atas Baginda tanda kasih dan ingatan kita ke atas junjungan tercinta ini.
Bukan hari ni je mahupun esok sempena Maulidur Rasul. 
Tapi amalkanlah dalam kehidupan seharian kita. 
Mudah-mudahan kita mendapat syafaat daripada Baginda S.A.W.


KELEBIHAN-KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS RASUL 

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)
---------------------------------------------------------------------------
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
---------------------------------------------------------------------------
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
---------------------------------------------------------------------------
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
---------------------------------------------------------------------------
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
---------------------------------------------------------------------------
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
---------------------------------------------------------------------------
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
---------------------------------------------------------------------------
8 ) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
---------------------------------------------------------------------------
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
---------------------------------------------------------------------------
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
---------------------------------------------------------------------------
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
---------------------------------------------------------------------------
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
---------------------------------------------------------------------------
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
---------------------------------------------------------------------------
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
---------------------------------------------------------------------------
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
---------------------------------------------------------------------------
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
---------------------------------------------------------------------------
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
---------------------------------------------------------------------------
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
---------------------------------------------------------------------------
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
---------------------------------------------------------------------------
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
---------------------------------------------------------------------------
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
---------------------------------------------------------------------------
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
---------------------------------------------------------------------------
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
---------------------------------------------------------------------------
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
---------------------------------------------------------------------------
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
---------------------------------------------------------------------------
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
---------------------------------------------------------------------------
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
---------------------------------------------------------------------------
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
---------------------------------------------------------------------------
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.
---------------------------------------------------------------------------
30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – HR Thabrani
---------------------------------------------------------------------------


Print & buat bacaan harian ye. Kalau ada dlm ingatan, lagi baik.

pssssssstttttttt : Ustaz Don kata, siapa-siapa je & bila-bila masa je kita boleh cintakan Rasul. tak kira kita pakai tudung ke baru nak belajar pakai tudung ke ape. 

21.1.13

Tinted | & | Kia Forte

Assalamualaikum w.b.t............


hai korang. da lama tak hapdet blog. busy siket. busy ape? aku pon tak paham. HIHI ! Maka, hari ni aku rasa ada hati nak tulis sesuatu yang mana aku rasakan macam..errrrrrr...i cannot accept!

citernya di suatu tempat kejadian, di kedai tinted  kat Waterfront 2, Ampang sana. ada la satu kereta Kia Forte kaler putih buat tinted. perggghh...lawa gilak! Aku tak suka sangat memula Kia Forte ni sebab ada orang yang aku taksuka pakai kereta ni. Tapi lepas kejadian ni. perggghhh...Cun weh Kia Forte depan mata aku weh. tapi yang ape wat pedih hulu hati aku bukan sebab tak amek GAVISCON tapi dek kerana...

Pacik : Hai..wat tinted jugak ke?

AKU : aha...baru keluar ke kereta ni ? Cantik. 
Pacik : aah...baru keluar pagi tadi. anak punya ni. 

AKU : oohh...cantik kaler merah eh lambang dia semua sport rim. tambah ke ape?
Pacik : aha...dah anak nak yang kaler merah. tambah RM200 camtu.

AKU : #nasib ada Forte park sebelah dia. beza la lambang Forte orang tu lambang hitam je. ni dia leh kaler merah lak. kemaen smart. kalau tak..aku siap tak tahu kot. kehkeh!AKU : tambah eh..patutla. Cantik.  
Pacik : da anak minat merah. yela...daripada tambang dia pergi balik SEKOLAH. sama je tu yang beli la kereta senang transportation. ni kalau tambang pon sama je. #berlalu la pacik tu.

AKU : #dalam hati. mak aih....ape jadah anak sekolah pakai Kia Forte ? 

TIBA-TIBA.....datang ada customer lain yg Forte lagi 1 tu tanya kereta pacik tersebut amek tinted yang mana? Lalu cina kedai tersebut cakap yang 2K punya tinted. kemaen mahal tinted anak dia nak buat bawa g sekolah. Di sini, aku ingin membuat beberapa kesimpulan. #kemaen tau kesimpulan.

  1. Kaya benar pakcik ni bagi anak kereta Kia Forte bawa g sekolah.
  2. Sekolah yang dimaksudkan mungkin "universiti/kolej/universiti swasta dll"
  3. Boleh jadi sekolah lagi. sebab macik n pacik ni muda lagi. Logik anak dia sekolah lagi.
  4. Adik-adik kat luar sana. g sekolah jangan bawa Kia Forte. berbulu cikgu nengok nnti.
  5. Pacik tu sendiri pakai BMW yang paling latest. ape la sangat Forte bagi anak bawa g sekolah. 
  6. Macik tersebut pun beg kemaen LV..tak pelik la jugak kan...hikss! 
  7. Da tentu sekolah nak isi minyak utk Forte tu boleh tahan kan. pacik tu punya duit lettew.



psssstttt : kepada anak pacik tersebut, belajar la sekolah tu baik-baik ya. nampak tak makayah punya pengorbanan. sanggup belikan Kia Forte takmo anaknya susah. #macam anak dia baca blog aku.

10.1.13

Dugaan | itu | Ada

Assalamualaikum w.b.t........

kawan-kawan, ape kabar? da lama tak hapdet blog rasanya.
so, macam mana dengan perjalanan awal-awal tahun baru 2013 ni?
kalau nak dilihat. ada yang berduka sebab kehilangan orang tersayang. Takziah ya.
ada pula yang suka sebab tahun ni katanya semacam ada sinar harapan baru.
wah gitu kemaen tau dah sinar-harapan baru lagi. semoga sukses ya semua.
ape masalah aku nak bebel panjang-panjang bajet intro karangan tingkatan 5 ?

sebenarnya hari ni aku nak sembang siket....siket je. actually malam tadi aku jumpa dgn sorang kawan aku. yang mana masa skolah dulu. dia budak yang sopan,lemah lembut,bertudung labuh dan berbasikal ke sekolah. nak mengata dia lettew....
TAK! TAK! TAK!....aku ni mana la gheti nak "mengata" orang ni. aku cuma nak "mengatakan" je bahawasanya......

Don't Judge Book by its Cover. korang tau. malam tadi aku jumpa dia lepas da 11 tahun tak berjumpa kan. so, sembang punya sembang kan. last-last kan aku rasa kan. wahhhhhhhhhhh...cekal sangat beliau ni rupanya. ada sesuatu yang aku betol-betol kagum kat diri dia ni ketika menghadapi "dugaan" tersebut. ingatkan ayu-ayu gitu cam lemah longlai la orangnya. Rupa-rupanya, dia seorang cikgu Sains Pertanian, berkereta manual dan minatnya lebih kurang macam minat kaum lelaki. Ternyata terpesong sungguh teori aku. aku selalu buat persepsi gitu. nampaknya aku salah dan salah sama sekali dua kali dan tiga kali. #kesal.


psstttttttt : aku yang ganas ni & minat lagu Wings ni pon tak pernah mengenal apa itu pertanian. #ape kaitan ? HAKHAK!

3.1.13

Say | Hi | 2013

Assalamualaikum w.b.t.........


hai kawan-kawan. selamat tahun baru 2013. da 3hari baru aku nak cakap.
maafla sebab agak busy menjana tahi mata. letih kemaen. takde stamina.
mungkin sebab aku pergi kerja hari-hari naik tangga manually ke tingkat 6. 
nak jadi slim persis Neelofa kononnya... #imaginasi nak melampau akal.

so, ape azam korang tahun baru ni ?
aku selama ni time tahun baru ja aku takde azam. 
azam aku tu ibarat cam harapan. yang mana aku rasa sentiasa ada.
bukan je masa tahun baru. tapi tahun ni aku rasa nak ada azam.
azam aku tak banyak pon. aku cuma...cuma...cuma...

Nak Rasa Seksa Kumpul Aset. 
Nak Kurus Siket. #siket je lagi sebab skrg pun da kurus. ahaks!
Nak Jadi Lebih Sabar. #aku ni cepat siket hilang sabar. parah woh!

selebihnya biarlah masa menentukan akan setiap keazaman aku tuh. DAN, tak kisah la ape pun azam korang. semoga ianya akan sentiasa ke arah memperbaiki diri kita daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. takde orang yang sangat baik serba-serbinya. Selamat Tahun Baru 2013.


pssssttttt : aku da jumpa tarikh kawen aku. 13.13.2013...jempot la kawan-kawan, jiran-jiran sedara mara semua yok. 

Pakej | Komunikasi | Belia

Assalamualaikum w.b.t.......


Info rebat RM200 :-

1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21‐30 tahun pada tarikh memohon;
2.Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
3.Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Harga maksima RM500)
4.Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar,
5.Satu telefon/pakej hanya untuk satu belia.

** Sila beri perhatian pada syarat no 4 dan fahamkan.

S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?
J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.


dan² je tau server tutup. aku baru nak usha². ishkkkk!


pssssssssssstttt : Rebat hanya untuk 1.5juta yang terawal sahaja. First Come, First Serve. #kan da overload. mujur aku pakai teponggg poliponik je. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...