2.8.12

kadar | zakat | fitrah

Assalamualaikum w.b.t.........................


Alhamdulillah, syukur kita masih lagi berada dalam 13 Ramadan 1433H. semoga kita terus diberi kesihatan yang baik. korang da bayar zakat ? meh kat sini aku nak share perihal zakat. Ramadan sentiasa mengingatkan kita tentang insan lain yang kurang bernasib baik kat luar sana.  #entri aku kali ni amat sopan#


Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.


pssssttttttt : Ramadan bulan paling meriah buat anak-anak yatim. tapi kemeriahan mereka takkan sama dgn kemeriahan kita yang masih ada ibubapa di dunia ini. #pergghh..ayat aku!#

2 komen panas:

damha said...

kasihanilah anak2 yatim kerna mereka juga berhak menyambut bulan ramadhan dgn meriah...kemeriahan mereka juga adalah kemeriahan kita....meriah dlm ertikata yg sebenar...meriah ni boleh dikatigorikan sbg sesuatu keadaan yg seronok..riang gembira spt sambaria....
utk memeriahkan kemeriahan bulan posa nilah ada yg bermain mercun..bunga api dan kurang pula yg berani bermain meriam buloh...
saya nk tanya cikit leh x...bib pernah ka bermain meriam buloh.....dolu2 saya pernah juga bermain meriam buloh nie...bunyi dia berdentam dentum taw...he333
tapik permainan ni bahaya taw bib...oleh itu pesanan penaja jgn cuba2 bermain meriam buloh..nanti leh hilang kakitangan n penglihatan...ingat taw pesanan saya nie...he3333

Cik Bib said...

@damha : aha....jangan lupa bersedekah di bulan yang mulia ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...