24.11.12

Hai | Pulau | Pinang

Assalamualaikum w.b.t.........


da lama tak pegi Pulau Penang. last pergi masa tahun 2009. zaman aku muda-mudi dulu. ahakss! aku dengan makanan memang tak dapat dipisahkan. ibarat "aur dengan tebing".KAHKAH!

masa otw masuk Penang... aku punya kepala da penuh dengan Menu :
#Pasembor #Jeruk #Nasi Kandaq #Cendol #Mee Rojak #Pizza Hut (eh..tetiber)

sampai-sampai Penang ja lepak QueensBay tu. tempat orang selalu dating feeling2 nampak Penang Bridge tu. kui3x...biasa la kan angin sepoi2 tepi laut. boleh pulak ada habuk masa mata kawan aku. aku duk tiup2kan. tapi tak nampak ape-ape pon. aku dengan konfidennya gtau dia, ada "bulu kening masuk dalam mata ni"...kan orang kata. kalau bulu mata gugur. ada orang rindu. ahakss..persoalannya disini mcm mana pulak bulu kening leh masuk mata ? tu yang duk tergelak berdekah nak guling-guling sambil mata terkebil-kebil.





boleh pulak time ni, ada event 'Marathon Kebangsaan Jambatan Pulau Pinang'. Maka, jambatan akan ditutup pukol 1pagi-10pagi esoknya. Plan kami nak gerak pepagi lepas subuh tu balek KL. sebab takmo jem & takmo kepenatan esoknya sebab kerja. hotel kat belah pulau suma penuh. dan kami kena la make sure esok tak terkandas perjalanan sebab jambatan tutup. boleh je naik feri. tapi tak sure macam mana. takot sesak kena Queu ke ape kan. so, taknak amik risiko.

Sebelum tu, aku da suruh Ayu bawa aku kat tempat makan pasembor paling best. dgn jalan sangat jem.dekat 2jam nak sampai Padang Kota tu. sampai semua pun da STRESS! terima kasih Pulau Pinang.

kami duk Homestay kat Apartment Permata, Bandar Perda. ok la..3 bilik. ada TV #sempat layan hindustan, Mann siap bergenang airmataada iron. ada peti ais takberfungsi. tapi panas kot. tatau la panas nak hujan ke. panas hati ke tak pat makan pasembor.ENTAH!

impian aku seperti di atas bersama menu terabai begitu sahaja akibat ramai orang pergi Penang. tiada lagi Pasembor, tiada jua nasi kandar. membuatkan hidupku tidak keruan. tapi tu la orang kata..takde rezeki. nak buat lagu mana. #eceh...balik la ke KL esoknya dgn perasaan hampa.
Tapi takpe..aku rasa semua ni terjadi ada hikmahnya. mungkin hikmahnya nak suruh aku mai Penang lagi dgn bagpack..i like uolllss. #menyedapkan hati.


pssstttttttttt : rupa-rupanya ramai kawan aku duk Penang. tapi boleh aku ingat kat Ayu sorang ja. hiksss...maap ya kawan2 kat Penang. #aiiiiiimmm sori (gaya amir RajaLawak)

23.11.12

Nurul Izza ♥ Amir

Assalamualaikum w.b.t...............


Hi...sehat ? da lama tak update Blog. lama ke ? #macamadaorangkesah.
hari ni aku nak share aktiviti sepanjang kami ke K.E.D.A.H. 
woh3x...da lama tak mai kedah. #dan2 nak tukar dialek.chait...
perjalanan yang makkkkkaaaiihhh...sangat la lama. 5jam tu. sedih!
kami gerak pukol5ptg-pukol10 baru sampai. punya la jauh berbatu-batu. 

Nurul Izza Amir

Rindu nak sakat isteri orang nih. cepat masuk opis yok! hikss..



semuanya indah-indah belaka. daripada pengantin yg gojes, Guest Book, Pelamin, Bilik Pengantin, Khemah Arab, Kek&CupCakes, Door Gift dan juga "kawan-kawan pengantin". AHAKSS!


semua ni buat aku rasa macam alah...nak jadi pengantin gakzzz. Gedik bukan ? tapi siapa yang takmo kawen. tapi Kita Hanya Merancang, Tuhan Menentukan Segalanya. kot la jodoh aku tahun depan. aku nak tema...eceh hamek kau. tema da aku nak citer kat sini. sila cerita pasal calon dulu, kemudian tema. HAHA..!

kat Kedah kami menginap kat Persona Motel. BERSIH & KEMAS cuma nak iron baju kat luar. tak pasal ja ktrg iron baju kurung nak g kenduri kawen esoknya kat luar bilik sambil orang lalu lalang kat situ. tapi tempat tu ok la. tak crowded. DAN tak pulak menyeramkan. Recommendation! #apsal ayat aku skema auuuuccchhh...


so, marila berkongsi kebahgiaan pasangan Nurul IzzaAmir dengan gambar yang penuh warna-warni ini. 

kek pengantin. cantik sehingga tidak sanggup dipotong. haish !
Cup Cakes pon comel kemaen...tak sempat aku rembat seketol dua.
sukar untuk mendapatkan gambar kami ber"EMPAT"
posing siket dalam bilik pengantin time pengantin busy
orang pertama rasmikan merenjis pengantin. #kemaenlagik!
Dari kiri : IDA, NIDA, JIJA dan LISA SURIHANI....wakakakaka. 
tukang semak gambar & tukang amek gambar bergabung! hakhak! 

Kepada Semua Pasangan Yang Baru & Bakal Mendirikan Rumahtangga. Selamat Pengantin Baru. 
# Semoga Ikatan Yang Terjalin Akan Menjadikan Kehidupan Anda Lebih Bermakna dan Lengkap dalam usaha untuk menyempurnakan setiap kekurangan yang ada pada diri masing-masing. InshaAllah #


pssssssssssstttttttt : banyak undangan kenduri kawen. maaf pada mana-mana majlis yang tak sempat aku pergi. semoga berbahgia hendaknya. untill Jannah. Amin..

14.11.12

Bachelor | Party | Izza

Assalamualaikum w.b.t................


hai...nampaknya bebudak skolah da start Cuti Sekolah. 
cepat je masa berlalu kan. aku pun da masuk 7 bulan kerja kat sini. 
da masuk cuti sekolah. sekaligus la masuk Cuti Orang Kawen. HAHA...
termasuk la sorang kawan satu opis aku ni, Nurul Izza. 
budak paling jiwa kacau dan krisis identiti. muahaha...


kalau kat opis ni sehari tak mengusik Izza ni tak sah. 
kalau aku tak ngusik dia. dia ngusik aku. huhu..sama je. 
2 minggu dia takde. sunyi takde geng nak ajak gaduh.
nantikan la trip kami ke Sg Petani. hikss...

nampak tak aku ramping? tak nampak badan.
Menu : Spagheti, Mihun, Nuget, Kentang.
Ni lah orang kata, sepakat membawa berkat. hikss!
Mihun Goreng Mak Masak. anak dia..? tolong potong bawang je.
Nida, Aku, Ida, Iza ( bakal pengantin yang dirai ) & Ms Rose
Makan Jangan Gelojoh Ya Anak-Anak...!
Gadis-Gadis bersama pinggan kertas bersama makanan. huhu...!
Camera Women kami. gadis kelabu tu.
kan da cakap Camera Women. ngah edit bagi kami nampak gebu.
peratikan gambar ni. kemaen tau buka blog ntah gosip apo lettew
Ambil Aura Pengantin siket. ahaksss!

Semoga Segalanya Dipermudahkan Buat Izza dalam menghadapi beberapa hari lagi untuk bergelar "ISTERI". 

psssttttt : da nak kawen da kawan aku yang loqlaq sorang ni. Anda Bila Lagi ?

6.11.12

so | sweet

Assalamualaikum w.b.t.............


Hai...sehat ke? hari ni nak share sumting yang bagi aku sangat la sweet. 
APEKAH........................... ?




















































 UNTUK ATAM KU 
sampul+surat+love
siap ada lukis gambar dia+aku...AHAKSS!

so sweet kan anak buah aku ni? 
tak padan yang kecik. ini aku rasa esok dia bercinta. 
surat cinta dia entah la panjang mana..certengok sampulnya.
sebab korang leh imagine betapa kreatif & inovatifnya dia. 
nampak tak bentuk ada tulis "I love atam ku" ....dia siap gunting bentuk tu. 

siap ada sampul tu tak tahan. kaler ungu kemaen. 
lipat pun nak ada unsur-unsur macam sampul surat. 
terharu okeh baca surat dia ni....walopun ayat dia tunggang terbalek.
"sebab atam baik. kalau ibu tak ada atam jaga kakak baik baik. penting juga itu".hehe.......

tak cukup lagi tu....dia siap bagi kat org lain sbg POSMEN.
KAHKAH...tergelak aku dibuatnya. kalau ler boipren aku cenggini kan syiok. 
ala-ala so sweet muwit romatinkussss sangat tau. 


psssssssttt : budak ni la yang aku citer kat ENTRI SINI. ade je menda dia buat buat aku nak tergelak.

5.11.12

Majlis | Berkhatan | Wawan

Assalamualaikum w.b.t............


Hi semua. apa habaq ? eceh..
semalam ada majlis kenduri berkhatan anak buah aku. 
anak bongsu kakak sulong aku. #sila lukis carta organisasi salasilah keluarga.
selamat menjadi anak teruna bujang terangtangtang ya wawan. ahaksss!

"Semoga WAWAN ( Muhammad Hafiz Syazwan ) menjadi anak yang baik dan berguna untuk ibu&ayah, keluarga, agama, negara dan bangsa. Selamat Berpantang Wawan" 

wawan kata nak blanja atam Tutti Fruti. yess!
orang yang diraikan. da besar da wawan. hikkksss....
kami 4 beradik. AKU , KAKLONG, ATUN, ANI
kuih-kuih penyebab aku obesiti. terima kasih kaklong. ahakss!
antara doorgift utk tetamu yang hadir. 
hah...ni kuih pebret. sapa makan banyak muka dia berseri. kui3x!
nama kuih ni ape eh..? aku lopa. kuih SUJI ? ahakss..
i sponsor Yong Tau Fu ni...tak sempat nak merasa. 
agar-agar cendol. sodap aihhhh....
dan ni la mama vogue budak yang berkhatan dan empunya blog CIKGULUV
hujan punya la lebat tghri tu. tapi majlis Alhamdulillah berjalan lancar. 
terima kasih buat semua yang banyak membantu & juga kpd tetamu yang hadir. 


so, entri ni aku taknak tulis banyak pun. aku nak korang layan gambor sekeping lapan dua. sekitar majlis ja. heh...
manisnya kurma ini. DARLING ngan ANJE.
paper bag konsep batik biru & purple. 
psssstttt : teringat cerita anak buah aku yang da lepas pun zaman berkhatan ni. katanya, masa dorang duduk mengacau bebudak perempuan kat sekolah. kawan-kawan deme ejek. eh...kau tu da sunat ke nak ngorat orang ? #pun boleh eh ? hadoila...

1.11.12

e-BR1M

Assalamualaikum w.b.t...............

Adakah korang tergolong dalam kategori seperti di bawah ?
Kalau dapat, boleh la isi borang secara online @ manual. 
Mudah, Senang & Rezeki tu. so, sila klik link bawah ni. 
kalau korang tak paham..jangan risau. Panduan Mengisi Borang pun disediakan. 
Akhir kata, Rezeki Jangan Ditolak- Musuh Jangan Dicari.  

--------------------------------------------------
--------------------------------------------------

• ISI RUMAH YANG LAYAK (RM500) :
(i) Warganegara Malaysia; 
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah. 

--------------------------------------------------

• INDIVIDU YANG LAYAK (RM250):
(i) Warganegara Malaysia; 
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.


pssssssstttttt : semoga dgn bantuan yang ada ni dapatla digunakan utk perkara yang berguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...