1.10.12

Peperiksaan | F29

Assalamualaikum w.b.t............


ape kabar semua? macam mana dgn Bajet 2013 yang diumum Perdana Menteri tempoh hari. hamboi tempoh hari sangat kan. ada yang suka dgn berita tu? ada yang tak suka? ada yg rasa nak jadi PM sbb terlalu tak puashati? tak kesah la ape-ape pun. jalani la hidup korang macam biasa. ahakss!


Sabtu lepas kan, 29/09/2012 kan, aku kan, pergi kan, Peperiksaan SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29). aku rasa sesiapa yang ada mohon, semua dipanggil utk exam ni. sempena aku kena dekat Universiti Malaya. aku terasa macam student UM yang nak duduk Final Exam. 

Seksyen A : Bahagian 1 (Pengetahuan Am & Pasal Teknologi Maklumat)
Seksyen B : Bahagian 1 ( Matematik )  
                  Bahagian 2 ( Penaksiran Diri )

korang penah jawab exam yang "soalan lagi banyak dari masa yang diberikan"? hah..ini la examnya. so, sila la korang study pape yang patut supaya korang boleh menjawab dengan bahagianya. AKU TAK BAHAGIA. sekian...



----------------------------------------------------------

Seksyen A : Bahagian 1 (Pengetahuan Am & Pasal Teknologi Maklumat)

contoh soalan yg aku igt pasal Pengetahuan Am. ada ABCD. pilih ja mana yang betul.
  1. Apa tugas Pentadbir Pengkalan Data ?  
  2. "Ketersauran" digunakan dlm phase ape kat SDLC ? cth: Analisis? Design? dll.
  3. Jenis topologi. cth : Topologi Cincin. Bintang. dll
  4. Input/Output/Storage device. printer/hardisk dll
  5. Programming language : PHP/ASP dll.
itu je la yg aku igt siket-siket. sbb IT ni kan bidangnya luas. tp mcm tu la serba sedikit exam yang keluar. 

Seksyen B : Bahagian 1 ( Matematik )  
  1. Operasi Nombor
  2. Pengiraan Mental
  3. Pecahan
  4. Perpuluhan
  5. Unit Ukuran
  6. Jarak, Masa dan Laju
  7. Isipadu pepejal
  8. Peratus
  9. Nisbah dan kadar
  10. Algebra
  11. Luas permukaan
  12. Perimeter
  13. Indeks, Kuasa dan punca kuasa
  14. Statistik 
  15. Geometri

Seksyen B : Bahagian 2 ( Penaksiran Diri )

hah..kat sini. soalan lagi banyak daripada masa yang diberikan.tapi sebab dia takde menda betulke salah. so, korang akan merasakan bahawa kacang goreng je. HIKHIK!

----------------------------------------------------------

Dengan ini, berakhirlah pengalaman aku pegi Peperiksaan untuk Pengolong Pegawai Teknologi Maklumat. sekian, nantikan jawapan samada LULUS/TIDAK BERJAYA 3/11/2012 nanti. Mana tahu rezeki korang ke kan. da boleh dapat bonus lepas ni. kui3x!

9 komen panas:

Wen said...

aku harap ko keja baru beb.. bile nak belane aku neh!!!

Cik Bib said...

@Wen : aku nak jadi cikgu macam kau wen buleh? #tetiber.....hiks!

damha said...

semoga bib berjaya dgn cemerlang dlm exam F29 tu dgn jayanya

missSenget said...

ko dapat kertas soalan exam busuk tak bib..? hahahaha

Cik Bib said...

@damha : HEHE...thank you. doakan ya.mudah-mudahan.

Cik Bib said...

@missSenget : ntah..dia tak suruh rasa dl sbelum mula. wakakakakaka..dengggss!

Nor Dzailin said...

wahhh..good luck dear! ^_^

Dzailin Dzulkaflie said...

wahhh..good luck dear! ^_^

Cik Bib said...

@Nor Dzailin @ Dzailin Dzulkaflie : heh...thank you. u too...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...