27.12.12

Trip | Singapura | Part I

Assalamualaikum w.b.t...........


hai korang. bebaru ni kan. aku wat lawatan sosial ke negara jiran. SINGAPORE
dekat ja...naik kereta ja da sampai. tapayah naik flight.. #dekatlasangat.
tujuan asal aku ke sana : attend kenduri kawen sedara kami kat singapore.


tujuan lain : sambil menyelam minum air. ke Universal Studio Singapore kite.
kat sini aku nak share suasana sepanjang kat sana sebelum aku citer pasal USS.



Apa yang korang tahu pasal Singapore. kompem korang akan cakap. FINE! FINE!
sampai dia pnya Donkey Show kat USS pun cakap pasal ni. 
sampai dia punya T-shirt, Fridge magnet, keychain, beg dia pun ada tulis pasal FINE. 
so, bayangkan la betapa dahsyatnya undang-undang dia buat kat sana.
semua risau sebenarnya sebab kami bawa masuk kereta keliling singapore.
Dan kat sini aku nak share siket ttg Trip aku kali ni. hikshiks...

  • RISAU 1 : risau sebab masa kami konvoi 10bijik kereta. kemaen tau drift di S'pore. traffic light main langgar je. sebab risau terlepas dpd konvoi. siap sesat. stress! stress! 
  • RISAU 2 : risau sebab parking kereta, gores kupon parking kalau abes masa & tak cukop masa. kompem dapat surat saman. stress la memikirkannya.
  • RISAU 3 : risau bagi kaum lelaki nak merokok secara terang-terangan. ahaks!


DAY 1                                             
masuk imigresen --> kenduri kahwin    
stay Grand Chancellor Hotel                
jalan Mustafa Centre #shopping            
DAY 2                                 
ke USS kita                            
keluar imigresen.                    
stay rumah sedara (Johor)            
DAY 3
pergi JPO #HPjatuhberkecai.sedih.pedih
stay kat homestay #Skudai
jalan-jalan Danga Bay #gilebosan

TAPI....sebenarnya. takde la straight pun sangat dia pnya rules. kami tak kena saman pun. syukur Alhamdulillah. walaupun dalam stress. tapi at least tak kena la saman bagai suma tu. FUHHH LEGA !

tu jela siket-siket aku nak share kat sini buat masa ni. Nantikan entri seterusnya yok, #bajetretis. apa-apa pun...seronok sebab trip kali ni dengan family. selalu dgn kawan-kawan. heh!

22.12.12

dot.dot.dot | Aku | Datang

Assalamualaikum w.b.t.............


Selamat Bercuti (semuaorang). 
Selamat Beraya (orangserani). 
Selamat Bershopping (orggomen)

Semoga Kita Sentiasa Dilindungi Allah S.W.T dari Kiri, Kanan, Atas dan Bawah. 
Sehingga Bertemu Di Entri Akan Datang. #bajetretis
Oleh kerana  Krismas jatuh hari Selasa dan hari Isnin kerja. 
Maafkan daku bos..MC boleh? maklunnnnla, cuti da negatif 3 setengah. ko hado ?
Sehingga kita bertemu lagi yok....in sha Allah.


21.12.12

Tanda² | Kiamat | EndOfTheWorld ?

Assalamualaikum w.b.t..............

eh...minggu ni aku selalu nampak orang menjangkakan dunia akan berakhir hari ini. DAN menda ni bagus gak supaya kita sentiasa ingatkan Allah S.W.T dlm setiap perkara. AKAN TETAPI..yang aku rasa "sesuatu" bila ada segelintir yang semacam terlalu taksub.

Yakin dgn hadith² Sahih Nabi SAW tentang Tanda² Besar Kiamat akan membawa kita yakin bahawa hari kiamat tidak akan berlaku pada 21122012. tapi kebanyakan tanda² kiamat kecil hari ni memang dah jelas kelihatan.

TAPI....walaupun kiamat tidak berlaku pada 21122012, jangan pandang ringan terhadap satu lagi janjiNya. Yang mana setiap yang bernyawa pasti akan menemui saat kematian. Biarkanlah tarikh kiamat besar itu di bawah ilmu dan pengetahuanNya. KIAMAT BESAR pasti akan berlaku. Ingat rukun iman yang ke-5? Beriman Dengan Hari Akhirat. Jadi, marilah kita semua sentiasa meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Mudah-mudahan kita diberi petunjuk serta hidayah dariNya.

**Sharing is Caring : Tanda-tanda kiamat kecil & Tanda-tanda kiamat besar.

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” -Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
Ramai orang soleh meninggal dunia.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” -Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
Bulan sabit kelihatan besar.”Di antara tanda - tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” -Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita - berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad

TANDA-TANDA KIAMAT BESAR 
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan
  3. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini
  4. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini
  5. Binatang yang dipanggil 'Dabbah' akan keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah S.w.t.
  6. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya iaitu dari arah Barat
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Wallahualam...
“Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, ‘Jadilah lalu terjadilah’, dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Anaam, Ayat 73)

pssssssssssttttttttttttt : Happy Birthday adikku, Halimatun Sa'adiah Abdul. #sempat²jewish

19.12.12

Tahniah | Result | PMR

Assalamualaikum w.b.t.............


Berita hari ni : result PMR keluar. selain daripada berita jenayah yang berleluasa dalam paper hari-hari. grrrrrrr...menakotkan betol. Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua ya kawan-kawan. pepagi tadi aku ada bacakan kuat-kuat tajuk di dada akhbar hari ni untuk kawan-kawan aku. sedih sungguh.. #terpesongkan ?

Oleh itu, ada la sorang anak sedara aku yang amik result PMR. Alhamdulillah dapat keputusan yang cemerlang. sebab dia sekolah biasa ja (SMK). so, dapat 8A je la...walaupun aku nengok tah bila masa tah dia belajar pon aku tatau. tapi bila aku duk tanya.....

ko target brapa A untuk PMR ni Mal ? boleh dapat 8A tak ?
DIA JAWAB : InshaAllah, boleh je. #selambabadakberendamje.

walaupun ramai kat luar yang tulis kejayaan PMR ni bukan apa-apa pada dorang & pada masa depan pun. tapi itu terpulang kepada individu. ada je yang jadikan sbg pendorong. kadang bukan untuk diri kita sendiri. mungkin untuk adik-adik / kawan-kawan. so, ambil yang positif.  

handsome ko hari ni MAL. kehkeh! #sila potong rambut ya.

TAHNIAH MUHAMMAD IKHMAL FAIZ MOHAMAD YUSOF
Semoga Kejayaan di Dunia Ini Seiring dengan Kejayaan untuk Bekalan di Akhirat kelak. Barula Boleh Dikatakan Super-Duper-Success. 


psssstttt : atam dulu pon 8A. tapi atam padam A tu. letak B...takot orang cakap bukan-bukan & aku berlagak. #oktipubai.

17.12.12

KANAK² | & | AURAT ?

Assalamualaikum w.b.t..............


hai korang. hari ni aku bad mood. sebab "bebeh" aku wat hal.
aku rasa macam erk..apsal aku tak gheti senyum nih.
stress memikirkannya. apelah nasib aku hari ni. sobsob..

tapi bila terkenangkan kisah malam tadi. 
aku rasa macam nak tergelak sendiri pon ada.
bukannya ape. cerkorang bagitau siket....
APE ITU AURAT ?

malam tadi aku duk melayan dua orang kanak-kanak kat rumah nun.
sorang c kakak. sorangnya lagi c adiknya..
kakak dia telah menerangkan kat adik dia dgn begitu konfidennya.


KAKAK : adik...sembahyang kena tutup aurat tau.
ADIK : ape aurat ?
KAKAK : nampak tak kat tangan-tangan kita ni. kena tutup.
ADIK : aah...adik nampak. tu ke aurat ?
KAKAK : Aah..tu la aurat. kena tutup. takboleh bagi orang tengok.
ADIK : Oohhhhhhhhhhhh....
AKU : errrrrrrrrrrrkkkkk...?!! kakak....tu kakak cakap pasal aurat ke urat ?
KAKAK : aurat la atam. takboleh lelaki tengok.
AKU : yang mana Aurat ? tunjuk kat atam.
KAKAK : yang ungu-ungu ni... ( sambil tunjuk dia punya urat )
AKU : KAHKAHKAH............


adeh memacam bebudak ni. kalau tak buat sepah. buat lawak.
tak buat lawak. buat aku marah....ada ke tengah aku marah².
dia boleh nyanyi depan aku.... "batu kikir..jombatan bosi."
haihhhhh la jang....haihhhhhh....haiiiihhhhh.....


13.12.12

Perihal | Vandalisme

Assalamualaikum w.b.t...........


tau tak hari ni aku nampak kesan kegiatan vandalism dalam lif.
kebelakangan ni, lif kami selalu rosak. eh..bukan selalu. tapi hari².
disebabkan oficce tingkat 6. kegunaan lif amatlah penting di situ.
dan aku tak paham kenapa orang gagah di tingkat 1 suka naik lif.
naik je la tangga. ketiak tak sempat basah kot takat 1tingkat. cissssss !
#eh..maaf la. emo sebab lif asik rosak di tingkat 1. 

sebenarnya tadi aku nak sembang pasal vandalism. tapi da merapu ke lain.
ok sambung. dalam lif tadi. ada ke ntahsapa wat vandalism bg soalan tajuk lagu.

Vandalismnya berbunyi begini..
Who are you ?
Alam Barzakh
Bazooka Penaka
Bujang Senang
Hukum Karma
Naga Keramat
Opera Hidup
#dan beberapa lagi aku da lupa. panjang benar list dia bagi.

dan jawapannya adalah Awie Wings. tapi aku konpius dgn soklan dia bagi tu.
dia tanya "who are you ?:. tapi dia bagi nama² lagu Wings..
aku syak dia nak tulis "who are the singer for this songs". KAHKAH! 
tapi disebabkan aku tidak sukakan vandalism. aku jawab menggunakan mulut ja. 
kalau ikutkan hati nak je aku reply kat bawah tu guna pen merah ke liquid. HAHA..

so, esok tulat dan seterusnya ntah soklan ape lagi la divandalisme kan.
macam-macam hal ler. kemaen pelik-pelik orang zaman skrg ni, hikssss..


psssssstttt : soalan aku simple je. aku cantik ke jelita ? huhuhu...


12.12.12

12 | 12 | 12

Assalamualaikum w.b.t..............


semua orang pun cakap perihal tarikh hari ni.
client aku pun nak tarikh hari ni untuk Go-Live sistem mereka.
kata client kami. "nice auspicious date."
tak kurang yang snap, print screen tarikh & masa dari HP, laptop dll.
#walopun ada yang kata esok pon boleh setting kat HP & laptop tarikh ni gak.
tapi kepuasan dalam melakukan sesuatu perkara tu penting okeh.
berbagai-bagai la. semuanya pasal tarikh hari ni. 
tapi takpe je. janji korang bahgio & tak kacau orang lain.
#walaupun kadang ada la mengundang ke"annoying"an.


sebelum ni pon aku rasa ada up entri ttg tarikh cenggini. 
masa tahun 2010 ----> entri 10-10-10 . #flashback
tapi tak kisahla, samada hari ni 12-12-12 ke tak pon kan.

Moga hari kita pada hari ini secantik dan seindah angka tarikh ini juga.
Sama-sama kita manfaatkan hari ni dengan melihat banyak kepada positif daripada negatif , banyak buat kebaikan (pahala) daripada kejahatan (dosa) .


psssstttt : apsal aku nampak tarikh hari ni 12-12-2012 ? bukan 12-12-1212 ? hiksss...

11.12.12

Aku | & | [ Dia ? ]

Assalamualaikum w.b.t.................


hai korang. sihat ke semua ? moga sihat-sihat selalu yok...!
hari ni nak sembang-sembang ja. pasal "aku dan  [ dia ? ] ".
ntah mana datang angin & ribut. tiba-tiba pokok bergoyang. #eceh.ape kaitan?
oit...oit...oit bib. da kenapa ngko berkias-kias jadah suma ni? cakap je la. 

ehem...
takde la. bebaru ni sembang pasal jodoh.
macam biasa la kan. tidak syak lagi. mestila ditujukan buat aku. 
bukan ape....kata ayah aku. "mak&abah makin tua..
sementara ada umur ni, kahwin la cepat-cepat. 
kalau ada yang da berkenan, mak&abah terima pilihan anak-anak ni."

JENG....JENG....JENG.... 
Apakah ?
Dengan siapakah ? 
Bilakah ?
Bagaimanakah ?

#bersambung di episod akan datang. KAHKAH! kemain tau entri berepisod. mcm drama Venezuela.


5.12.12

Malware | NuffnangX

Assalamualaikum w.b.t....................

ehem ehem...sedang aku busy, busy dan busy lagi. 
tetiber plak peminat kata blog aku takleh buka. [ M.A.L.W.A.R.E ] katanya.
walopun takde ape ponggggg. tapi siapa tak sayang blog oittt. ewah!
sebab aku tak dan nak layankan keadaan Blog & Malware tersebut. 
aku abaikan kejap dan aku rasa nanti la aku fikirkan macam mana. 


TIBA-TIBA......
aku rasa da free & nak tengok keadaan blog. #pasai pe jadi lagu neh?
suda terang lagi bersuluh dia tulis menda jadah ni datang dari NuffnangX. 
boleh je aku tanya peminat. mana dia tau malware ni datang dari NuffnangX?
KAHKAH. sengal sungguh la haih...sebab boleh aku tak baca pon. tengok² ayam ja. 
aku ghasak tengok muka pencurik yang siap bawa beg guni tu. #adekepatot?

PENYELESAIAN : da remove da Nuffnang X. tak lama pastu, baru Nuffnang email suruh remove Nuffnang X. neway, da setel da. korang leh la lawat seperti biasa sambil makan cekodok.


pssstttttt : sila jangan tiru perangai seperti di atas ketika menjawab kertas soalan peperiksaan. nescaya anda akan GAGAL tanpa was-was.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...