24.11.12

Hai | Pulau | Pinang

Assalamualaikum w.b.t.........


da lama tak pegi Pulau Penang. last pergi masa tahun 2009. zaman aku muda-mudi dulu. ahakss! aku dengan makanan memang tak dapat dipisahkan. ibarat "aur dengan tebing".KAHKAH!

masa otw masuk Penang... aku punya kepala da penuh dengan Menu :
#Pasembor #Jeruk #Nasi Kandaq #Cendol #Mee Rojak #Pizza Hut (eh..tetiber)

sampai-sampai Penang ja lepak QueensBay tu. tempat orang selalu dating feeling2 nampak Penang Bridge tu. kui3x...biasa la kan angin sepoi2 tepi laut. boleh pulak ada habuk masa mata kawan aku. aku duk tiup2kan. tapi tak nampak ape-ape pon. aku dengan konfidennya gtau dia, ada "bulu kening masuk dalam mata ni"...kan orang kata. kalau bulu mata gugur. ada orang rindu. ahakss..persoalannya disini mcm mana pulak bulu kening leh masuk mata ? tu yang duk tergelak berdekah nak guling-guling sambil mata terkebil-kebil.





boleh pulak time ni, ada event 'Marathon Kebangsaan Jambatan Pulau Pinang'. Maka, jambatan akan ditutup pukol 1pagi-10pagi esoknya. Plan kami nak gerak pepagi lepas subuh tu balek KL. sebab takmo jem & takmo kepenatan esoknya sebab kerja. hotel kat belah pulau suma penuh. dan kami kena la make sure esok tak terkandas perjalanan sebab jambatan tutup. boleh je naik feri. tapi tak sure macam mana. takot sesak kena Queu ke ape kan. so, taknak amik risiko.

Sebelum tu, aku da suruh Ayu bawa aku kat tempat makan pasembor paling best. dgn jalan sangat jem.dekat 2jam nak sampai Padang Kota tu. sampai semua pun da STRESS! terima kasih Pulau Pinang.

kami duk Homestay kat Apartment Permata, Bandar Perda. ok la..3 bilik. ada TV #sempat layan hindustan, Mann siap bergenang airmataada iron. ada peti ais takberfungsi. tapi panas kot. tatau la panas nak hujan ke. panas hati ke tak pat makan pasembor.ENTAH!

impian aku seperti di atas bersama menu terabai begitu sahaja akibat ramai orang pergi Penang. tiada lagi Pasembor, tiada jua nasi kandar. membuatkan hidupku tidak keruan. tapi tu la orang kata..takde rezeki. nak buat lagu mana. #eceh...balik la ke KL esoknya dgn perasaan hampa.
Tapi takpe..aku rasa semua ni terjadi ada hikmahnya. mungkin hikmahnya nak suruh aku mai Penang lagi dgn bagpack..i like uolllss. #menyedapkan hati.


pssstttttttttt : rupa-rupanya ramai kawan aku duk Penang. tapi boleh aku ingat kat Ayu sorang ja. hiksss...maap ya kawan2 kat Penang. #aiiiiiimmm sori (gaya amir RajaLawak)

2 komen panas:

Kenari Putih said...

Cik bib, larian marathon ni ada tiap2 tahun. Masa tu mmg png bridge tutup. Sabo je la time ni kalau kita ada urgent nak guna png bridge kan... Hihi

Cik Bib said...

@Kenari Putih : tu la dia..mmg susah pun. dengan jem...fed up rasanya nak dtg penang lg. hukhuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...