21.12.12

Tanda² | Kiamat | EndOfTheWorld ?

Assalamualaikum w.b.t..............

eh...minggu ni aku selalu nampak orang menjangkakan dunia akan berakhir hari ini. DAN menda ni bagus gak supaya kita sentiasa ingatkan Allah S.W.T dlm setiap perkara. AKAN TETAPI..yang aku rasa "sesuatu" bila ada segelintir yang semacam terlalu taksub.

Yakin dgn hadith² Sahih Nabi SAW tentang Tanda² Besar Kiamat akan membawa kita yakin bahawa hari kiamat tidak akan berlaku pada 21122012. tapi kebanyakan tanda² kiamat kecil hari ni memang dah jelas kelihatan.

TAPI....walaupun kiamat tidak berlaku pada 21122012, jangan pandang ringan terhadap satu lagi janjiNya. Yang mana setiap yang bernyawa pasti akan menemui saat kematian. Biarkanlah tarikh kiamat besar itu di bawah ilmu dan pengetahuanNya. KIAMAT BESAR pasti akan berlaku. Ingat rukun iman yang ke-5? Beriman Dengan Hari Akhirat. Jadi, marilah kita semua sentiasa meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Mudah-mudahan kita diberi petunjuk serta hidayah dariNya.

**Sharing is Caring : Tanda-tanda kiamat kecil & Tanda-tanda kiamat besar.

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” -Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
Ramai orang soleh meninggal dunia.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” -Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
Bulan sabit kelihatan besar.”Di antara tanda - tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” -Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita - berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad

TANDA-TANDA KIAMAT BESAR 
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan
  3. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini
  4. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini
  5. Binatang yang dipanggil 'Dabbah' akan keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah S.w.t.
  6. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya iaitu dari arah Barat
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Wallahualam...
“Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, ‘Jadilah lalu terjadilah’, dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Anaam, Ayat 73)

pssssssssssttttttttttttt : Happy Birthday adikku, Halimatun Sa'adiah Abdul. #sempat²jewish

2 komen panas:

Chikebum Buzz said...

hhahaha ...betul lah ni ...
(^_^)

Sekarang ni, ramai je percaya lagi pada pemikiran barat nun dari percaya pada Allah ... Org barat je yg suka letak2 tarikh ni .. dorang pun dok percaya je...haih ..#kesal #facepalm

Cik Bib said...

@Chikebum Buzz : aah..tu la. takpe la.

tapi takpe..maybe utk suka² dan kepuasan dorang tu. hikss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...