30.10.12

Hi | Port | Dickson

Assalamualaikum w.b.t..............


Alhamdulillah kita berpeluang menyambut Aidiladha untuk tahun ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KAWAN². SEMOGA SETIAP PENGORBANAN KITA DIBERKATI ALLAH S.W.T"

Raya Aidiladha macam biasa, kami sambut di Gombak ni ja pun.  
rasa macam oh bestnya tapayah nak redah jem berlumba² nak sampai kg. 
#menyedapkan hati sebab tak balik kampong pon. 
stay kat sini je da leh rasa suasana hari raya kat kampung. hiksss..

tapi tu la. hari raya Aidiladha kan Jumaat. 
so, sebab hari sabtu n ahad tu kami da free. maka, pegila bercuti jap!
hikss...kali ni ke Port Dickson. Glory Beach Resort
woh3x...tapik rasa agak macam tak syiok pasal aku bajet hari raya. 
orang da abes semua balek kampong kan. tau2 kampong deme kat Port Dickson.
SEDIH...!!!! punya la ramai manusia kat Port Dickson. macam semut. 



Malam tu kami pegi dinner kt Restoran Mutiara. kedai lain semuanya penuh. 
order 10 hidangan makan masa 1 jam setengah. order 20 hidangan..? 
korang kira la sendiri. Fed-up menunggu kami blah dan pegi McD je.
sekali drive thru berator macam nak bayar tol balek Kampong. layankan aje.
APA LA NASIB...pegi time semua orang cuti. cenggini ler gamaknya. PADAT !

otw balek tu. kami sambung perjalanan ke Nilai 3. 
DAN...pergi Nilai 3 tak semestinya beli barang kawen ya kawan². harap makom..
boleh jadi macam aku pegi sana. beli barang utk Majlis Berkhatan anak sedara ni di samping belikan karpet untuk emak. kemaen suka lagi emak i...hikss!


pssssssstttttttt : da lama tak pergi Port Dickson. biasa duk uma ja lipat kain. muahahaha....

24.10.12

Hai | Cherating

Assalamualaikum w.b.t...............


sabtu lepas aku pergi Cuti² Malaysia sambil teman adik nak jumpa suaminya.
rindu kan laki kena hantar keje jejauh dari dia.
dan² tu dia nak sponsor MAKAYAH & AKU bercuti ke Cherating.
kebetulan aku tak pernah sampai lagi Cherating & cuti lak approve serta-merta.

Maka, bercuti la aku 3D/2N kat sana tanpa perancangan rapi.
betapa aku tak sempat plan ape² pun wat research sal tempat tu.
aku terasa sangat NOOB dgn Cherating & Kemaman.
nak² dengan musim hujan, ombak kuat pasal musim tengkujuh.
pastu aku pun buat status sesiapa tau pasal Kemaman.
semua orang cakap Kemaman takde ape. suh turun Kuantan.
tapi sempat la aku MANDI OMBAK. korang hado?
orang sibuk mandi laut. aku mandi ombak. sebab ombak besar. hikss!
senang ja. korang duduk ja kat tepi² tu. tunggu ombak hempas kat korang.
pastu ulang perbuatan tersebut sampai letih dipukol ombak. best weh..

cantik gak la Cherating ni. i can accept. 
asal boleh ja mancing dgn ombak besar. tapi dapat 5ekor tu. phiwit!
lautnya boleh dikategorikan sbg Laut Landai. #memandai ja aku.

kolam renang pulak takde orang. siap tanya kt org chalet tu. 
"Kolam renang tu boleh mandi ke? takde orang ponggggg"

Kolam Renang ni ktrg punya. kuak kupu², rama² pun boleh.
Makanan kat sini tak berapa okeh. Mahal tapi Tak Sedap Sangat. 
Gambar aku amik ni nampak cam enak ja. tapi tak pongggggg.

Rojak Ayam. tak pulak dinyatakan Mee...tapi ada mee skali. ahaks!


LAST BUT NOT LEAST.....




ni la dia pasangan yang sudah rindu-rinduan.
terima kasih atas tajaan-tajaan anda berdua.
akhir kata, aku kempunan durian Musang King. #mahal bebenor.


psssssttttt : best gak Cherating. laut dia bersih la. tapi tmpat dia scary sbb pergi pada waktu yang takde orang. HIKSSS!

18.10.12

pengantin | Rosdila | Sham

Assalamualaikum w.b.t................


masa aku kat UiTM dulu kan, ada sorang pelajar terabai & terbiar.
suara punya la nyaring.. dan lebih mesra kami panggil mak tiri. hiks.
tapi sungguh pun dia camtu. tapi dia baik sangat. kategori kawan baik. 
tapi sejak da abes belajor. kami da kurengggggg bermesraan cam dulu.
suma da busy dengan life memasing. takleh nak watpa la kan.

so, ada la skeping lima gambar sekitar majlis kenduri Rosdila & suami, Sham.
semoga berbahagia hinggan ke syurga nanti dan akan mendapat zuriat yang soleh solehah. InshaAllah....

Azi + Farah + ehemmmm....
tahniah buat Dila & suami. cantikkkk!
imagine bilik utk 3 orang. tapi ada 5orang. sardin!
roboh katil disumbatnya semua duk rasmikan katil pengantin. hiks!
ehem..ehem..ni dua orang ni pon tak lama lagi lettew....

ntah bila la dapat jumpa dorang ni lagi. maklumla semuanya duduk jauh-jauh. sorang kat Italy, sorang kat Bugis, sorang kat Scotland. chooiiiiiii....! semoga persahabatan ni akan terus berkekalan. 


Terima kasih buat semua yang ada masa ni..Terima Kasih buat :- 

Nurul & Family : tumpangkan penginapan 1N/1D & belanja kami dinner pizza.
--------------------------------------------
Azie : sebab sudi jadi dreba spjg perjalanan kami dgn selamat. #opppsss..ada tercalar siket. hati-hati tau zie & terima kasih banyak2. 
--------------------------------------------
Farah : terima kasih sebab bagi bedak kunyit yang tak siap. kena jemur sendiri la bagai. harommmm akak tak gheti. langsung takleh guna. sbb dia lembap & berkulat sudah! 
--------------------------------------------
Aku : tukang SURUH sediakan tempat penginapan, SURUH belanja pizza, SURUH azi memandu, SURUH farah bawa bedak kunyit. #tapikkkk! aku bertindak sbg co-pilot yang power!


pssssstttt : sempat-sempat je aku ugut kelar leher pengantin tu kalau dia tak dtg masa aku kawen nanti. wakakakaka....Selamat Pengantin Baru ya Dila & Suami.

10.10.12

(GA) | by | ftnjwa.blogspot.com

Assalamualaikum w.b.t.........

da lama tak join GA akibat kekangan waktu. #perggh.kemaen tau kekangan. tapi kali ni aku join. YEAYYY! so, korang nak join. klik kat banner & link kat bawah nun tau. JOM JOIN...!




GA yang dianjurkan oleh ftnjwa.blogspot.comSyarat-syaratnya mudah ja.


1) FOLLOW blog beliau :) [ ftnjwa.blogspot.com ]

2) LIKE [ fan page ] ni dan [ Online Shop ] beliau.
3) Buat satu post mengenai GA ni dan sertakan banner kat atas tu.
4) Tag 2 orang rakan, lebih lagi bagus : 3
5) Post-kan link entry tersebut kat ruangan komen.
6) DONE :)


Hadiah-hadiah

1) WJ8132 Color Stripe Jacket Yellow 
NOTE : sebab aku minat jacket ni. aku harap aku ada dlm senarai 3orang ni.ahakss!
 hadiah ni kan FYi, di-triple-kan! So, akan ada 3 orang yang akan dapat jacket ni. YEAY!!! :D


2) WD2389 Korea Fashion Maxi Dress Yellow


3) RM 30 - Cash or Top Up
4) RM 20 - Cash or Top Up
5) RM 10 - Cash or Top Up

-----------------------------------------------

kata beliau, "Akan ada penambahan hadiah uolllzzz"
kata beliau lagi, "Jika penyertaan kurang 100 orang, maka GA ni otomatik CANCEL."

Deadline : 20 Oktober 2012


sempena GA ni, aku nak tag :
Kak Diana
misSenget
Cikgu Tie

Selamat Mencuba korang semua.  :)

8.10.12

Mari | LIKE | LIKE

Assalamualaikum w.b.t...............


ehem...ehem...hari ni entri aku berbaur PROMOTE siket. 
aku harap korang tak kesah. kalau korang kesah gak.
ape bleh buat. maafkan la kawanmu ini. ewah..ewah..ewah!
mana boleh...korang tak boleh kesah. korang mesti tak kesah.

citernya...adek aku ada join 1 contest Pre & Post Wedding Photography.
organized by U.S.M.A.N    A.W.A.N.G. korang bleh klik & tengok website beliau.
gambar-gambar yg beliau ambil 'cantek-menarik-tertarik-kaumemang-dbomb!'
sebab tu la harap ada la rezeki untuk dapat peluang terbaik ni. 


Kalau sudi Hulurkan Tangan Ringankan Beban.
kawan-kawan boleh LIKE dengan hanya klik kat bawah sini ya. 
Terima Kasih kawan-kawan.




psssttttt : nanti kawen aku. korang like lak contest aku tau. hadiah contest tu mungkin deme sponsor kek 18 tingkat bentuk KLCC...#oh..kemaen tinggi lagi tau.

4.10.12

tahniah | saidah | meor

Assalamualaikum w.b.t...........


dalam banyak-banyak tahun. tahun ape yang ramai kawan aku bertunang?
jawapannya : yeaaaaaaaaaayyyyy...setiap tahun. HUH...!
so, aku amek berkat da 10 majlis tunang da. bulan depan aku lettew.

"SEMOGA PERHUBUNGAN KORANG DIBERKATI & JANGAN LUPA BATAS-BATAS DALAM PERHUBUNGAN SEBELUM BERKAHWIN. SELAMAT BERTUNANG BUAT SAIDAH ♥ MEOR. SEHINGGA BERTEMU DI MAJLIS PERNIKAHAN NANTI. INSHAALLAH" 


penyepit & tunangan orang. kabur sbb xde iphone
ini la kerja aku sampai-sampai nak tengok cincin.
posing jangan tak posing. 
ciuman palsooooooooooooo....HAHAHA.
psssstttt : orang kata curi sireh kat majlis org kawen 1 tips nak cepat jodoh. lepas aku da curi, aku baru perasan curi sireh majlis kawen la. bukan majlis bertunang. aiseh la.....Failed betol!

3.10.12

siapalah | aku | ini

Assalamualaikum w.b.t.


I said to Allah : My sins are so many.
Allah said : 'And who can forgive sins except Allah?' (3:135)

I said to Allah : Do not leave me.
Allah said : 'So remember Me; I will remember you..' (2:152)

I said to Allah : I'm facing a lot of difficulties in Life.
Allah said : 'And whoever fears Allah? He will make for him a way out.' (65:2)

I said to Allah: I have many dreams that I want to come True.
Allah said : ''Call upon ME; I will respond you.' (40:60)


Without Allah, i am nothing.   


2.10.12

tabung | menabung

Assalamualaikum w.b.t.................



di saat aku takde akaun AmBank. dan-dan tu la company aku kerja skrg ni guna akaun tersebut. da la satu kerja pulakkan nak kena tunggu lama gaji clear. dia nak Float la ape nanti. dah la aku ni tak penyabar sangat bab-bab gaji ni. sebab aku da lama bersabar dgn company lama sebelum ni..#tttteeettttt!#


tadaaaaaaaaaaaaaaa....korang hado?

jadi, aku telah membuka akaun AmBank dgn "terpaksa-rela". dan disebabkan dapat tabung yang kiut ini. aku jadi rela je dengan pembukaannya. keychain-keychain, payung-payung takde ke kak? wakakakaka.... #bagi betis nak peha ayam McD spicy!#


last aku ada tabung masa tingkatan 5. tabung buluh akak aku belikan masa dia duk Sarawak. dah penuh separuh tabung, aku 'kokak'kan tabung tu. tabung buluh kan...bukan ada kunci2 nak kena buka. da tentu kena kokak buluh dia. da tentu rosak. da tentu takde tabung sampai skrg. muahahaha! #ouh alasanku kemaen#


pssssttt : harapan aku dengan adanya tabung ni. aku akan gigih menabung sehingga boleh bayar downpayment kereta HONDA CITY. 

1.10.12

Peperiksaan | F29

Assalamualaikum w.b.t............


ape kabar semua? macam mana dgn Bajet 2013 yang diumum Perdana Menteri tempoh hari. hamboi tempoh hari sangat kan. ada yang suka dgn berita tu? ada yang tak suka? ada yg rasa nak jadi PM sbb terlalu tak puashati? tak kesah la ape-ape pun. jalani la hidup korang macam biasa. ahakss!


Sabtu lepas kan, 29/09/2012 kan, aku kan, pergi kan, Peperiksaan SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29). aku rasa sesiapa yang ada mohon, semua dipanggil utk exam ni. sempena aku kena dekat Universiti Malaya. aku terasa macam student UM yang nak duduk Final Exam. 

Seksyen A : Bahagian 1 (Pengetahuan Am & Pasal Teknologi Maklumat)
Seksyen B : Bahagian 1 ( Matematik )  
                  Bahagian 2 ( Penaksiran Diri )

korang penah jawab exam yang "soalan lagi banyak dari masa yang diberikan"? hah..ini la examnya. so, sila la korang study pape yang patut supaya korang boleh menjawab dengan bahagianya. AKU TAK BAHAGIA. sekian...



----------------------------------------------------------

Seksyen A : Bahagian 1 (Pengetahuan Am & Pasal Teknologi Maklumat)

contoh soalan yg aku igt pasal Pengetahuan Am. ada ABCD. pilih ja mana yang betul.
  1. Apa tugas Pentadbir Pengkalan Data ?  
  2. "Ketersauran" digunakan dlm phase ape kat SDLC ? cth: Analisis? Design? dll.
  3. Jenis topologi. cth : Topologi Cincin. Bintang. dll
  4. Input/Output/Storage device. printer/hardisk dll
  5. Programming language : PHP/ASP dll.
itu je la yg aku igt siket-siket. sbb IT ni kan bidangnya luas. tp mcm tu la serba sedikit exam yang keluar. 

Seksyen B : Bahagian 1 ( Matematik )  
  1. Operasi Nombor
  2. Pengiraan Mental
  3. Pecahan
  4. Perpuluhan
  5. Unit Ukuran
  6. Jarak, Masa dan Laju
  7. Isipadu pepejal
  8. Peratus
  9. Nisbah dan kadar
  10. Algebra
  11. Luas permukaan
  12. Perimeter
  13. Indeks, Kuasa dan punca kuasa
  14. Statistik 
  15. Geometri

Seksyen B : Bahagian 2 ( Penaksiran Diri )

hah..kat sini. soalan lagi banyak daripada masa yang diberikan.tapi sebab dia takde menda betulke salah. so, korang akan merasakan bahawa kacang goreng je. HIKHIK!

----------------------------------------------------------

Dengan ini, berakhirlah pengalaman aku pegi Peperiksaan untuk Pengolong Pegawai Teknologi Maklumat. sekian, nantikan jawapan samada LULUS/TIDAK BERJAYA 3/11/2012 nanti. Mana tahu rezeki korang ke kan. da boleh dapat bonus lepas ni. kui3x!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...